May 13, 2020

Siti Solehah


Mama sedang bersabar tengok kegedikan Siti Solehah 

JUJUR


   JUJUR .
   Jujurlah.

   Dengan Allah
   Dengan diri
   Dengan pekerjaan

   JUJUR
   Jujurlah..walau nampak hanya perkataan biasa
   Tapi berat sekali beban disebaliknya

    JUJUR
    Jujurlah demi sebuah kehidupan yang bahagia
    DI SANA


May 12, 2020

Nak Lensa Baru..:P

  Serius...saya teringin nak beli lensa baru...hahaha...kamera Fuji tu dah masuk tahun ke empat...masih sangat baik lagi ..tapi alangkah...alangkah bestnya kalau ada lensa yang panjang sikit...supaya puas mata memandang...Berangan tak salah kan...hahaha

Mengajar secara online


Serius saya lebih gembira jika dapat mengajar secara berhadapan dengan pelajar. Suasana sebenar. Letih sebenarnya mengajar online..bukan penat dari segi fizikalnya tapi penat dari segi mentalnya..sebab kita tak nampak muka pelajar..kita tak yakin mereka faham atau tidak. Tidak boleh juga kita respon soalan pelajar dengan baik bila kita tak nampak orangnya. (menjadi kebiasaan pelajar off kan muka bila online)..so kadang-kadang saya rasa macam syok sendiri. Jika kelas yang di ajar tu pelajarnya proaktif adalah "jiwa" sikit sesi pdpc tu..kalau krik krik sahaja..saya jadi tepu nak pikir. Jadi saya amat-amat menghargai masa pembelajaran di adakan secara berhadapan dengan pelajar di kelas atau makmal seperti dulu.

Paling teruk ialah bila mengajar addmath gunakan teknik online ni...tiada kepuasan langsung mengajar...nak kira..nak tunjukkan jalan kerja kat pelajar...macam complicated betul bila kaedah online learning digunakan dalam pdpc.

Keluahan seorang guru....

COVID 19

Tak pernah menyangka dan tak pernah menduga Covid 19 menyebabkan banyak perubahan dalam menjalani kehidupan.

Tahun ni saya sangkakan adalah tahun paling sibuk saya sebab kedua dua anak ada peperiksaan besar. Sejak awal tahun lagi saya sentiasa mengingatkan diri bahawa tahun ini adalah tahun yang paling sibuk sebab kakak Zuyyin akan menghadapi peperiksaan UPSR dan Ariq exam UPKK. Jadi sejak awal tahun saya dah belikan set lengkap soalan past year untuk mereka. Mengatur jadual dan latih tubi secara tersusun..

   Tiba-tiba awal Mac seluruh dunia dikejutkan dengan kes Covid 19 yang meningkat dengan banyak..sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dijalankan bermula 18 Mac. Akhirnya setelah beberapa minggu menjalani PKP tiba-tiba diumumkan bahawa Peperiksaan UPSR, UPKK dan PT3 dibatalkan untuk tahun ini..saya rasa macam.."eh iya ke".. dan memang Ya...tiada exam tersebut untuk tahun ini. Kakak Zuyyin sengih panjanglah tak de exam..tapi Ariq macam kecewa sikit sebab dia memang target nak dapat 8A untuk UPKK. Sesungguhnya kita merancang Allah juga merancang dan perancangan Allah itulah yang terbaik. Saya redha sahaja..Adalah hikmah besar yang Allah nak tunjukkan tu.

  So..aktiviti belajar menjadi lebih santai..lebih kepada belajar menguruskan diri dan rumah akhirnya. Pagi tugasan Kakak Zuyyin ialah masak nasi, sidai pakaian, beri kucing makan, cuci pinggan, cuci lantai depan dan belakang ..juga lipat pakaian sendiri. Ariq pulak ..pagi cuci pakaian..cuci sangkar kucing..buang sampah..angkat pakaian...terbalikkan pakaian yang diangkat supaya senang saya nak lipat.

Mula mula macam susah juga nak buat..sebab tugasan yang disuruh tu tak berapa sempurna..tapi saya bantu dan pimpin..akhirnya berjaya juga. Walaupun kadang-kadang ada juga yang "mengelat" tapi akhirnya nampak juga kesungguhan mereka selesaikan dengan baik. Jadi itulah antara hikmahnya bila Allah uji dengan COVID 19 ni.

Apa yang saya lega bila PKP dilaksanakan berikutan langkah menangani Covid 19 ni ialah saya rasa lebih releks..kalau tak terasa seperti mengejar dan terkejar-kejar setiap hari..semuanya kena selesai segera...tapi bila PKP dunia seolah berputar sedikit perlahan daripada biasa. kita boleh ambil masa berfikir sejenak sebelum respon apa-apa. Masa juga agak banyak untuk muhasabah diri..untuk mengemas rumah..membuang segala benda yang tak perlu..menyusun semua benda yang berselerak.
OK sangat berbaloi sekali rupanya cuti PKP1 PKP2 sehinggalah PKPB yang berlangsung 4 minggu lagi ...Alhamdulillah..sesungguhnya Allah tidaklah menurunkan sesuatu musibah itu selain menyuruh kita berfikir juga.

Apr 28, 2020

Siti Solehah

Siti Solehah ni bukan nama anak saya..atau bayi saya..atau nama anak jiran saya atau nama anak buah saya...tapi Siti Solehah ialah nama anakkucing saya. Saya menunggu Kochi bunting dah lama..akhirnya Kochi bunting juga..tapi saya tertanya -tanya juga siapa bapa pada anak-anaknya tu..Adakah seperti yang saya harapkan..agar semuanya bengal. Yes..akhirnya 2 Februari Kochi beranak . 4 ekor anaknya. Tapi mungkin bukan rezeki saya..anaknya mati 3 ekor kerana masalah pernafasan (mukus banyak) dan yang hidup hanya seekor.yang saya namakan Siti Solehah

Secara peribadi membela kucing bengal taklah susah mana sebab kucing berbulu pendek ni lebih berdikari sifatnya..kemas ..sebab bulu pendek. Tapi...ya..tapi kenalah tahan dengan perangan hiperaktifnya tu...berlari..main..usik barang sana sini..dengki kat kucing lain..gigit kaki depan kucing lain..terjah tengkuk kucing dewasa lepas tu buat muka tak bersalah..bila terlepas keluar rumah kalau boleh nak panjat semua pokok. Bengal adalah kucing yang sangat menyeronokkan untuk dibela...ada pelbagai karektor yang menarik.

Berbalik kepada Siti Solehah...suami saya kata dia macam ada split personaliti...sebab dia banyak membesar dengan manusia (tak boleh nak duduk dalam sangkar ..sekejejap dah dapat keluar) . Siti memang nak tidur dengan anak2...kalau pintu tutup dia akan korek pintu kat bawah tu ..minta di bawa masuk. Siti sangat tahu namanya..panggil je Sitii.... sekejap dia dah sampai.