
Alhamdulillah...16 September datang lagi....aku tak pernah menjangkakan tarikh ini begitu kontroversi sekali tahun ini....apapun..aku bersyukur sekali kerana Malaysia ku ini masih aman..kerana di sinilah bumi yang ku pijak dan langit inilah yang aku junjung...
16 september genap usiaku 31 tahun..menurut mak aku lahir pada 2 syawal..dalam bulan Islam..nanti raya ke 2 aku sambut birthday lagi sekali..huhu...
Dan aku sangat-sangat bersyukur dengan segala kurnian Allah ini untukku..syukur yang tidak dapat aku lahirkan lagi hanya dengan kata-kata...sama ada nikmat atau ujian ..aku tahu Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya..
kepada suamiku...terima kasih sayang..kena memberi aku kebahagiaan yang aku impikan selama ini..terima kasih kerana mengambil berat..memberi sokongan..memahami tugasku sebagai guru..anak..dan kakak pada keluargaku..terima kasih untuk perjalanan sebuah cinta yang sejauh ini...
kepada bonda tercinta..terima kasih kerana sudi melahirkan aku..mendidik ..menyekolahkan..dan memberi nasihat dan bimbingan ketika aku hampir terjatuh dan tersungkur..
kepada ayah..terimakasih kerana sentiasa bertanggungjawab mencari nafkah untuk menanggung anakmu ini sehingga dia boleh membina hidupnya sendiri..
kepada adik-adik..terima kasih kerana sudi memahami..memberi dan menerima dengan seikhlas hati
kepada keluarga keduaku...ayah mertua..abang..kakak ..dan adik ..terima kasih kerana menerimaku ..seadanya aku..
buat teman-teman persekolahan..satu universiti..dan rakan sejawat..tanpa kalian rasanya hidup ini sepi sekali...
buat pelajar-pelajarku...terima kasih kerana sudi menerima sedikit ilmu yang ingin aku sampaikan.. sedikit pesan dan nasihat sebagai tangkal di kala kesakitan dan kelelahan..sepotong doa dari kalian untuk gurumu ini...sudah sangat memadai...
TERIMA KASIH pada semua yg ber sms..menelefon dan mengucapkan secara langsung padaku..diulangtahun kelahiran ku ini...Semoga Allah mempermudahkan urusanku di Dunia yang Fana ini..dan Di Akhirat kelak..semoga syurga itu menjadi tempat terakhir yang abadi untuk kita semua...AMIN