May 3, 2013

Tagal Sungai Moroli Kampung Luanti

Tagal Sungai Moroli Kampung Luanti terletak di Ranau iaitu kira-kira 131km dari Kota Kinabalu..biasanya kalau kita ke Kundasang tempat ni antara tempat yang boleh anda masukkan dalam senarai lawatan...

Bayaran masuk

Entrance Fee
Status
Tariff
Within Ranau (Local)
Adult >18 yrs
RM 3.00
Children <18 p="" yrs="">
RM 1.00
Outstation (Local)
Adult >18 yrs
RM5.00
Children <18 p="" yrs="">
RM 2.00
International
Adult/ Children
RM 10.00


sumber  : Sabah Tourism

Apa maksud TAGAL

Dalam bahasa Kadazan dusun "tagal" bermaksud tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai.

Apa yang ada di sini?

Yang paling popular ialah "Fish massage" oleh ikan pelian.. (kalau kat Semenanjung panggil ikan kelah). Kalau anda inginkan pengalaman diurut oleh ikan -ikan pelian ni boleh lah mencuba...masa saya pergi hari tu seronok dan teruja ..kalau anak saya yang kecik penakut tu tak delah merasa

Kalau anda datang secara berkumpulan untuk aktiviti luar di sini juga ada menyediakan aktiviti lain seperti berkhemah.."jungle trekking" "river trekking" "white water rafting" dan menaiki jambatan gantung.

Kalau nak tinggal homestay kat sini pun ada..

Berikut adalah gambar-gambar kami sekeluarga masa kat Luanti semasa lawatan cuti sekolah lepas...

panjang peraturannya yer..

masa ni tengah menunggu ..semua kelaparan..apa yang ada .... sebelum sampai ke tempat ni ramai yang berjualan kat tepi-tepi tu .


beginilah keadaannya ikan-ikan yang sedang mengurut kaki

masa kami pergi tu memang ramai orang..sampai terpaksa parking kereta jauuuuuuuh

ikan pelian yang boleh diusap-usap ..


yang dua orang ni terjerit2 ..bukan seronok tapi takut.. duduk tepi kejenya makan aje ..






No comments: