Aug 29, 2008
RAMADHAN
Alhamdulillah...untuk ke 30kalinya aku merasa lagi kehadiran Ramadhan...(tahun depan entah berkesempatan atau tidak) untuk semua kawan-kawan umat muslimin dan muslimat selamat menunaikan ibadah puasa..bersihlah hendaknya jiwa kita menghadapi puasa kali ini dan moga-moga bertambah-tambahlah amal ibadah kita..Amin ..(pantun dan gambar di atas adalah gambar hiasan dan nukilan sang suami sahaja..tiada kena mengena ngan n3 ini-harap maklum)
Dan ayat dibawah ini adalah arahan yang diberikan Allah untuk hambaNya yang memenuhi syarat untuk menunaikan ibadah ini...
يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ أَيَّامًا مَعْدُوْدَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيْضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِيْنَ يُطِيْقُوْنَهُ فِدْيَةُ طَعَامٌ مِسْكِيْنٌ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تـَصُوْمُوْا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ َتــعْلَمُوْنَ شَهْرُ مَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتِ مِنَ الْهُدَى وَ الْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمْ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كاَنَ مَرِيْضًا أَوْ علَىَ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَياَّمٍ أُخَرَ يُرِيْدُ اللهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيْدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتــكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوْا اللهَ علَىَ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ
Hai orang-orang yang beriman diwajbkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa, (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) : memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan bulan yang didalamnya diturunkan Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil). Karena itu, barang siapa diantara kalian hadir (dinegeri tempat tinggalnya) dibulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. (Al Baqarah : 183 – 185)
Aug 26, 2008
EDISI TERINGAT KAMPUNG
Mungkin tak lama lagi dah nak puasa..maka ingatan kat kampung rasa menyentak-nyentak dalam hati..teringat mak.. (moga cepat sembuh).ayah..adik-adik..keluarga mertua..alahai feelinglah pulak..seperti yang pernah aku cerita dalam n3 lepas..kampung aku adalah Kampung Umbai..Melaka..yang terkenal dengan medan ikan bakar..gambar kat atas ni pun gambar kat Medan Ikan Bakar Terapung..Umbai..kalau datang Umbai singgah lah makan kat sini...(nak promo nih)..pemandangan kat sini pun cantik lagi damai..kalau beriadah petang-petang memang bestlah..waaa..rindunya...InsyaAllah raya ni kami sekeluarga akan pulang ke kampung setelah 4 tahun berturut-turut raya kat Sabah..tak sabau betul...rindu kat cendol pasar malam Telok Mas..huwaaa..waa
Aug 23, 2008
BELUNCAS
banyak-banyak gambar yang hubby aku ambik ..aku suka betul dengan gambar ni...setiap kali aku tengok aku rasa ulat tu macam nak cakap.."hai"...walaupun ulat ni telah membuat onar dengan memakan hampir keseluruhan daun pokok bunga aku ..aku masih tak marah...sebab dia memang kiut..walau bagaimanapun sampai sekarang aku tak tahu yg biru tu betul ke mata dia? ke aku je yang perasan macam mata dia....kekadang benda2 kecik ni kita nampak biasa je..tapi bila dah tengok dekat-dekat..SUBHANALLAH..indahnya ciptaan-Mu Ya ALLAH
Aug 21, 2008
ADIK POMPUAN KU NAN SORANG
adik beradik aku 4 orang..aku anak sulung...mak aku ni bagus betul susun bila beranak..selang perempuan lelaki...pastu selang umur kami pun jauh2..jadi semuanya puas manja..yang kat atas ni satu-satunya adik perempuan aku...sebab sorang kira sayang sangat la kan...kalau dia baca ni mesti dia rasa loya2 gitu...kuang3..tapi memang boleh di haraplah dia ni..sebab aku jauh kat Sabah...abang dia keje kat JB yang kecik duduk asrama...jadi urusan rumah dia yang uruskan..sakit pening mak ayah..servis kereta..jadik driver ke sana ke mari...kira penting sungguhlah adik pompuan aku ni...sebagai along aku terhutang budi sangat kat dia...sebab dia tak pernah merungut jaga mak dan ayah...pandai jaga hati keluarga..dan semakin matang menilai hidup...dulu dia ni keras hati...terjal betul..tapi mungkin usia mematangkan dia..sekarang ni pulak..padah kuat melalak..sesikit je nangis..sesikit je keluar air mata..aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dia..kesejahteraan kami semua..yang bestnya..kami ni sama2 suka kucing..kalau telefon berjam2 cerita pasal kucing giler betul..pastu semua tabiat kucing kami suka tengok..LOVE U..MMMuuuahh..kih kih
Aug 20, 2008
SENJA DI KIMANIS
nampaknya hasrat nak bercuti ke Kundasang kecundang..tak sangka pulak cuti seminggu ni banyak kerja-kerja sekolah yang menunggu..ada beberapa set lagi kertas exam yang tidak bertanda..sibuk nak masukkan markah percubaan SPM online..pastu ada kelas lagi...pastu demamlah pulak..haru betul...tapi ambik jugak masa petang2 untuk beriadah di Kimanis..yang manis..lebih kurang 30minit dari rumah..suhu sekitar 17 hingga 18 darjah celcius pada altimeter 4700 kaki dari paras laut (fakta dari SUV hubby)..ramai jugak pelancong yang singgah kat sini untuk minum2 sambil ambil gambar..wah nyaman betullah..jalan Kimanis - Keningau mula disiapkan sekitar awal 2007..jimat masa lebih kurang 1 jam ke Kota Kinabalu..dulu kami gi KK lalu Tambunan..lebih kurang 3 jam..
Aug 13, 2008
NAK LULUS ADD MATH?
Berdasarkan pengalaman 7 tahun mengajar Add math..ni la petua yang aku gunakan untuk pelajar aku yang lemah untuk lulus addmath..nak lulus add math bukanlah susah sangat tapi nak score A mungkin payah sikitlah (berdasarkan pengalaman pelajar PMR yang dapat C dan D matematik pun nak ambil Add Math jugak)
Kertas 1
Kertas 1 ada 25 soalan yang wajib dijawab..biasanya pattern soalan sama je.
Soalan no.1 biasanya dari Chapter 1-Function
Soalan no.2 Chapter 2-Quadratic Equation
dan seterus-seterusnya lah...(ada juga satu chapter keluar lebih dari 2 soalan)
Empat Chapter ini (biasanya tak keluar dalam Paper 1sebab chapter ni soalan pilihan Paper 2)
-Solution Of Triangle
-Index Number
-Motion Along A Straight Line
-Linear Programming
Cadangan
1. Jangan tinggalkan kosong- jawab semua soalan sehabis baik mengikut kemampuan anda
(sepatutnya tiada masalah untuk 10 soalan pertama kerana beberapa chapter telah diajar dalam matematik moden juga..)
2. Gunakan scientific calculator yang ada mode equation (dicadangkan Casio MS570)
- bertujuan untuk menyemak factorization dengan lebih mudah kerana factorization untuk quadratic equation
digunakan dalam banyak soalan(*tapi ingat-markah tidak diberikan sekiranya jalan kerja tidak ditunjukkan-
(calculator untuk tujuan penyemakkan)
- untuk mencari nilai binomial probability distribution -nilai X dengan lebih mudah tanpa menggunakan buku sifir
4 angka (walaubagaimanapun buku sifir disediakan semasa peperiksaan
3. Markah yang diperuntukkan ada dinyatakan dihujung setiap soalan..yang terdiri dari 2,3 dan 4 markah. Jawab soalan berpandukan markah yang diberi.
4. Formula telah diberikan di hadapan kertas soalan..(hampir semua formula)..walaubagaimanapun ia akan menjadi hiasan saja kelau anda tidak tahu menggunakan atau tidak tahu makna2 simbol..penting untuk anda "mesra" dengan formula-formula ini dengan membuat seberapa banyak latihan
5. Sekiranya ada dinyatakan dalam soalan contohnya : Without using scientific calculator..maksudnya anda diminta untuk menunjukkan jalan kerja penuh untuk menjawab soalan itu..walaubagaimanapun..anda boleh menggunakan mesin kira untuk tujuan semakan..
6. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 25markah (30/80) untuk kertas 1
7. Secara amnya Kertas 1 sangat membantu anda untuk lulus Add Math..pelajar yang biasa mendapat markah (60/80 dan ke atas) biasanya boleh mendapat A1 atau A2 untuk Add Math, semasa SPM sebenar..(mengikut pengalaman)
Kertas 2
Terdapat 3 Bahagian soalan dalam Kertas 2..Bahagian A, B dan C (semua sekali 15 soalan..wajib jawab 12)
Anda wajib menjawab semua soalan Bahagian A ((40 markah)
pilih 4 daripada 5 soalan Bahagian B (40 markah)
pilih 2 daripada 4 soalan Bahagian C (20 markah)
sekiranya anda sangat lemah dalam add math pastikan anda fokuskan kepada soalan2 berikut
Bahagian A -silmultionous equation (biasanya 5 hingga 6 markah-semak factorization guna scintific calculator anda)
Bahagian B- Linear Law (biasanya soalan no 7) (buat jadual (sekurang-kurang nya dua tempat perpuluhan )dan
plot graf-5markah..jawab soalan 5 markah)
Trigonometric Functions (cuba buat graf trigo kerana graf trigo tidaklah sesusah yg selalu
digambarkan)
Probability Distributions -pattern soalan biasanya sama saja
Bahagian C - bagi pelajar saya.. saya menyarankan mereka memilih tajuk Index Number dan Solution Of Triangle
untuk bahagian ini..kerana..Index Number adalah topik yg mudah..dan solution of triangle juga
tajuk yg tidak terlalu sukar..berbanding dengan Linear Programing(mengambil masa untuk
menjawab..mengintepretasi soalan kepada graf)..Motion Along a Straight Line (perlu mahir tajuk
differentiation dan integration..dan pelajar selalu tidak dapat menafsir tajuk dengan baik untk topik
ini)
# PERHATIAN-Untuk Bahagian B soalan-soalan dari topik lain yang selalu diuji ialah Coordinate Geometry, Statistic, Circular Measures, Vector, Differentiation dan Integration
Daripada cadangan saya tadi anggaran markah untuk topik2 terpilih tersebut ialah 70/180 (jumlah kertas 1 dan 2) peluang untuk anda lulus adalah sangat cerah sekali..jika anada dapat menambah 10 markah lagi..peluang untuk kredit berada di depan mata)
(1.Segala cadangan di atas adalah atas pemerhatian dan pengalaman (kursus teknik menjawab) yang telah saya ikuti@alami sendiri..sekiranya anda mempunyai guru2 pakar yang dapat memberikan ilmu atau strategi menjawab yang lebih baik saya sangat mengalu-alukan anda berkongsi dengan saya
2. Sekiranya anda telah pun mempunyai strategi menjawab yang lebih baik...dan cadangan di atas tidak memberikan banyak input malah mengelirukan..ABAIKAN SAJA
3. Sekiranya anda rasa ia membantu dan memerlukan lebih dari yang ditulis diatas anda boleh bertanya - akan saya jawab sekiranya mampu..InsyaALLAH)
Aug 12, 2008
SELAMAT BERCUTI
Wah lagi dua hari dah nak cuti..tak tau nak pergi mana cuti ni ..ingat nak pergi Kundasang..dah lama tak pergi sana..kali terakhir pergi 2 tahun lepas..teringat keindahan Gunung Kinabalu dan kesejukan yang mencucuk hingga ke tulang hitam...kalau dari Pine Resort tu memang nampak cantik sangat pemandangan kaki gunung..rindulah suasana tu...kepada sesiapa yang berminat nak datang ke Sabah..datanglah ke negeri di Bawah Bayu ni...pasti anda tak dapat melupakan keindahan suasana di sini..sejuk dan damai sekali...kalau sempat daki le Gunung Kinabalu tu...anda akan terpegun dengan keindahan alam ciptaan Allah..saya daki tahun 2005..antara kenangan paling indah dalam hidup..susahlah nak cerita..pergi sendiri baru tahu..
Aug 11, 2008
ADEGAN YANG TAK INGIN ANDA LIHAT
Inilah adegan yang tak ingin anda lihat..Bila dua ekor jantan gemuk tumpang susu adik-adiknya...habis semua dia sedut...sian adik2 yg kecik...abang2 dia rakus..dan gambar ini adalah gambar candid ketika jenayah rompakan ini berlaku...masa mula2 dulu aku pelik dan lucu jugak..tapi dah lama2 macam dah biasa je pemandangan pencabulan hak asasi manusia ni berlaku di rumahku..huhu...
BINTANG
Hari ni cerita kucing lagi..sebab kucing aku ramai..nanti tak citer yang lain kecik hati pulak..alahai..yang ni namanya Bintang (adik si Bulan)(kucing kesayangan hubby)..sepanjang aku bela kucing aku rasa kucing ni le kucing paling manja yang pernah aku bela..dia punya manja memang tahap gaban lah...kalau dia jumpa je "bos" aku kat rumah tu..terus je tergolek2 mintak peluk..pastu bila dah peluk dia sondol muka dia bersunguh-sungguh betul..sampai hubby aku cakap dia nak bergabung agaknya...kalau tidur malam pun mintak peluk je....dan lagi satu perangai tak senonoh dia ni..sape2 punya "susu" pun dia boleh "tapau"...tak caya tengoklah gambar kat atas tu..yang warna oren tu dialah..mula2 hisap susu mak konah..pastu hisap susu mak liliana..ishishish..dan yang atas sekali tu gambar Bintang sedang tayang gigi..hihi..Amacam..macho tak..kuikuikui
Aug 10, 2008
BULAN
Inilah kucing kesayangan aku..nama dia si Bulan..aku ada 17ekor kucing..dan yang nama Si Bulan ni paling kuat makan..dia ni pandai betul buat muka kesian kalau tak dapat makan banyak..dah lah tu..kalau tidur nak tidur atas katil..lepas tu bangun lambat..kena kejut dulu baru bangun...pemalas betul jantan sekor ni..tapi sayang sangat kat dia..gambar atas sekali tu gambar yang terkini..dah dekat setahun.. Adik beradik si bulan ada 3 ekor..sekor lagi si Bintang..dan Suria(dah mati..kena gigit anjing)..mak dia namanya Markonah..ada dua lagi adik si Malam sama si Bumi
Aug 8, 2008
CABARAN
ASET NEGARA
Terima kasih serunai malam kerana sudi memberikan komen..sebenarnya menjadi guru cabarannya cukup besar..tanggungjawab yang digalas juga bukan kepalang beratnya..(mendidik manusia..dari remaja mentah sehingga menjadi remaja berilmu dan terpimpin sifatnya)...sering aku mengingatkan pada pelajar-pelajarku..di dalam kehidupan kita diberi banyak pilihan..jadi pilihlah untuk menjadi orang yang berjaya..tinggalkan kenangan paling manis di sekolah..kenangan yang ingin selalu dikenang..apabila berjaya kelak..dan sering juga aku ingatkan..palajar yang berjaya tidak semestinya pandai dalam akademik..kerana kita dilahirkan dengan keupayaan yang berbeza..pelajar yang menjadi manusia berhemah dan bertanggungjawab sebenarnya lebih baik dari pelajar yang yang berjaya tapi kurang adab sopannya..
Remaja kini bukan macam remaja zaman aku dulu..zaman persekolahan aku dulu...mana ada internet..telefon bimbit..ps2 @ ps3..jadi kenakalan kami hanya setakat nakal-nakal kampungan..yang sekali diherdik atau ditengking termasuk semua urat perut..tapi remaja hari ni..(kalau dirujuk pada pelajar sekolah ku) hampir semua ada telefon bimbit (yg lebih canggih dari cikgu)..ada laptop sendiri (bawak kat kelas lagi tu)..setakat friendster..tagged...dan peminat cerita-cerita animasi yang pelik2 memang tak dapat di sangkal lagi dah..Besar sekali pengaruh globalisai pada remaja hari ini...dan senak sekali perutku bila mengingatkan remaja inilah yang bakal menjadi pemimpin 20 atau 30 tahun akan datang..
Dan lebih mencabar lagi apabila mereka disokong oleh ibu bapa secara membuta tuli...marah tak boleh..beri kerja rumah lebih tak boleh..suruh bersihkan kelas tak boleh (sebab kat rumah mak dia tak pernah suruh pun..kenapa cikgu pandai2 suruh..kononnya)..dan akhirnya kalau tidak kuat semangat.. guru akan berputus asa..hak mereka dinafikan sebagai pendidik..sedihkan..dan akibatnya..biarlah..bukan anak aku pun..nasib kaulah..aku takut sekali aku akan jadi begitu..semoga Allah permudahkan urusan pekerjaanku..kerana aku amat menyayangi pekerjaan mulia ku ini..AMIN
Terima kasih serunai malam kerana sudi memberikan komen..sebenarnya menjadi guru cabarannya cukup besar..tanggungjawab yang digalas juga bukan kepalang beratnya..(mendidik manusia..dari remaja mentah sehingga menjadi remaja berilmu dan terpimpin sifatnya)...sering aku mengingatkan pada pelajar-pelajarku..di dalam kehidupan kita diberi banyak pilihan..jadi pilihlah untuk menjadi orang yang berjaya..tinggalkan kenangan paling manis di sekolah..kenangan yang ingin selalu dikenang..apabila berjaya kelak..dan sering juga aku ingatkan..palajar yang berjaya tidak semestinya pandai dalam akademik..kerana kita dilahirkan dengan keupayaan yang berbeza..pelajar yang menjadi manusia berhemah dan bertanggungjawab sebenarnya lebih baik dari pelajar yang yang berjaya tapi kurang adab sopannya..
Remaja kini bukan macam remaja zaman aku dulu..zaman persekolahan aku dulu...mana ada internet..telefon bimbit..ps2 @ ps3..jadi kenakalan kami hanya setakat nakal-nakal kampungan..yang sekali diherdik atau ditengking termasuk semua urat perut..tapi remaja hari ni..(kalau dirujuk pada pelajar sekolah ku) hampir semua ada telefon bimbit (yg lebih canggih dari cikgu)..ada laptop sendiri (bawak kat kelas lagi tu)..setakat friendster..tagged...dan peminat cerita-cerita animasi yang pelik2 memang tak dapat di sangkal lagi dah..Besar sekali pengaruh globalisai pada remaja hari ini...dan senak sekali perutku bila mengingatkan remaja inilah yang bakal menjadi pemimpin 20 atau 30 tahun akan datang..
Dan lebih mencabar lagi apabila mereka disokong oleh ibu bapa secara membuta tuli...marah tak boleh..beri kerja rumah lebih tak boleh..suruh bersihkan kelas tak boleh (sebab kat rumah mak dia tak pernah suruh pun..kenapa cikgu pandai2 suruh..kononnya)..dan akhirnya kalau tidak kuat semangat.. guru akan berputus asa..hak mereka dinafikan sebagai pendidik..sedihkan..dan akibatnya..biarlah..bukan anak aku pun..nasib kaulah..aku takut sekali aku akan jadi begitu..semoga Allah permudahkan urusan pekerjaanku..kerana aku amat menyayangi pekerjaan mulia ku ini..AMIN
Aug 6, 2008
Ayah
Pheeewittt..mengancam betul ayah aku ni sekali posing..gambar ni masa kat Kampung Seri Menanti ..Muar...(kampung mak). Dulu masa kekecik selalu datang tepi laut ni cari mentarang ngan kijing...tapi sekarang tempat ni dah cantik..sesuai untuk beriadah...Untuk ayah yang disayangi..semoga bahagia selalu di samping isteri tercinta dan anak-anak...ayah best..sebab sporting..hihihi
Ibuku..Ibuku jua
Aug 3, 2008
LELAKI INI
Lelaki ini..teringat lak lagu Anuar Zain...lelaki ini lah yang berjaya mencuri hati perempuanku..cheewahh..ehem-ehem..seorang yang sangat berdisiplin..bertanggungjawab dan sangatlah tegasnya...mengajar subjek Kimia dan Pengajian Am kat sekolah..(dialah yang jadi cikgu tusyen kimia aku masa kat U dulu..hihi) kalau orang tak kenal susah betul nak rapat dengan dia ni...tapi kalau dah kenal terlebih ramah lah pulak...dia ni suka betul mengambil gambar..kiranya gambar-gambar yang aku paparkan nanti memang kebanyakkannya adalah hasil petikan dia..tapi gambar ni aku yang ambik..dan dia yang edit..gambar ni diambil tahun 2007..kami berhenti di Papar masa ikut jalan Kimanis..nak gi Kota Kinabalu..
Sabah Negeri Di Bawah Bayu
18 Januari 2002 adalah tarikh keramat aku dihantar di daerah Keningau ni..sebuah pekan kecil yang sibuk mengejar pembangunan..dan menariknya Sabah kaya dengan tempat peranginan yang cantik..maklumlah negeri di bawah bayu le katakan...gambar kat atas tu diambil di Taman Banjaran Croker..kira-kira 15 minit dari rumah..cantik tempat ni...kalau petang-petang selalu lepak ngan husband kat sini. Kadang-kadang kami naik motor je..bawa goreng pisang..kengkadang rempeyek..(masa lepas raya)..makan kat atas ni sambil menikmati suasana petang yang sangatlah nyamannya..mmmuuuahhh..
Air terjun tu sebenarnya taklah besar mana..lebih kurang tiga tingakat..kalau tengok dari bawah..masa tahun 2004 dulu ada aku ikut jungle tracking dengan geng-geng Kelab pencinta Alam dari sekolah-sekolah di daerah Keningau ni..kami selusuri hutan dari belakang sampai last sekali tembus kat air terjun ni....best betul...tapi kena jugaklah gigit pacat...sampai kembung-kembung pacat tu hisap darah aku..nasib baik le aku ni tak geli sangat ngan pacat2 nih..
Subscribe to:
Posts (Atom)