Oct 30, 2011

SPM 2 MINGGU LAGI

cikgu-cikgu yang dah lama melepasi zaman SPM..haha

posing maut gitu untuk nampak lebih muda dan anggun

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tinggal lagi 2 minggu..bermakna sepanjang 2 minggu ni memanglah sibuk.. alhamdulillah pelajar tahun ni bagus-bagus..rajin dan hormat guru..saya rasa tenang sangat mengajar form 5 tahun ni...semoga mereka dapat menjawab soalan exam dengan baik nanti..sentiasa mendokan kamu semua pelajar-pelajarku 10 hb ada sembahyang hajat dan taklimat SPM..harap semuanya berjalan lancar..slip menduduki exam belum print lagi...

Tetiba teringat zaman menduduki SPM 17 tahun yang lalu...17tahun dah tu...lamanya la..masa tu exam add math mana ada formula segala macam sekarang..semua kena hafal..calculator yang boleh guna pun yang bukan saintifik tu...setakat kiraan biasa sahaja..lepastu nak cari nilai log..nilai z untuk subjek kebarangkalian semua guna buku sifir...beruntungnya kamu semua...tok sah kata add math..math..physics pun ada formula jugak...kalau tak menjawab tu memang le "sengaja cari pasal"...

Oct 26, 2011

Pine Resort Lagi


kami....sekeluarga



di pesta kubis kundasang


Kakak dan bunga..kat depan Pines




Pagi di Pine Resort


Mama ..bunga..dan ariq



ni kat Timpohon View Kinabalu Park..


Pesta Kubis Kundasang


KK...sebelum ke Kundasang

23 dan 24 Oktober kami sekeluarga bercuti ke Pine Resort sekali lagi...mengambil peluang merehatkan diri bersama anak-anak di samping menemankan adik dari Johor dan keluarga mertuanya datang bercuti ke Sabah.

Alhamdulillah...sangat seronok sekali berjalan anak beranak..semua happy terutama budak berdua tu...dua hari lagi nak jalan dah sibuk bercerita....awal pagi (4.30) yin dan ariq dah bangun ...nak berjalan punya pasal. Jam 6.00 kami bertolak dari Keningau ke KK. (jam 6 dah terang sangat dah kat sini) singgah sarapan kat Mc Donald Api-Api Centre. Lepas ke Pasar Tamu Gaya kami terus ke Kundasang...

Sampai Kundasang kebetulan ada Pesta Kubis...tapi acara dah habis dah...tinggal cabutan betuah dan nyanyi je..makan tengah hari kat Kedai mamak kat situ...lepas makan terus check in kat Pine Resort. Petang jalan kat Kinabalu National Park..percuma je masuk kali ni...sebab acara Climbathon baru je berakhir...sunyi je National Park..selalu meriah dengan para pendaki yang baru turun..

Oct 19, 2011

Basikal Baru Untuk Si dia dan dia

aksi sumo menumpang si kudut...

bawak beskal sambil picit-picit pipi yang dah sedia menembam

naik basikal mesti penuh bergaya..macho tuu...(sambil bawak patung kat dalam bakul..cess)


Basikal -basikal ini didatangkan khas dari kedai milik jiran sebelah rumah hasil daripada pungutan duit raya....hoho...sepanjang raya kedua-dua tuan punya basikal suruh mamanya menyimpan duit raya tersebut sambil memberi satu pesanan ringkas.."nanti beli beskal"... Jadi sebagai mama yang menurut perintah basikal-basikal ini telah dibeli pada hari raya ke-enam setibanya di Keningau...tapi kedua-dua sidia dan dia ini tak reti @ kuat nak kayuh...main sorong-sorong je... Selepas sebulan dengan usaha gigih mamanya dan papanya..dapatlah basikal-basikal beroda tiga dibelakang ini di kayuh separuh-separuh sehingga ke hari ini..:D sekarang dah pandai konar..konar dah

Oct 18, 2011

botak kali kedua...


peace....

siap jeling-jeling mama lagi..



dia begitu teruja sekali nak botak...jadi untuk memenuhi permintaan ariq maka...papa pun botak kanlah kepala dia.....licin habis....:))..saya upload gambar ni kat FB semua marah kenapa botakkan dia...oohhh tidakkkk ini permintaan tuan punya badan yerrr