Sep 23, 2008

Salam Lebaran


Assalamualaikum..semua..kiranya ni entry terakhir saya sebelum balik kampung...jap lagi kami nak bertolak dah ke Airport KK..doakan perjalanan kami selamat ye..

Kepada semua kawan-kawan..saya nak ucapkan Salam Aidilfitri...semoga Syawal ini mendapat keberkatan dari Allah setelah sebulan kita menunaikan ibadah puasa...siapa yang lom bayar zakat tu..cecepat le gi bayau..jangan tangguh2..nanti terlepas pulak...

InsyaAllah saya akan buat n3 baru selepas 10 hari ...saya nak cuti ni.....SALAMMMMMM

Sep 21, 2008

TAGGED Lagi...Imbauan Sejarah



tagged dari syahna... jawab jelah ye

1) 1st time naik kapal terbang
- Masa first time datang Sabah ..tahun 2002..

2) 1st time gi overseas - Tak pernah pun...Singapore tu kira oversea ke?

3) 1st time duduk jauh daripada family
- Tahun 1995..kat UTM Skudai

4) 1st time kerja...
- Lepas SPM ..kerja kilang..kat EPSON, Kempas, Johor

5) 1st time rasa diri gemuk
- Beberapa bulan lepas kawin...cepat betul badan mengembang...ada orang tiup agaknya..kih-kih..

6) 1st time bercinta?
- Masa umur 16 tahun..tahun 1994..eiii gedik lak rasa

7) 1st time rasa diri cantik??
- poyo je soalan ni..kalau jawab lagi le poyo

8) 1st time masuk cinema
- tak pernah sekali pun seumur hidup...kalau kena tipu apa yang ada kat cinema tu pun aku tak tau

9) 1st time admitted in hospital
- rasanya masa umur beberapa bulan..demam panas..

akhirnya...habis jugak...

Sep 20, 2008

Lagi 4 hari


Kalau gi KK ..santai-santai kat tepi laut ni..macam-macam kapal terbang yg mendarat boleh kita nampak...MAS..AIR ASIA..DRAGON AIR..(dll) dan bila nampak je kapal terbang mesti teringat kampung...huwaaaa...lagi 4 hari aku nak balik kampung..menghitung hari tuh..rindu giler...lagipun dah 4 tahun beraya di Sabah..rindu nak merasa suasana beraya kat Melaka..pagi raya yang ada mak ayah..kalau kat Keningau..kami beraya ngan kawan-kawan..hari2 gi open house umah kengkawan... .....

hati aku cam dah tinggal separuh je kat Keningau ni..kat sekolah pun macam dah dipenuhi dengan mood raya @ mood cuti...kengkawan sibuk beli kuih raya (macam tak dengar pulak yg buat sendiri..kih kih kih)..sibuk belikan anak2 baju raya..nak tukar duit raya..


semoga perjalanan kami nanti selamat adenya...
INSYAALLAH

Sep 17, 2008

Hadiah Dari Yang Tersayang

yang ni emas putih..tapi lampu rumah kuning.. dah
nampak
kuning pulakkan


2 in 1..bila di bukakan

jadi satu..bila di satukan..macam hati kami...ahaks

sebenarnya...suami aku ni membeli hadiah bukan jenis yang ikut tarikh pun...bila dia kata nak beli..dia main beli je.ulangtahun kelahiran ke..perkahwinan ke..langsung tidak terikat dengan tarikh-tarikh tertentu....dan kalau dia nak beli satu ..dia beli je satu...tapi kalau dia nak beli dua..masakan aku mampu menghalangnya.he..he..

jadi ..mungkinlah agaknya sempena ulangtahun aku yg ke 31 ni..maka dia telah menghadiahkan aku..jeng-jeng-jeng...dua bentuk cincin...satu emas putih dan satu emas kuning (yang emas kuning ni 2 in 1) jadi kalau kira ...3 bentuklahkan...mmmuuuahhh sayang dia...tapi kalau dia tak belikan pun sayang jugak... sebenarnya dia ni jenis yang suka sangat dengan barang kemas + batu permata..dan Allah tu Maha Kaya..dijodohkan dengan aku ni yang tak berapa gemar sangat nak pakai barang -barang kemas ni sangat...kalau tidak..sure..kempis poket..huhu..cantik tak cincin yang diberi kat gambar atas tu..ehemmm

Sep 15, 2008

Selamat Hari Lahir Untukku



Alhamdulillah...16 September datang lagi....aku tak pernah menjangkakan tarikh ini begitu kontroversi sekali tahun ini....apapun..aku bersyukur sekali kerana Malaysia ku ini masih aman..kerana di sinilah bumi yang ku pijak dan langit inilah yang aku junjung...

16 september genap usiaku 31 tahun..menurut mak aku lahir pada 2 syawal..dalam bulan Islam..nanti raya ke 2 aku sambut birthday lagi sekali..huhu...

Dan aku sangat-sangat bersyukur dengan segala kurnian Allah ini untukku..syukur yang tidak dapat aku lahirkan lagi hanya dengan kata-kata...sama ada nikmat atau ujian ..aku tahu Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya..

kepada suamiku...terima kasih sayang..kena memberi aku kebahagiaan yang aku impikan selama ini..terima kasih kerana mengambil berat..memberi sokongan..memahami tugasku sebagai guru..anak..dan kakak pada keluargaku..terima kasih untuk perjalanan sebuah cinta yang sejauh ini...

kepada bonda tercinta..terima kasih kerana sudi melahirkan aku..mendidik ..menyekolahkan..dan memberi nasihat dan bimbingan ketika aku hampir terjatuh dan tersungkur..

kepada ayah..terimakasih kerana sentiasa bertanggungjawab mencari nafkah untuk menanggung anakmu ini sehingga dia boleh membina hidupnya sendiri..

kepada adik-adik..terima kasih kerana sudi memahami..memberi dan menerima dengan seikhlas hati

kepada keluarga keduaku...ayah mertua..abang..kakak ..dan adik ..terima kasih kerana menerimaku ..seadanya aku..

buat teman-teman persekolahan..satu universiti..dan rakan sejawat..tanpa kalian rasanya hidup ini sepi sekali...

buat pelajar-pelajarku...terima kasih kerana sudi menerima sedikit ilmu yang ingin aku sampaikan.. sedikit pesan dan nasihat sebagai tangkal di kala kesakitan dan kelelahan..sepotong doa dari kalian untuk gurumu ini...sudah sangat memadai...

TERIMA KASIH pada semua yg ber sms..menelefon dan mengucapkan secara langsung padaku..diulangtahun kelahiran ku ini...Semoga Allah mempermudahkan urusanku di Dunia yang Fana ini..dan Di Akhirat kelak..semoga syurga itu menjadi tempat terakhir yang abadi untuk kita semua...AMIN

Sep 13, 2008

sweeeeeeetnye..


ni syah yang bagi...saya copy paste je ye..tq syah..pasni saya nak bagi kat

azisazahar
sufiidany
qaseh
laatahzan
kutaksempurna

selamat mengetag dan ditag...

Sep 9, 2008

Hari Ahad Yang Ceria





Ahad lalu aku dan suami ke Kota Kinabalu...seawal jam 6.50pagi kami bertolak..nak ke Pasar Tamu Gaya sebenarnya..mencari cenderahati untuk dibawa pulang raya nanti..Alhamdulillah dapat juga membeli keronsang..gelang mutiara dan kristal..butang baju melayu untuk kaum kerabat kat kampung ..maklum le..sedara mara ramai...

Alhamdulillah perjalanan pagi kami begitu menenangkan..sejuk dan damai sekali negeri di Bawah Bayu ini....serasa hati dan perasaan terbuai bersama damainya suasana pagi di Banjaran Croker..

Habis bershopping kami singgah bergambar di tepi laut mengadap ke Pulau Gaya..walaupun cuaca agak panas...tapi..masih membahagiakan..mungkin Berkat Ramadhan ada di mana-mana..Maha Suci Allah...

Sep 8, 2008

Di Tagged


sebab saya telah ditagged oleh cikgu BH..saya ikut je le...(tak pandai benornya tagged mentagged ni)

dan kengkawan yang telah ditagged ikut je arahan ni

1) juz copy n paste the image n post it to ur blog
2) then pilih 5 rakan2 utk menerima homework ini, lebih pon takpe
3) tinggalkan msg kepada rakan2 ituh sbg 'alarm' bhw mereka telah di-tag
(arahan ni pung copy-paste jer..hehe)

dan kengkawan yg terpilih tu adalah
-syahna
-nurain
-santalia
-sikachak
-azisazahar

Sep 7, 2008

KERJASAMA



tengok tu..betapa gigihnya sang semut dan rakan-rakan bekerjasama membawa nasi kering ke sarang mereka..gambau ni kat belakang rumah je..sebab sang suami ni tak de kije le agaknya maka sang semut terpaksa menjadi model untuk bahan fotopages dia..dan sang isteri ni pulak telah mencilok gambarnya ini tanpa mintak kebenaran..(tak pe..kang bagitahu kat dia..hehe)

..yang berat akan jadi ringan kalau sama-sama memikul ..begitu juga kehidupan kita sebagai manusia..sama ada pekerjaan atau bebanan perasaan..andainya dikongsi...segalanya akan jadi lebih mudah..kalau kat sekolah pun camtu jugak..ada pelajar agak mementingkan diri sendiri..tapi ada juga yang sudi memberi bantuan pada rakan-rakan dengan senang hati..ada sekali tu sorang pelajar aku dengan gigih mengajar kawan sebelah dia add math..bila kawan dia dapat je buat sampai habis..ketawa besar dia..

"naa..dapat juga kau buat"..aku yang memerhatikan peristiwa itu juga tertawa lucu melihat aksi pelajar aku tu.....hai..macam-macam cerita dan peristiwa berlaku kat sekolah ..rasa cam nak tepek lak gambar diorang kat sini..nantilah ..entry akan datang

apa yang kita beri dengan penuh keikhlasan InsyaAllah redha Allah akan menjadi milik kita jua

Sep 5, 2008

BUNTING KALI KE 4- si BAYU



Kucing aku si Bayu bunting lagi..kali keempat..seekor kucing betina yang begitu panas baran..susah nak nampak muka dia kat umah ni..sebab selalu je tidur atas bumbung umah orang...tapi time makan pandai lak dia balik..disebabkan kegarangan nya itu..kalau dia balik semua kucing akan menikus..kalau tak..siap le kena belasah...masa mula2 dia beranak dulu..anak dia semua mati ..sakit yg tak ketahuan..pastu beranak kali kedua. 2 ekor je anak dia..sekor jantan..sekor betina..gemuk boyak..dan dia ni memang pandai jaga anak...bersih je anak dia dia jaga..kali ketiga beranak 3 ekor..nakal macam setan semua (jahat aku)..tapi kalau nampak aku pandai lak mintak peluk..huhu..

Sep 2, 2008

BIASA-BIASA AJE..



Sudah dua hari umat Islam menunaikan ibadah puasa..Alhamdulillah..kesihatan yang diberikan pada aku tahun ni baik sekali..jadi puasa dapat berjalan seperti hari-hari biasa..rutin harian tidak terjejas hanya kerana siang tak makan dan minum..dan kat sekolah pun sibuk cerita resipi2 nak cuba untuk berbuka puasa..maklum le ..selalu sibuk ke kantin ..jadi aktiviti itu telah ditukar kepada sesi menukar resipi..

Kat sini waktu sahur mungkin habis awal jadi jam 3.50 aku dan suami dah bangun untuk bersahur..makan ala kadar dan waktu berbuka seawal jam 6.22 petang.. jam 4 memang dah start masak..juadahnya biasa-biasa aje...sebab kat Keningau ni Pasar Ramadhan nya tak sepopular di semenanjung..jadi menu berbuka adalah menu harian biasa...jarang sekali beli di luar..memang biasanya masak kat rumah ..

Hari ni masak nasi..ikan pari bakar..ikan pari masak asam pedas (lauk melaka nih) dan tauge goreng sos tiram.. kuih tepung pelita..Alhamdulillah..kenyang..hehe