May 25, 2017

SELAMAT HARI GURU 2017


Selamat Hari Guru untuk warga pendidik. Sehingga ke hari ini saya merasa sangat bahagia menjadi guru. Tidak pernah terlintas langsung rasa menyesal atau kecewa. Walaupun bukan manisnya sahaja yang dirasa setiap hari, namun rasa pahit dan masamnya menjadi penyedap bila kenangan itu diimbas semula

Saya menyambut buat kali pertamanya di sekolah baru. Dengan tema hijau..teringat tahun lepas masa di SMSFX.. tema watak dalam movie..meriah gila..... di sini sambutan sederhana sahaja ..tetapi tetap meriah. Menjadi guru baru berpindah haruslah pandai membawa diri. Kata orang masuk kandang kambing mengembek..janganlah pulak mengaum macam harimau..hihi. Saya terima semuanya seadanya.


Rakan guru di SMKDD

Hadiah dari pelajar

Bersama Safrina dan Rahana

Bersama pelajar addmath 5 Kenanga ..Ain



Feb 1, 2017

Permulaan yang baru

Selepas hampir 15 tahun berada pada situasi dan rutin yang sama..sampai masa kita rasa kita perlukan titik perubahan dalam kehidupan. Nampaknya permohonan saya untuk berpindah tahun lepas dapat direalisasikan pada tahun ini. Macam-macam perasaan yang ada bila mengetahui permohonan untuk berpindah ke kampung halaman berjaya.
     Terlalu banyak perkara dan benda yang perlu diuruskan..serahan tugas..urusan kargo..pertukaran sekolah anak anak..prosedur bawa kucing pulang ke semenanjung. ..clearkan rumah untuk pulankan kunci pada tuan rumah..dan macam-macam lagi hal remeh tetapi tetap juga perlu diuruskan
      Saya ditempatkan di Smk Durian Daun seentara suami di sekolah iskandar shah Jasin. Semoga penghijrahan kami mendapat keberkatan dan membawa kebaikan kepada kami sekeluarga. 
Selamat tinggal.kawan kawan tersayang

Hari terakhir bertugas di Sabah

Kami dengan anak anak bulus