May 26, 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

Alhamdulillah.. tahun ni adalah tahun ke 11 saya menyambut Hari Guru.. tahun ke 11 bergelar pendidik.. sepanjang sebelas tahun ni dah macam-macam subjek saya ajar...asalnya dulu option masa kat KPLI ~Kimia-Pengajian Am.. tapi dua-dua subjek tu saya tak ajar.. sepanjang 11 tahun ni mengajar Add Math dan Fizik..4 tahun ajar Sains form 3..3 tahun mengajar Pendidikan Moral Form 4..dan 2 tahun mengajar Matematik Moden Tingkatan 4 dan 5 dan 2 tahun mengajar Sivik dan Kewarganegaraan. 

Sambutan Hari Guru tahun ni sederhana tetapi meriah..saya rasa kebanyakkan sekolah di Malaysia tahun ni menyambut hari guru dengan tema Kembali Ke Sekolah...Bermula dengan pencarian semula gambar-gambar lama masa bersekolah.. cari uniform baru kat Kedai.. dari tudung, baju, kain dan kasut..mengalahkan budak-budak nak masuk sekolah.. ooo bukan saya sahaja..hampir semua guru-guru di sekolah saya..(sekolah saya mengajar ni memang sangat komitmen kalau ada penganjuran bertema-tema ni) 

Hari itu saya ke sekolah bukan dengan pakaian baju berbunga atau tudung berwarna..tapi..


dulu masa sekolah pakai baju putih biru ni masa tingkatan 1 dan 2..lepas tu pakai baju biru sebab dah jadi  pengawas masa tingkatan 3 sampai tingkatan 5... memang rindu nak pakai baju putih ni..

makan kat kantin pakai baju sekolah sambil digiat oleh pelajar

sanggup beli beg baru tuh

ini ialah pengetua kami..memang sporting sangat..sesuailah dia dengan jawatan Pengetua Cemerlang..tabik bos

ini adalah pasangan suami isteri kat sekolah saya.. dengar cerita bercinta zaman sekolah lagi...ni nak mengimbau kenangan la yer..haha..suka sangat gambar ni
bilik guru hari itu dipenuhi pelajar...takde sorang pun guru datang sekolah..hihi

Kami Guru Malaysia
Berikrar dan Berjanji
Mendidik dan Memimpin
Putra Putri Negara Kita

Pada Seri Paduka
Kami Tumpahkan Setia
Rukun Negara Kita
Panduan Hidup Kami Semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara Yang Tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami Tunaikan


May 20, 2013

Hari Ibu

Mereka semua telah ke kedai kek pagi-pagi buta untuk beli kek sempena Hari Ibu..terharu mama.. mama saying semua..luv you..

Semoga mama akan jadi mama yang terbaik ..doakan mama sihat ..dan sihat dan sihat...semoga darah mama yang selalu tinggi ni tak naik naik dan kembali normal..semoga mama sentiasa dikasihi dan mengasihi.. Amin

terima kasih juga

sayang kamu


Balik Kampung

Alhamdulillah..tiket balik kampong sudah Berjaya dibeli...ingat nak guna tiket percuma untuk balik raya ni...tapi bila gatal tangan gi klik kat laman web Air Asia..nampak tiket murah..RM 48 ringgit sehala dari KK ke KL dan KL-KK..wa weee..terbuntang mata mak cik...maka dengan pantas tanya suami..nak tak beli tiket raya ni..tiket tambang percuma tu  simpan hujung tahun.. suami pun setuju...


jadi kalau tak de aral melintang Inshaa Allah akan balik raya ni

 
Tahun lepas tak balik raya...tahun ni balik...wink wink

May 17, 2013

Anak-anak

Lama dah tak update pasal anak-anak..Alhamdulillah mereka membesar dengan sihat..dan aktif..
Bulan depan genap umur Ariq 4 tahun.. kakak 4 tahun 7bulan..

Kakak Nurzuyyin

Berat kakak kekal selama hampir setahun...yer selama hampir setahun saya berjaya mengekalkan berat badannya tak naik2 dan tak turun2... 23kg ..kalau dulu nampak sangat dia obes...tapi sekarang dah nampak kurus dan tinggi...tapi montel pipi tu tak boleh nak lawan ..itu adalah aset utama Nur Zuyyin...

ada ketika-ketikanya saya rasa macam dah besar sangat anak dara saya ni..boleh berbual macam orang dewasa..tapi bila sampai masa merengek..Nampak lah balik perangai budak 4 tahun.hihi...

Kegemaran kakak ialah.. melukis..mewarna..macam tak jemu dia melukis ..gambar mama..papa..ariq...monster.. ikan..doremon..kereta..macam2lah..
Membaca tak pandai lagi...huruf kenal lah.. tulis huruf pun cantik dah..nama pun dah pandai tulis sendiri....masa mula-mula pandai tulis nama asik itu je dia tulis...luculah kakak

Mengaji...dah banyak jugak dapat..cuma belum sampai ayat bersambung lagi
Baca doa..kebanyakkan nya ingat..tapi ada jugak yang dah bercampur2 sebab banyak sangat kot doa yang nak kena baca..
Manja...yer..ini adalah kategori budak yang sangat manja...kadang-kadang pagi-pagi bangun nak pergi sekolah nak mintak dukung...aiyooo mau patah pinggang mama nak oii..

Adik Ariq

Berat ariq hanya 13kg pada usia 3tahun 11 bulan...bila ntah nak naik...makan bukan main berselera..menyusu pun kuat tapi tak jugak datang isi badan tu...papa kata kalau nak kurus ikut macam ariq..buat apa-apa semua berlari..ambil air kat dapur berlari..buang sampah kat tong sampah berlari...masukkan cawan dalam sinki berlari...sebab tu tenaga tak simpan menjadi lemak..haha...lepas ni mama pun nak berlarilah macam ariq

Ariq dah pandai juga baca kalau dua suku kata....mengira pun lancar..kalau ada gambar dan nombor dia dah tahulah nak padan-padan kan tu....tapi mama tak delah nak paksa sangat sebab dia bun belum lagi 4 tahun..nanti beria-ia sangat takut jemulah pulak

Mengaji...ariq dah boleh mengaji sampai 5 huruf bersambung tu..yang ini mama suka..alhamdulillah surah Alfatihah dan 3 qul tu pun dia hafal..doa-doa pun banyak jugak dia dah hafal...kat sekolah dia tak ajar doa semua..sebab subjek agama bermula dari 5 tahun...jadi bab-bab mengaji dan baca doa memang mama lah yang ajar kat rumah..

Kat rumah ni orang yang paling banyak bercerita dialah...kalau bercakap mesti 3 ayat terus bersambung...sebab dan akibat semua ada...macam karangan dah..kadang-kadang..saya suruh dia bertenang..sebab banyak sangat nak cakap sampai air liur tersembur..dan biasanya ariq bercakap ayat skema habis...haha

"mama ni terlalu besar..nak marah ariq yang terlalu kecil"

"mama ubat ni tak berkesanlah.."

"mama Tc Lai tu terlalu lembut...ariq sayang dia..kalau Tc Dayang tu sangat lembut..kalau Tc Debra pulak lembut-lembut keras"..bila dengar dia cakap ni pecah perut mama ketawa..kecik-kecik lagi dah pandai nak komplen cikgu..aiihh



menyengih berikan dia

May 3, 2013

Tagal Sungai Moroli Kampung Luanti

Tagal Sungai Moroli Kampung Luanti terletak di Ranau iaitu kira-kira 131km dari Kota Kinabalu..biasanya kalau kita ke Kundasang tempat ni antara tempat yang boleh anda masukkan dalam senarai lawatan...

Bayaran masuk

Entrance Fee
Status
Tariff
Within Ranau (Local)
Adult >18 yrs
RM 3.00
Children <18 p="" yrs="">
RM 1.00
Outstation (Local)
Adult >18 yrs
RM5.00
Children <18 p="" yrs="">
RM 2.00
International
Adult/ Children
RM 10.00


sumber  : Sabah Tourism

Apa maksud TAGAL

Dalam bahasa Kadazan dusun "tagal" bermaksud tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai.

Apa yang ada di sini?

Yang paling popular ialah "Fish massage" oleh ikan pelian.. (kalau kat Semenanjung panggil ikan kelah). Kalau anda inginkan pengalaman diurut oleh ikan -ikan pelian ni boleh lah mencuba...masa saya pergi hari tu seronok dan teruja ..kalau anak saya yang kecik penakut tu tak delah merasa

Kalau anda datang secara berkumpulan untuk aktiviti luar di sini juga ada menyediakan aktiviti lain seperti berkhemah.."jungle trekking" "river trekking" "white water rafting" dan menaiki jambatan gantung.

Kalau nak tinggal homestay kat sini pun ada..

Berikut adalah gambar-gambar kami sekeluarga masa kat Luanti semasa lawatan cuti sekolah lepas...

panjang peraturannya yer..

masa ni tengah menunggu ..semua kelaparan..apa yang ada .... sebelum sampai ke tempat ni ramai yang berjualan kat tepi-tepi tu .


beginilah keadaannya ikan-ikan yang sedang mengurut kaki

masa kami pergi tu memang ramai orang..sampai terpaksa parking kereta jauuuuuuuh

ikan pelian yang boleh diusap-usap ..


yang dua orang ni terjerit2 ..bukan seronok tapi takut.. duduk tepi kejenya makan aje ..