Jul 29, 2008

Masuk U

Dapat result SPM aku memang bersyukur sangat...sebab result aku membenarkan aku memohon Universiti dan mana2 pusat pengajian yang lain...walaupun tak cemerlang mana..huhu..hampir semua U aku mintak..lantaklah..yang penting sangkut..dan masa isi borang ni aku nak ucap Terima Kasih banyak pada Mak Ina..sebab tolong isikan borang U aku...mana taknya aku ni kalau bab2 mengisi borang memang tak boleh harap..selalu je tersalah..disebabkan mak ina aku ni memang champion arr bab mengisi borang + tulisan dia yang kemas giler..maka aku serahkan le pada dia..(sebab bagi aku penting sangat untuk mengisi borang dengan betul kalau nak mohon apa2 je)
Sebelum dapat result ke Pusat Pengajian tinggi aku sekolah form 6 lebih kurang 2 bulan..kat sekolah tinggi Melaka..jauh jugak naik bas berulang dari rumah..pastu aku dapat tawaran pergi Politeknik Sultan Ahmad Shah Pahang (POLISAS) ambik Diploma Pemprosesan Makanan..aku hampir nak terima..tapi bila aku nak hantar surat jawapan..dapat pulak surat tawaran dari UTM Skudai..ditawarkan Ijazah Kejuruteraan Kimia (gas)..terus aku pening jap..nak pergi Politeknik..sayanglah pulak nak tolak UTM..tapi kalau aku gi UTM larat ke aku nak ambik kursus tu..bunyik pun cam berat jer..last2 lepas buat pertimbangan..aku pilih UTM..aku guna semua duit aku kerja + Biasiswa Telekom untuk mendaftar..Alhamdulillah tak menyusahkan mak dan ayah..jadilah aku warga Universiti..yang aku doa2kan selama ni..
Masuk UTM aku di tempatkan kat Kampung Meranti..Blok G07 bilik 117..roomate ngan Dewika Naidu dan Gan Geok Theng..yang India ni anak Pengurus Ladang..yang Cina ni anak Ahli Parlimen...power-power betul roomate aku..baik betul mereka ni..masyarakat majmuk betul kat dalam bilik tu..pastukan..mamat yang aku minat giler kat kelas aku dulu ambik kursus Kej. Kimia jugak kat UTM nih..berdebar2 beb...dari kelas 5 Sains kat SMSM tu..aku ngan dia je dapat masuk UTM ambik degree..yang lain masuk USM..UiTM..UPM dan sebahagian lagi sambung Form 6..termasuk best friend aku dak zil..
Masuk je kuliah kali pertama ..aku ditempatkan di kelas yang sama ngan mamat tu..alahai...lagi le tak tenteram aku belajau...kat kelas tu ada lebih kurang 60 orang..16 orang je perempuan..yang lain semua lelaki..memang jadi tak keruanlah budak2 pompuan kelas tu...keliling semua lelaki..nak melangkah pun rasa cam ada orang pandang jer..apatah lagi nak cakap kuat2...semua kontrol ayu gilerrr...dan budak lelaki kelas ni memang le suka kenakan budak pompuan...masa ni aku baik ngan Rolina Ghazali.. Nik Faizlinda..Mariani..Monalisa..dan ada beberapa lagi..
Belajar tahun 1 memanglah tertekan giler...subjek yang diajar masa ni..Matematik,Kimia, Fizik, Falsafah Sains dan subjek Kemahiran berfikir (aku lupa dah nama penuh subjek ni)..yang aku takut sekali gagal matematik ler..sebab hampir semua tajuk matematik ni lanjutan dari addmath form 5..benci betul aku...dahlah tu..markah lulus 55%..kalau kurang..bye bye kena tendang le dari U..ngeri betul..masa ni yang jadi Cikgu Tusyen Matematik aku Yuzie...budak ni baik betul..penyabar je dia ngajau aku..Cikgu Tusyen Kimia aku..mamat yang aku minat tu le..(tapi disebabkan dia ni garang giler masa mengajar..tak sempat aku berangan yg bukan2)..akhir tahun 1 aku lulus semua subjek..Alhamdulillah..

Lecturer Tahun 1 : Dr. Umi Kalsom (KIMIA) En. Lokman dan Pn Rashidah (Matematik) Dr. Noriah Bidin(Fizik) Encik Ahmad Kilani (Falsafah Sains) En Azhar (Kemahiran Berfikir)

Masuk tahun dua dah start belajau subjek kejuruteraan dan subjek kursus..dah mula payah dah masa ni..aku kena UM (ulang) subjek Statik..sedih betullah...masa ni aku dah pindah ke Kolej Tun razak..roomate baru aku Suriati Paiman (sekarang buat PhD kat Autralia) dia ni rajin giler belajar..aku lak rajin giler tidor..hahaha..sebab tu sampai la ni..tak dapat PhD..hihi..masa tahun dua lebih kurang 13 orang kengkawan aku kena tendang dari UTM...sedih betullah...nasib baik le aku terselamat..Alhamdulillah..tapi prestasi aku cukup makan je.... hari-hari yang getir di universiti...Penasihat Akademik aku masa ni En. Zainal..baik betul ngan geng-geng kami..selalu jugak makan kat kafeteria FKKSA (Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli)..dengan PA aku ni...banyaklah nasihat yang dia bagi kat kami...masa tahun dua ni aku dah start berkapel ngan mamat tuh..hihi..akhirnya kami kapel jugak..walaupun banyak juga cabarannya..


Masa kat Kolej Tun Razak dulu aku agak aktif jugak..jadi sidang redaksi..terlibat dengan minggu Cengalku Syurgaku(seronok betul program ni..ada kenduri kampung..terasa cam kenduri kawin pulak..)..masuk senamrobik wakil kolej 3 tahun berturut-turut..lawak-lawak..yang bagusnya kat UTM ni persembahan @ pertunjukan lelaki perempuan tak bercampur..jadi tak delah segan sangat...


No comments: