Dec 26, 2008

BUNSIT


baling bang jangan tak baling

aksi terlampau..hehe


Sebelum balik kampung hari tu ..kami sempat ke Bunsit..kawasan jeram yang cantik...lebih kurang 15 minit dari rumah...cuma kawasan ni tak berapa terjaga...pernah dulu buat kursus kepimpinan kat sini..meriah ..

biasalahkami berdua ni memang suka beul beriadah petang-petang..dan ni le aktivitinya..posing sakan..nanti kalau zuyyin dah besar siaplah ko..mama paksa ko posing...mmmuuuhhhaaa

Dec 25, 2008

salam kembali


mama ngan zuyyin masa raya haji

Alhamdulillah...percutian saya di kampung berakhir 23 Disember lalu...sekarang berada di Keningau semula..menyambung cuti dan bersedia semula untuk mendidik anak bangsa..rasa-rasanya pulang ke kampung kali ini sangatlah penatnya..bermula dengan urusan dokumen baby..dokumen adik ipar dan pak mertua yang nak datang Sabah..uruskan hal-hal rumah yang saya beli..masuk api air..pasang grill..beli lampu, kipas...mangga rumah..persiapan raya Korban yang tak seberapanye pun..dan bermulanya kehidupan sibuk saya belajar menjadi mama setelah lebih tujuh tahun menunggu..Alhamdulillah..walaupun penat segalanya berjalan dengan lancar...pada kengkawan yang melawat bolg saya..maaf saya ucapkan jika ada komen yg tidak berbalas...lepas ni saya akan mengaktifkan semula entry2 dan komen2 saya

Nov 28, 2008

PERMATA HATIKU


inilah permata hati saya......semoga bahagia milik kita...MAMA, PAPA..dan Nur Zuyyin..
....

Nov 22, 2008

Selamat Bercuti Untuk Warga Pendidik


cak!!!

Saya akan bercuti pulang ke kampung bermula 23 November -23 Disember...jadi tak dapat nak buat entry baru sepanjang tempoh itu...bye-bye...nanti bulan depan kita sambung lagi yer...

Nov 17, 2008

Album lama


dulu saya suka sangat beli album..nilah antaranya..pastu sekarang gambar simpan kat fotopages dan CD saja...


air terjun mahua..macam kapas tak air nya..tempat ni pun cantik

dalam perjalanan ke Samporna..kami singgah kat Kundasang
di kaki gunung kinabalu

posing kiut-kiut

bersama pak misai dan melur (tengok misai yang gambar sebelah kiri tu)
pak misai ni kucing yang paling kami hormat..sebab semangat ketua dia tu tak boleh nak tanding...sangat menyayangi kucing kecil..dan semua kucing2 saya suka ngan dia

masa ni kat rumah banyak sangat bunga mawar..macam-macam warna dan sangat menjadi sekali hasil tanaman suami yg berjari hijau itu..errr saya tukang siram jer..itu pun kalau ingat...kucing kat sebelah tu tembun dan julie farah atikah


guna filem hitam putih...dan gambar bunga lagi

semalam saya menatap kembali album-album lama saya di rumah...saat suami saya baru mengenali dunia SLR..dulu dia guna Nikon F55 (sejak beli DSLR kami dah jual kamera ni dengan lensa panjangnya sekali..)..kamera nikon lama ni guna filem..masa tu kami baru-baru lagi bekerja..dan semangat nak 'posing' tu memang tinggi betul.(sampai sekarang pun suka berposing he he)..lebih-lebih lagi berada di bumi Sabah yang cantik ni...semua tempat rasa nak ambik gambar

seingat saya tempat kami cuci gambar dulu di kedai gambar MILIMEWA...sekali beli filem 2 ke 3 rol..dan yang lucunya..kalau cuci di kedai tu mereka akan bagi free lagi 2 rol filem..dan kami pergi cuci lagi..dapat free lagi..sampai saya tak daya lagi nak posing..huwaaaa dan masa tu manalah nak edit2 gambar atau nak delete gambar yang tak jadi...tapi sekarang semua pun boleh...dulu nak buat gambar hitam putih kena beli filem hitam putih ....sekarang click je kat shepia ke ..black and white ke masa edit gambar dah boleh tukar kaler....canggih ekk..emmm dan kita terus mengejar teknologi semacam tiada kesudahan ni..apa pun album lama masih tinggi nilai kenangannya

Nov 15, 2008

MEREKA ITU





sepanjang saya mengenali mereka itu saya merasa muda semula..ingin mengimbas zaman remaja..menikmati keriangan gurauan tahap hiper..saya akui saya selesa sekali menjadi guru..kalau sebulan bercuti hujung tahun, akan menjadi sangat tidak sabar untuk hadir semula ke sekolah..dan menatap lagi wajah mereka..walau ada yang menyakitkan..menjengkelkan dan kadang-kadang menaikkan suhu badan..namun itulah keindahan dan keseronokannya.. berjuang bersama-sama.. berkongsi ilmu dan cerita..memberi semangat dan peransang...

semasa memberi taklimat SPM hari tu..tiba-tiba saya merasa sebak..kerana sekali lagi wajah2 kesayangan saya akan meninggalkan saya seperti tahun-tahun lalu...saya pasti..saya akan merindui usikan mereka..


* selamat menjawab add math 18hb dan fizik 25hb..semoga berjaya anak-anakku

Nov 10, 2008

PETANG ITU

skodeng dari belakang

gambau ni aku ambik .. laki aku kutuk dia kata gambau ni tak de "cerita"..

tak kira nak upload jugak...(nampak nau degil himol)

mencari sudut


di atas awan



lom lagi nengok gaya dia golek gelentang ( contoh ambik gambau lalat 18 sx tu)



posing maut gitewww..ahaks



gambau nye tak seberapa pon..posing je lebih

apalah aktiviti yang paling menarik sekali bagi aku dan lakiku itu selain dari ambik gambau..mmmuuahhaa..itu je le kijenya..semacam ketagihan pulak...dah puas ambik gambau sekolah..budak sekolah..cikgu sekolah..serangga..pastu ambik gambau sendiri..dia ambik gambau aku..aku ambik gambau dia...aci tak..kami sangatlah seiring dengan hobi ini..walaupun gambau-gambau masih diperingkat percubaan dan eksperimentasi ..oklahkan untuk guru-guru sekolah macam kami ni..sebab kami bukan jurufoto pro...bukan juga jurufoto perkahwinan..hehe

kawasan ni pun cantik jugak...berada di atas awan..sejuk berkabus..jom datang Keningau..moh

Nov 7, 2008

MATAHARIKU


Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Reff1:
Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Reff2:
Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Back to reff 1

Back to reff 2

tengah suka lagu ni...suara agnes gemersik betul..pastu gambau yang kat atas tu tengah nak mencuba photofunia yang dah lama di cuba oleh orang lain..sungguh ketinggalan keretapi...sebab saya suka meow..saya buat le kengkonon meow tu pun suka saya jugak...mmuuhaahaa..sesuai tak mood dalam gambar tu(muka saya je ye..tak masuk gambau kucing) dengan lagu ni...apa kata anda?

Nov 2, 2008

Majlis Makan Amal SMSFX, Keningau




















cute girl

En en yang suka bergaya

Pn Shahanum dan Pn. Ani gete


Hajar dan Aiza
Pn. Karen dan En en

Puan Rosalinda

Diva-diva SMSFX

Pn. Beatrice..percaya tak ibu muda ni ada anak 8 orang..body menten seh


Pn. Ainati..orang kuat program


1 November lalu sekolah aku mengadakan satu majlis makan amal..di Hotel Juta Keningau untuk menampung kos pembangunan sekolah..kerana sekolah kami ni sekolah yang mendapat separuh bantuan kerajaan..jadi dana pembangunan kami cari sendiri..bersama PIBG sekolah..Alhamdulillah dengan adanya majlis amal begini kutipannya dapatlah digunakan untuk menampung keperluan sekolah dan menaiktaraf bangunan yang sedia ada...daif sebenarnya sekolah yang ada sekarang...tapi aku suka sangat dengan sikap staff dan kengkawan guru yang lain atas semangat yang ditunjukkan...jujurnya saya amat mengakui keseronokan bekerja di sini..


Majlis berlangsung jam 7.00 malam..(kat sini maghrib jam 6.00)..dan tamat kira-kira jam 11malam..terima kasih kepada semua yang menderma..menaja..dan bertungkus lumus menjayakan program ini....

Oct 31, 2008

maluuuu


eiii tak malu...orang yang tengok pun tak malu jugak...muuahaaa..gambar ni hubby yang ambik...dia giler ngan gambo serangga...saya tak mampu nak ambik lagi sebab lensa saya tak macam lensa dia..huhu..lagipun minat ambik gambor saya tak de le macam dia..yang sanggup bergolek gelentang nak dapatkan sudut yang menawan...tapi saya banyak belajar dari dia ..secara tidak rasmi..lagipun saya baru je nak mengenal dslr ni.....
untuk gambar ni lelaki itu sanggup menunggu dengan lamanya..ish..18 sx sungguh..

Oct 25, 2008

Kem Kimia

matahari terbit di banjaran croker
sempat lagi ambik gambar bulan syawal..yang tinggal separuh..


keningau waktu malam dari banjaran

pemandangan dari atas..bawah tu keningau...


sakan study...lagi 2 minggu SPM..hehe


kali ni saya nak bercerita tentang kem kimia yang suami saya buat..sejak dia mula mengajar... kem kimia memang diadakan setiap tahun..hampir setiap tahun saya akan join sekali..walaupun sekolah kami tak sama tapi..tujuan menjadi guru tu tetap sama jugakan..

pertama kali suami saya buat kem kimia kat TVRC Tambunan..tempat rekreasi..sehari je..pastu tahun-tahun berikutnya dia buat kat Air Terjun Mahua...cantik tempat ni..kalau kat sini kena bermalam..pastu sejak 2 ke 3 tahun kebelakangan ni dia buat kat Banjaran Croker..kat sana ada tempat penginapan yang lebih selesa dan suasananya pun sangatlah sesuai untuk kem seperti ini..

biasanya tempat ni penuh...kena booking awal untuk bermalam...ada juga disediakan bilik untuk ceramah dan sebagainya..ramai juga sukarelawan Jepun kat atas ni yang bekerja menjaga hutan Malaysia...kadang-kadang rasa malu sangat bila orang luar lebih sayangkan hutan kita

kat Banjaran Croker ni dulu sekolah saya selalu juga buat camping..terutamanya untuk Kelab Pencinta Alam..ada trek yang cantik untuk mengenal hutan..burung dan sebagainya...emmm dah lama tak buat camping..rindu lah nak makan masakan masa camping..kalau camping ni..makan sardin pun nikmat yang amat..

bila pulak saya nak buat kem untuk budak2 saya..emmm..InsyaAllah..

Oct 22, 2008

Jamuan Raya

ehem..berapa bungkus tu..hehe
dari kiri :ustzh jasmin, aiza, ani, su dan syah
kek dari Puan Hanisah...yang ni saya suka...sedap..

tembikai
tart gulung..tak tau siapa bawak


dari Kelab Guru

dadih dari Pn Rosalinda

nasi goreng kerabu dari Pn Abiah

sate dari guru-guru petang

resepi Pn. Ramlah..ayam madu dengan sos plum ..emmm sedapnya





Jamuan Hari Raya tahun ni telah dikendalikan oleh Kelab Guru SMSFX..yang di pengerusikan oleh Pn. Norsiah. Jamuan ni diadakan selepas sesi solek menyolek hari tu. Meriah jugaklah sumbangan makanan dari guru-guru..ada nasi minyak, nasi kerabu, sate, ayam masak rendang, ayam masak merah, ayam masak madu, acar, nasi impit, mee goreng,kuih-kuih raya.. sup tulang (yg ni aku bawak..order kedai benornya..hehe) dan banyak lagilah...macam ular sawa kekenyangan kami..dan makanan banyak jugak yang berlebihan..tetapi dengan beberapa kelip mata berjaya dibungkus oleh guru-guru untuk di bawa pulang...sekali aku toleh..eh dah habis licin..power betul guru sfx nih..