Jul 13, 2013

Perkhemahan Pengakap

Minggu lepas budak-budak pengakap ada perkhemahan dengan geng sekolah lain dan juga budak kelana..mama jadi guru pemantau..jaga mereka ikut giliran.. Itulah jadi cikgu ni...dari merentas desa .bersukan berkhemah berdebat berkoral berhari terbuka semua cikgu kena handle.. tapi kalau tak de semua aktiviti tu sunyinya kerjaya guru..

Maka pada hari kejadian bawalah sekali anak-anak untuk beriadah ...budak-budak ni puas ikut program sekolah menengah..padahal baru tadika...kalau tak dibawa siapalah pulak nak menjaga mereka kan...tapi bila dah selalu join program sekolah mama mereka pun suka juga...sebab sekolah tadika sekolah rendah dan menengah semuanya dalam satu kawasan jadi mereka dah selalu jumpa budak sekolah menengah ni..kenal abang itu dan kenal jugak kakak yang ini...riuh..

Perkhemahan kali ni kat Kampung Banjar...tahun lepas berkhemah ada yang histeria kat sini..mungkin ada keras sikitlah agaknya tempat ni...tapi kawasan kampung yang cantik...suka saya tengok..maklum le berumah di taman jarang masuk kampung..

Masa pergi tu ariq siap bawak kanta pembesar lagi...dia ingat nak gi manalah agaknya ye..

yang ini bawak teropong papa dia...nampak ke tu..

lepas bebas...sukanya masing-masing

ni abang-abang dan kakak-kakak pengakap baru balik dari aktiviti mengembara

main kemuncup je pun...suka nau ~ suka gambar ni
ariq cakap dengan papa...papa mari kita main kacang uncuk...puas mama dengan papa fikir apa lah agaknya kacang uncuk tu...rupanya kemuncup...orang sabah panggil kemuncup ni "rumput sundal"  daring giler nama hihi

sukanya anak beranak ni dengan teropong dengan kanta pembesar...adoilah

barisan khemah
wajahwajah kesayangan hamba