Apr 21, 2018

RUMAH MERAH JUARA

   19 April 2018 lalu Sukan Tahunan Kali ke 42 telah diadakan di SMKDD. Tahun ni saya jadi Ketua Rumah Sukan untuk rumah merah, merangkap menjadi jurukamera untuk acara sukan..disebabkan rakan-rakan sepasukan dari rumah merah sangat sangat membantu segala urusan dapat juga dibuat dengan lancar. Alhamdulillah.

 Acara perbarisan adalah yang paling mencabar sekali bila menguruskan rumah sukan...dengan perangai anak remaja yang pelbagai ragam adakalanya buat kita rasa nak putus asa ja...mujurlah rakan saya cikgu Fadlina sangat bersemangat dan kreatif...kalau tidak tak taulah apa jadi dengan rumah merah..hihi..

Alhamdulillah pertama kali rumah merah menjadi Juara Keseluruhan untuk sukan kali terakhir di SMKDD













Selepas diumumkan Juara Keseluruhan...Yeayy





Mar 22, 2018

Telefon bimbitku

Julai tahun lepas saya membeli telefon bimbit baru Samsung A7 menggantikan Samsung A5 saya yang lama..tujuan saya beli sebab Samsung A5 bateri cepat sangat habis..maklumlah dah lama saya pakai..disebabkan mengecas telefon berulangkali menjadi beban pada saya..makanya saya beli Samsung A7 tu...nak dijadikan cerita..sewaktu turun dari kereta saya terlupa saya letakkan hp tu di atas riba..bila saya turun ..terhempas hp tu di bahagian skrin...saya ingatkan glass yang cover bahagian depan tu yang pecah.. saya berfikir..mmm gantikan saja tempered glass kat depan tu sajalah...sekali sewaktu saya tarik tempered glass tu baru saya perasan...skrin pun crack jugak...Allahu...sedihnya...belum setahun pun..

Saya berfikir dan berfikir..kalau saya tukar skrin, kalau ada masalah lepas tu mesti lagi frust..dah keluar duit dekat rm700 nanti ada masalah lain pulak

Akhirnya selepas beberapa haris saya ambil keputusan beli hp yang lain..

Saya beli Samsung S8 sebab harganya jatuh agak banyak disebabkan Samsung S9 sudah berapa di pasaran beberapa minggu lalu. Skrin crack adalah pertama kali berlaku dalam hidup saya selepas menggunakan hp berbelas tahun..sedang menyedapkkan hati sebab terasa membazir juga...hahaha

retak #a7

keluar modal baru.. #s8



Mar 20, 2018

Jodoh

Saya mengenal sahabat saya ini kerana kami sama-sama masuk ke sekolah saya mengajar ini sebagai guru baru (guru lama yang baru berpindah). Banyak perkara kami ditugaskan bersama-sama..sebab dia seorang yang senang didekati..(walaupun dia kata muka dia garang macam polis...hahaha). makanya kami mudah rapat.

Pada usia dia sekarang ini 37 tahun dia selalu bercerita dengan saya tentang kehidupan..jodoh dan kerjaya..pernah satu ketika dia seperti berputus asa kerana baginya mungkin dia ditakdirkan bujang selamanya..apa yang saya suka dia seorang yang sangat bermotivasi dari segi kerja..komitmen pada kerjaya tidak berbelah bagi...

Ceritanya..tahun ini dia mendaftar untuk sambung belajar sebagai pelajar PhD..dia membeli rumah yang kedua..dan hujung tahun lepas dia menukar ke kereta baru..bersunguh-sungguh dia memenuhi kehidupan dengan pengisian yang sangat positif kerana tidak mahu soal jodoh menyekat dia dari terus ke depan. Tapi sesungguhnya perancangan Allah itu sesuatu yang tidak pernah kita jangka...lewat tahun 2017..seramai lebih kurang 15 guru baru Tingkatan 6 berpindah ke sekolah kami (berikutan sekolah kami dijadikan Kolej Tingkatan 6)... Dan seorang daripadanya merupakan bapa tunggal yang mencari isteri mengisi kekosongan hidupnya setelah kematian isteri kerana penyakit kanser dua tahun lalu

Memandangkan begitu banyak yang memberi pandangan tentang kebaikan guru lelaki tersebut..terbuka hati sahabat saya ini apabila dilamar oleh guru lelaki tersebut..harapan saya agar sahabat saya ini dijagai dengan baik..dikasihi dan disayangi sebaiknya kelak..

18 mac lalu mereka bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan Ogos nanti...semoga Allah merahmati kamu berdua selayaknya..Amin .

Jan 21, 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Diam tak diam dah setahun saya mengajar di Melaka..dah  setahun duduk di kampung sendiri setelah merantau berbelas tahun...

Tahun 2018 saya  dah 41..ya..dah  41 tahun..maknanya harus lebih fokus pada kehidupan menuju akhirat..mmudah-mudahan sentiasa diberi kekuatan oleh Allah untuk sentiasa istiqomah dan sentiasa memperbanyakkan amalam dan ibadah. Semoga saya  berjaya menjadi isteri yang baik untuk suami yang dikasihi dan dicintai..menjadi anak yang baik untuk mak dan ayah menjadi ibu yang baik untuk anak-anak dan guru yang baik untuk anak didik....

Alhamdulillah saya bersyukur dengan segala kurniaan Allah yang sebesar ini kepada saya...kemanisan hidup yang sangat membahagiakan dengan adanya suami..mak ayah dan anak-anak di usia saya 41 tahun...semoga kejayaan milik kita semua dunia dan akhirat



semoga sentiasa ada sinar yang baik untuk kehidupan mendatang...






Dec 27, 2017

Pertandingan Hafazan

Haritu Ariq ada ikut pertandingan Hafazan di Kampung Sempang...penyampaian hadiah 16 Disember masa cuti sekolah....sebenarnya tak tau pun dia menang ke tidak...bila mama gi sekolah nak bayar yuran sekolah agama..ustazah bagitau dia dapat no 3....yeayy...ada juga no...
Suka dia....


Dec 12, 2017

KOPITIAM KITA ROTI TITAB

Pagi esoknya kami bersarapan di Kopitiam Kita yang terkenal dengan Roti Titab...dulu pernah tengok dokumentari mengenai roti titab kat Majalah 3. Bila berpeluang datang sini...teruja lah jugakkan..
Walaupun orang agak ramai kat situ tapi layanan yang diberikan tiptop. Cepat sampai dan memang sedap..kena sangat dengan citarasa kami dan sangat-sangat mengenyang kan. Tuan punya kedai, Encik Wong pun peramah sangat melayan kami..


yummeh

alamak...teringat-ingat rasanya


ada juga makanan lain..ni apam pisang, kalau nak nasi dagang..kerabu...dan banyak lagilah..pun ada juga

mak cik ni makan roti telur

Trip ke pantai Timur Bahagian 3

Tok Aman Bali Resort

Sebelum sampai ke Tok Aman Bali Resort, banyak tempat yang kami singgah...singgah beli serunding daging di Tumpat...melihat sendiri tempat penghasilan serunding daging.


Add caption
Tumpat, Kelantan


Kemudian kami singgah di Penarek ..makan udang goreng tepung, keropok lekor dan sotong goreng tepung..sepanjang perjalanan ke Terengganu memang di mana-mana ada je iklan udang celup tepung ni..RM 10 45 ekor..Rm 10 3o ekor...semua ikut saiz kot. Keropok lekor pun sedap juga kat sini






amboi...seronok nampak
keropok lekor

Dec 11, 2017

Trip ke Pantai Timur (Bahagian 2)


Bermalam di Kota Bharu..malamnya kami ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) mencari makan di sana.
Cuaca agak baik malam tu...bulan mengambang penuh..sesuai dengan nama Pantai Cahaya Bulan. Secara peribadi saya suka suasan di sini..nyaman..bunyi laut..makan sedap...kira cukuplah pakej untuk orang yang bercitarasa tak tinggi macam saya ni..hehe....sebenarnya bukan apa yang menjadikan sesuatu itu istimewa..tetapi dengan siapa itu yang mengubah suasana...

Makanan kat situ pun boleh tahan sedap dan harganya sangatlah berpatutan

bulan penuh


Ariq dengan papa makan maggie ketam

mama makan nasi goreng kampung

mama..kakak dan papa


Trip Ke Pantai Timur

Bahagian 1 

Cuti hujung tahun ni kami bercadang ke Kelantan dan Terengganu. Saya hanya pernah ke Kelantan sekali dan ke Terengganu dua kali. Jadi cuti kali ni merancang bawa anak-anak ke sana. Sebenarnya ramai kawan-kawan yang ada di Kelantan dan Terengganu. Tapi disebabkan perancangan bercuti bersama adik ipar , segan pulak nak singgah sana sini jumpa kawan-kawan. Ikut sajalah perancangan yang telah dibuat.
Zuyyin, Ariq, Ahmad Shahmi dan mama

4 Disember 2017

Kami bertolak dari pagoh lebih kurang jam 3.30 pagi...berhenti di Muazzam untuk sembahyang subuh..berhenti di Gambang untuk bersarapan dan terus menuju ke Kelantan. Sampai di Kota Bharu lebih kurang jam 1.00 tengahhari. Makan tengahari di Restoren Cikgu Nasi Ulam. Sedang mengambil lauk-pauk tiba-tiba terdengar orang panggil "Kak Dilaaaa".. rupa-rupanya Ani..rakan satu sekolah masa mengajar di Sabah dulu. dulu Ani duduk sebelah meja saya masa di bilik guru..kawan mencurah segala perasaan dan hati..walaupun kami masih berhubung di whassap..tapi memang tak jangka akan jumpa dia..Ani pindah mengajar ke Kelantan pada 2011. Selepas dia pindah memang tak pernah berjumpa bertentang mata. 

Selepas makan di Restoren Cikgu, kami singgah melawat Istana Jahar. Cantik Istana ni..
seronok bersembang ...mudah-mudahan akan ketemu lagi...Ani
dari dalam Istana
                                       

cantiknya buaian tu kan.. 
                                                

contoh hantaran orang melayu untuk pertunangan (atau perkahwinan..lupa pulak)

Apa ntah Ariq ngan papa buat ni..mama pun tak paham



Nov 9, 2017

JAMUAN HUJUNG TAHUN SMKDD

 Lain padang ...lain belalang...kalau di Sabah..biasanya jamuan kami buat waktu malam...tapi kat sini..buat untuk makan tengahhari...majlisnnya sederhana sahaja...tapi jamuannya meriah..

Tapi waktu paginya saya sangat sibuk sebab menguruskan persediaan SPM yang akan berlangsung 6hb November... macam lipas kudung jugalah sebab terpaksa kesana kemari. Bila kita berpindah ke tempat kerja yang baru..kita perlu belajar menyesuaikan diri...walaupun kerja guru itu tak banyak bezanya walau di sekolah manapun ..tapi budaya kerjanya tetap berlainan....

Apapun saya terima segalanya dengan cuba menjadi manusia yang sentiasa positif...mudah-mudahan..sifat positif itu membawa kebaikan pada orang lain  dan kebaikkan itu kembali kepada saya semula.

Ok..ter off topic pulak...Jamuan kami dibuat di Hotel Equotorial Melaka...sama dengan Jamuan Hari Guru yang lalu...Alahmdulillah semuanya lancar sahaja.

saya..kak zana...ustazah alinah...fazrin

sebahagian daripada pencuci mulut

rojak dan rendang daging...rendang ni memang sedap

Maiza (guru PK)..Farah..cikgu seni dan Safrina..cikgu PJK