Jul 30, 2008

MAKTAB PERGURUAN

Masuk maktab tahun 2001..Opsyen Kimia dan Pengajian Am..dan yang lucunya ..pakcik tu pun dapat kursus yang sama..sekelas lagi kami..(sejak darjah satu sampailah kat matab..tak pernah berpisah kelas..hihi..dah jodoh agaknya)
Kat maktab memang kenangan yang best untuk diingat..sebab tanggungjawab belajar tak berat sangat macam kat U..lebih kepada subjek pedagogi..dan kebanyakkan kengkawan dah kawin..semua pun sporting2..kelas aku yang ambik Opsyen Kimia ..16 orang jer..jadi kami memang rapat ..lelaki 4 orang je dalam kelas tu...kat maktab kami baikkk sangat ngan Dr. Johari dan isterinya Puan Shamsinar..baik betul pasangan ni...
Kami pergi BIG (Bina Insan Guru) kat PD..belajar berkayak..berkhemah..macam-macamlah..tapi memang enjoy betul..pastu praktikal 10 minggu kat Sekolah Tinggi Port Dickson.
Boleh tahan jugak pelajar2 kat sini..maklumle cikgu praktikal..kena buli je ngan student..form 6 lagi tu..ajar Pengajian Am..Masa praktikal tu aku dah kawin dah...Alhamdulillah..
Hujung tahun 2001..berdebar-debar betul tunggu surat posting...last2 aku ngan husband kena hantar ke Sabah...aku tak tau kenapa aku suka sangat kena hantar jauh-jauh..mungkin bosan dah asik duduk tempat yang sama..nak pi oversea tak mampulah pulak..(tapi ni pun kira oversea apa..merentas laut Cina Selatan)

1 comment:

nuT said...

so u r cikgu too
big bukannya x best
kami 3 tahun duk maktab
asyik pergi tempat yg sama
tu yg bosan.

mengajar di sabah?
peh seronok.