Jun 30, 2012

HARI JADI ARIQ KE -3

Sambutannya ringkas sahaja...dengan iringan doa seorang ibu semoga kau membesar menjadi anak yang soleh sihat cergas dan bijak menempuh hidup..semoga syurga milikmu anakku..

.

Terima kasih kepada Pn Asmah atas kek yang sangat sedap...emmm sehingga menjilat jari. 
muka budak 3 tahun...
bersama kakakanda zuyyin

Jun 28, 2012

Gambar untuk sekolah

Gambar ukuran paspot telah diambil untuk Kakak Zuyyin dan Adik Ariq...ambil gambar kakak senang je...tapi ambil gambar ariq...aduhai....macam-macam gaya...ada ke bila jurufoto tu petik je butang kamera dia buat peace sambil tersengih...terpaksa ambil balik...ambil gambar ni sebab nak isi borang pendaftaran sekolah...tahun depan dua2 dah nak masuk sekolah...sorang 5 tahun sorang lagi 4 tahun..masing-masing dah teruja nak ke sekolah...sebenarnya mak dia yang teruja   jangan ko melalak pulak kat sekolah sudahlah...


last-last ini le yang terhasil

kakak masam..serius gitu..nak sekolah katakan

yang ni jangan buat lawak je nanti gi sekolah yer..


ooo syahdunya...anak-anakku dah besar rupanya

BALIK KAMPUNG (Bahagian 2)

Aktiviti lain masa balik kampung

balik 2 minggu...demam je 5 hari...sungguh terbatas pergerakkan..sempat juga ke Pagoh melawat Pak Ude yang baru dapat baby...Tahniah Pak Ude..selamat datang ke dunia Ahmad Syahmi b. ahmad Syaheer




ambil gambar ni dari fb pak ude ...




Aktiviti lain...menikmati suasana kampung halaman...

melawat reban nenek...kakak yin pakai seluar terbalik...cubaan gagal..haha

naik keratapi kat JJ Melaka...ngan atuk dan adik mikael

asyik betul hero mama

kakak sayangggg nenek..

Jun 22, 2012

BALIK KAMPUNG (Bahagian 1)

Bila?

26 Mei hingga 9 Jun

Cuti hari tu kami sekeluarga pulang ke Melaka...kali terakhir balik masa cuti Hari Raya tahun lepas...kiranya dekat 9 bulan dah tak balik...anak-anak memang sangat teruja nak balik kampung...hari-hari tanya...bila nak balik kampung...sampai mama malas dah nak menjawab soalan yang sama berulang kali...




kali ni balik guna tiket percuma...ariq pun dapat jugak tempat duduk...jadi memang legalahlah..tak payah berpangkuan dengan mama...penat wooo...lenguh memangku....

masa awal cuti tu.. Cikgu Jaafar sekeluarga bercuti ke Melaka..jadi kali ni suami menjadi pemandu pelancong tak bertauliah...(sebab sendiri pun dah tak berapa mahir ngan jalan kat kampung halaman)
seronok jugak meraikan kawan dari jauh melancong ke tempat kita...rasa nak bawak ke semua tempat...tapi tulah dua hari je mana nak cukup melawat ye tak

sempat berposing di rumah melaka

sarapan di rumah suami di kampung

sempat kau....makan cendol


Siapa lagi balik..

Pak Ngah pun balik jugak  sebab nak tengok @ teman isterinya bersalin anak kedua...jadi kali ni balik kampung tak dapat nak jumpa dengan Pak Ucu Amin jelah...sebab Pak ucu sibuk final exam..

masa Pak Ngah balik tu sempat jugak buat majlis naik buai anak dia...



bubur naik buai

yang selalu menjadi igauan ku...sangat suka ini...

yang diraikan...selamat datang ke dunia airis sofea.....
 Jumpa siapa lagi?
.Anak-anakku berpeluang berjumpa sepupu sepapatnya...seronok yer jumpa sedara mara ni..:)

kakak zuyin dan kakak kila

3 cucu jantan nenek

adik danial


adam mirza gentel telinga ariq..hihi
oklah...nanti sambung bahagia 2