Apr 28, 2020

Siti Solehah

Siti Solehah ni bukan nama anak saya..atau bayi saya..atau nama anak jiran saya atau nama anak buah saya...tapi Siti Solehah ialah nama anakkucing saya. Saya menunggu Kochi bunting dah lama..akhirnya Kochi bunting juga..tapi saya tertanya -tanya juga siapa bapa pada anak-anaknya tu..Adakah seperti yang saya harapkan..agar semuanya bengal. Yes..akhirnya 2 Februari Kochi beranak . 4 ekor anaknya. Tapi mungkin bukan rezeki saya..anaknya mati 3 ekor kerana masalah pernafasan (mukus banyak) dan yang hidup hanya seekor.yang saya namakan Siti Solehah

Secara peribadi membela kucing bengal taklah susah mana sebab kucing berbulu pendek ni lebih berdikari sifatnya..kemas ..sebab bulu pendek. Tapi...ya..tapi kenalah tahan dengan perangan hiperaktifnya tu...berlari..main..usik barang sana sini..dengki kat kucing lain..gigit kaki depan kucing lain..terjah tengkuk kucing dewasa lepas tu buat muka tak bersalah..bila terlepas keluar rumah kalau boleh nak panjat semua pokok. Bengal adalah kucing yang sangat menyeronokkan untuk dibela...ada pelbagai karektor yang menarik.

Berbalik kepada Siti Solehah...suami saya kata dia macam ada split personaliti...sebab dia banyak membesar dengan manusia (tak boleh nak duduk dalam sangkar ..sekejejap dah dapat keluar) . Siti memang nak tidur dengan anak2...kalau pintu tutup dia akan korek pintu kat bawah tu ..minta di bawa masuk. Siti sangat tahu namanya..panggil je Sitii.... sekejap dia dah sampai.