Jul 27, 2008

SEKOLAH RENDAH

Aku sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Datuk Hj. Baginda Umbai...aku masuk sekolah tahun 1984..darjah 1Mutiara..dulu ada 2 kelas je..mutiara ngan delima..guru kelas aku Cikgu Sharifah..garang giler cikgu aku ni...dia yang ajar BM dan ajar Matematik...kalau tulisan buruk naya lah kena tengking..hihi..tapi sebab dia jugaklah tulisan aku lawa sikit..(perasan..lawa tapi susah nak baca-kawan aku dak izam yang cakap) hihi...aku ada sejarah ngan cikgu Sharifah ni masa darjah 1 tu..aku jerit kat kelas suruh diam...sebab kelas tu bising sangat...last-last aku yang kena marah..har har har...tapi tak lama pastu Cikgu tu ambik aku jadi anak angkat dia..kalau cuti aku selalu pergi tidur kat rumah dia ..pernah tidur sekatil ngan dia..cikgu ni dah tak de suami..anak2 dia semua dah besar..kiranya aku ni buat jadi teman dia je lah...tapi aku heran jugak..sebab aku berani jugak tidur kat rumah orang walaupun baru je darjah satu..power tak..hihi..Last aku call cikgu sharifah masa tahun 2000..masa aku kerja..sekarang ni aku tak tahu dah khabar dia..tapi kalau lalu kat Serkam aku mesti nak tengok rumah dia..rumah separuh kekal 2 tingkat..nampak sunyi betul kalau dari luar..masa darjah satu nijugak pertama kali lukisan aku digantung di dinding sekolah oleh Cikgu Robert

Aku masih ingat lagi..aku bukanlah pelajar yang pandai sangat pun kat kelas masa tu...yang paling pandai Ida Izwah..kakak dia Ida Rahayu pun pandai jugak..cun lagi tu..kira jadi idaman la dulu kat sekolah rendah..huhu..peperiksaan akhir tahun aku dapat nombor 7..tapi mak tak marah pun..sebab baru darjah satu..hehe

Masuk darjah 2 aku dah pandai mendajalkan diri sikit...selalu juga sakat-sakat kengkawan..dan masa ni jugak untuk kali pertamanya kami ditempatkan sebelah pelajar lelaki..dan pelajar lelaki yang duduk sebelah aku masa tu laki aku sekarang ni lah..lawaklah..jodohkan..masa ni cikgu yang paling aku ingat Ustazah Rokiah..cikgu ni pun garang..agaknya..cikgu2 garang jer yang menjadi ingatan budak ..huhu..cikgu ni ajar sembahyang garang betul..tapi aku suka jer..(mak dah ajar aku sembahyang sejak sekolah TADIKA lagi..hari2 dia tunggu..mula2 tu setiap waktu dia tunggu)..sayang mak ...sebab tu jugak aku tak de masalah bab2 fardhu ain nih..sebab mak aku sangatlah bertanggungjawab..masa darjah 2 aku dapat nombor 6...pandai sikitlah dari dulu..konon..

Darjah 3 adalah waktu sekolah yang agak perit..sebab masa ni aku kena tukar kumpulan...dari kumpulan A ke kumpulan B..nak tahu tak sebab apa..sebab aku bising kat kelas..masa tu mak aku marah betul ngan aku...pelajaran pun merosot masa pertengahan tahun..pastu masa nak dekat exam hujung tahun mak aku suruh bangun awal pagi..baca buku dulu sebelum sembahyang subuh...tv disekat untuk waktu belajar...waa..waaa..sedihnya...tapi aku takut betul.ngan mak aku ni...jadi aku ikut jelah..last2 aku dapat no.2 ngan pelajar terbaik matematik..aku bahagia sangat..dan masa tu jugak aku mula ramai kawan dari budak2 yang sederhana kat kelas..Kumpulan B...tapi aku suka kawan ngan diorang..sebab diorang ni hepi go lucky sikit..walaupun agak lemah dalam pelajaran..ada jugak hikmahnya kan..

Masa darjah 4..aku masih lagi kat Kumpulan B..tak tau kenapa cikgu tak mau tukarkan aku..tapi masa ni aku dah ada kengkawan yang ngam ngan aku..masa ni jugak aku start belajar Alam dan Manusia..cikgu yang ajar tu Cikgu Abu Zaki b. Baki...dia ni jelah yang tak garang..tapi bila dia ajar kira sebiji2 boleh masuk dalam kepala...dan mungkin jugak Alam dan Manusia tu sendiri satu subjek yang menarik..hari2 memang aku tunggu waktu Alam dan Manusia...dan Cikgu zaki ni lah yang menukarkan perkataan gerobok kepada perkataan almari dalam buku latihan aku...lawaklah..aku kan orang kampung..terguna lak bahasa kampung dalam buku..hehe
Masa hujung tahun aku dapat no2 jugak...dapat pelajar terbaik matematik jugak..

Masuk darjah 5 aku dah mula serius belajar..sebab tahun depan dah nak UPSR...tapi masa
ni saingan ramai sangat...dan aku memang agak lembab sikit ngan matapelajaran Bahasa Inggeris..(sampai sekarang pun..huhu)..dan subjek ni memang menyusahkan aku..sampai terpaksa salin jawapan pagi2 ngan kengkawan (terutama Ida Izwah) sebab tak dapat buat...bukan aku malas tau..tapi memang aku tak de rujukan..kalau subjek lain leh tanya mak aku..tapi BI..dia pun tak arif sangat..memang tensen lah masa tu...

Bila darjah 6 aku aktif gak main badminton..dan bola jaring..masa ni jugak aku dapat tahu kawan baik aku..Dak Zil ada sakit jantung..pastu kami tak main lagi (lagipun mak aku tak kasi...masa ni aku dah anak dara..dia kata terkinja2 nau kalau main)..part belajar yang aku ingat masa ni Cikgu Kasim...dia pun garang...ajar matematik...kalau dia masuk kelas ..beg ada kat kerusi dia suruh baling kat bawah...dia kata kerusi untuk orang duduk bukan beg...pastu kalau salah buat matematik sah2 lah kena belangkong..anak dia dak Khairil Shafrizal tu pun dia sesah..hehe..tapi untuk sejarah..ramai betul yang dapat A matematik masa UPSR tahun tu..dan buat kali ketiganya aku dapat pelajar terbaik matematik..Alhamdulillah..UPSR aku semua A..tapi BI aku jer B..sedihnya Allah je yang tahu...apa-apa pun aku bersyukur

Cikgu2 aku kat SKDHB : Cikgu Sharifah, Cikgu Zaki, Cikgu Zainab, Ustazah Rokiah, Ustazah Rosnani, Ustaz Sairi, Cikgu Hashim, Cikgu Robert, Cikgu Goh (cikgu kesayangan adik aku) Cikgu Kasim, cikgu Fatimah, gurubesar Cikgu Mat Kahar, Cikgu Mad Junap...dan ramai lagi...

Kengkawan Rapat kat SKDHB : Fazilah, Ida Izwah, Hidayati, Marni, Siti Hamidah, Zaihasra, Akashah, Zanariah, Roslina, Sharani, Azizul, Saiful, Barima, Zawawi (anak G.B) Syahrin, Alilol Rahman...dan ramai lagi...

Sayang kamu semua

3 comments:

Ida Izwah said...

Is this my long lost primary school friend NorDalilah Nazri or as I called her Dilla? I happened to found this blog by entering my own name. Wehh.. apa citer pasal aku plak masa sekolah dulu... mana ada aku pandai.. kita lebih kurang aje ape...Gile eh kau ingat satu satu memori masa kechik.. aku tak berapa ingatlah... satu-satunya kawan SKDHB yg aku still keep in touch ialah Marni. Kau apa khabar Dilla? Apsal kau keje jauh sangat?

nordee said...

akhirnya...tak menyesal tulis nama kau...at last terjumpa jugak blog aku ini...ahaks..alhamdulillah sihat...nak buat cam mana ..dah kerajaan antau jau bebenau...keje je le..uhuks

Izwa said...

Rasa nak dekat 20 thn eh kita tak jumpa? Tapi aku pernah masuk Form 6 sementara kat High School sementara tunggu offer U. Kau ada kan kat high school? Best tak keje kat Sabah tu? Aku keje kat KWSP KL. Dah 8 tahun dah. Dulu pun aku pernah kerja kat Perniagaan Orang Kg tu tapi aku kat Head Office, kau kat kilang dia ye? No wonder tak pernah jumpa. Aku takde blog sendiri, malas nak create. Nanti emaillah aku kat iizwah@epf.gov.my