Sep 11, 2013

Api-Api Steamboat and Grill Melaka

Sebelum ni pernah tengok dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan gi kat sini...jadi masa cuti raya baru ni adik ipar cadangkan kami ke sini..jadi pada suatu malam hari raya yang indah kami pun ke sini 3 keluarga.. semua sekali 6 orang dewasa.. + 5kanak-kanak..

Alamat
 
Barbecue Restaurant ni dibuka setiap hari..terletak di Taman Lagenda ..bertentangan dengan Jusco baru..yg dekat Tesco tu.. orang memang penuhlah...


Konsepnya

Sama macam restoren barbecue yang lain...steam dan grill sendiri..

Apa yang menarik

Makanan yang disediakan memang banyak pilihan.. satu kepala RM25 sahaja (kadang2 ada promosi tertentu..) makan lah seberapa banyak boleh makan...tapi kalau ambik tak makan dalam erti kata lain membazir akan dikenakan RM30 setiap pinggan yang dibazirkan...jadi kita ambiklah ikut bajet perut kita kan...memanangkan kalau makan yang berprotein tinggi ni menyebabkan kemuakan...jadi tak delah makan banyak sangat...

 Tapi kat sini bukan ada tu saja...ada jugak makanan lain..nasi..bubur..mee segala jenis..dan aiskrim dan pencuci mulut lain...tapi saya makan tak banyak pun..mengah giler ..

Berbaloi ke tak..?

 Bagi saya berbaloi sangatlah...seronok kalau datang dengan famili ramai-ramai.. sambil masak..sambil makan ..sambil bebual..sampai kenyang..

masa baru sampai...semangat lebih memanggang

separuh jalan...mama dah kenyang

tengok dah kenyang ...apalagi senyum meleret ler

macam perlu ke minuman berkarbonat...kalau tak memang agak muak makan protein banyak

udang dan ayam sedap...sotong pun ok jugak

          
ikut suka lah nak buat macam mana pun...ikut tekak anda jelah



Sep 7, 2013

RAYA 2013

Alhamdulillah...raya kali ni dapat balik kampung beraya bersama keluarga tersayang...yang paling gembira tentunya anak-anak..first time tahu erti berhari raya...tahun lepas raya kat Keningau..memandangkan cuti raya bersambung dengan cuti sekolah jadi memang berbaloi sangat kalau balik kan..

Kami balik 5 Ogos..tiket jam 11.30... huuu penerbangan terakhir..hot seat kosong je...jadi lega jugalah dalam flight..boleh pindah kat tempat lain bagi selesa sikit..setakat ni tak pernah lagi balik tiket last...selalu jarang ada seat kosong

Balik kampung ni dapat jugalah merasa puasa dua hari kat kampung...sehari bukak puasa dengan famili suami..sehari lagi buka puasa dengan famili saya..


persiapan raya

tahun ni menu raya mak ~ ayam masak rendang, kari daging, lodeh, serunding, sambal kacang keupat nasi dan ketupat lemak (special request dari suamiku)

8 hb raya pertama dapatlah bersembahyang raya...seronok rasa..dah berapa tahun saya tak dapat gi sembahyang raya..saya bawa nurzuyyin..papa dia bawa ariq...

pastu balik rumah bermaafan sesama keluarga..pastu melayan tetamu dekat 200 orang rasanya..yang jadi ramai datang tu sebab atuk ada dengan keluarga kami...jadi kalau ada orang tua ni ramailah yang datang menziarah


oklah ni gambar sekitar raya hari tu....gambar banyak tapi malas nak upload...haha

dua beranak..

muka kakak dah penat..haha

senget...gambar raya main tangkap muat..

balik rumah atuk kat sri menanti..ni kerja dia..layan motor tua atuk

anak buat terkini mak long..Puteri Muslimah

kat rumah ucu sebelah suami...meriah betul masa ni

yang masih bujang

malam raya...

kuih yang tidak dibuat ..ditunjuk-tunjuk sahaja dikatalog ..

gambar ni sengaja mama masukkan sebab ariq sangat terpuji pakai baju melayu dengan samping sampai ke petang tak bukak-bukak...raya habis anak mama

masa kat rumah atuk hari tu...

Aug 23, 2013

ARIQ dulu dan sekarang

Dulu...

Kalau dia buat nakal mama marah dia...dia akan cakap

"Mama terlalu besar...nak marah ariq yang terlalu kecil"



masa 3 tahun



Sekarang...

Kalau dia buat nakal mama marah dia...dia akan cakap

"Mama dah 36 tahun...nak marah ariq yang baru 4 tahun"...

masa 4 tahun

adoilahhhh



Jul 13, 2013

Perkhemahan Pengakap

Minggu lepas budak-budak pengakap ada perkhemahan dengan geng sekolah lain dan juga budak kelana..mama jadi guru pemantau..jaga mereka ikut giliran.. Itulah jadi cikgu ni...dari merentas desa .bersukan berkhemah berdebat berkoral berhari terbuka semua cikgu kena handle.. tapi kalau tak de semua aktiviti tu sunyinya kerjaya guru..

Maka pada hari kejadian bawalah sekali anak-anak untuk beriadah ...budak-budak ni puas ikut program sekolah menengah..padahal baru tadika...kalau tak dibawa siapalah pulak nak menjaga mereka kan...tapi bila dah selalu join program sekolah mama mereka pun suka juga...sebab sekolah tadika sekolah rendah dan menengah semuanya dalam satu kawasan jadi mereka dah selalu jumpa budak sekolah menengah ni..kenal abang itu dan kenal jugak kakak yang ini...riuh..

Perkhemahan kali ni kat Kampung Banjar...tahun lepas berkhemah ada yang histeria kat sini..mungkin ada keras sikitlah agaknya tempat ni...tapi kawasan kampung yang cantik...suka saya tengok..maklum le berumah di taman jarang masuk kampung..

Masa pergi tu ariq siap bawak kanta pembesar lagi...dia ingat nak gi manalah agaknya ye..

yang ini bawak teropong papa dia...nampak ke tu..

lepas bebas...sukanya masing-masing

ni abang-abang dan kakak-kakak pengakap baru balik dari aktiviti mengembara

main kemuncup je pun...suka nau ~ suka gambar ni
ariq cakap dengan papa...papa mari kita main kacang uncuk...puas mama dengan papa fikir apa lah agaknya kacang uncuk tu...rupanya kemuncup...orang sabah panggil kemuncup ni "rumput sundal"  daring giler nama hihi

sukanya anak beranak ni dengan teropong dengan kanta pembesar...adoilah

barisan khemah
wajahwajah kesayangan hamba

Jun 29, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN ARIQ yang ke 4

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi...anak lelaki mama genap usianya 4 tahun pada 26hb Jun yang lalu. Kali ni Ariq sambut di sekolah sahaja..ringkas juga..bukan beria sangat pun..sekadar meraikan hari yang sangat membahagiakan seisi keluarga..

Oh..dia sangat teruja..masuk je bulan Jun..kerap betul dia bagitahu bulan ni bulan Jun..bulan harijadi dia..

Jadi mama pun tempahlah kek..kek cawan aje..senang nak agihkan kepada kawan-kawan dia..tempah 64biji dengan cikgu sekolah mama yang memang kepakarannya buat kek coklat..

Oh lupa pulak sambut sekali birthday kakak zuyyin ..sebab kakak lahir bulan November..kalau nak raikan bulan November dah cuti sekolah pulak...sian dia tak dapat sambut dengan kawan-kawan

Jadi petang hari Selasa 25hb tu mama dengan papa belilah apa yang patut untuk kawan-kawan dia..balik dari kedai kami bungkus sama-sama dengan dia...amboi mulut dia paling bising arr...teruja le sangat..

dengan ayat dia yang skema.. "mama..boleh tak ariq nak sambut harijadi ariq dekat rumah ariq ni"
lepas tu dia Nampak dia berfikir.."emmm tak payahlah mama..nanti penuh sangat pulak rumah kita ni..sambut kat sekolah jelah"


yer...ringkas aje...

sebelum makan kena cuci tangan dulu..suka sangat tengok masa ni...kiut je budak-budak ni dengar arahan

tuan punya hari jadi...awww..senyum bukan main

sedang bersiap nak nyanyi ..

sambut 6 bulan awal..haha
 

kat kelak kak yin

adoilah...selekehnya anakku


tengah agihkan barang2 untuk kawan-kawan dia

spiderman- ariq.. tak dapat dipisahkan


malam tu mama peluk ariq erat-erat..mama bagitau..ariq dah besar..ariq dah 4 tahun... lepas tu ariq cakap dengan mama.. "mama..ariq dah besar..ariq nak doakan mama sentiasa sihat..supaya mama boleh jaga ariq lagi"..pergh..memang menusuk kalbu..ariq ni kalau mengambil hati memang berikan dia..kadang-kadang terasa macam cepatnya dia matang...mama rindu baby ariq..huhu

Jun 23, 2013

SUKAN SEKOLH 2013

Sukan sekolah telah pun berlangsung pada 18 dan 19 Jun lalu..tahun ni tugas saya ialah penangkap pemenang untuk acara larian...berpanas selama 2 hari dari pagi sampai petang...

Oooh dan ini adalah kali pertama bertugas kat sini...cabarannya ialah bila acara budak lelaki...sebab budak lelaki ni lari kuat..selalu terkeliru pemenang pertama kedua dan ketiga...semuanya hampir-hampir sangat...kalau ada guru yang bias tu mulalah menangkan rumah sukan sendiri..haha

Tahun ni sukan diungguli oleh Rumah Kuning..selepas 11 tahun Rumah Kuning tidak menjadi juara..akhirnya kemarau berakhir...seronok tengok guru rumah kuning...ceria sakan..

Rumah Hijau dapat no 3 sahaja...tak pe tahun depan kita usaha kuat lagi..huhu

Disebabkan saya tak jadi AJK Foto tahun ni...maka gambar yang saya ambil sekitar-sekitar saya jelah..tak delah nak meraun pergi ke acara lompat tinggi..lompat kijang..lempar cakra..lembing peluru..semua terlepas..sebab memang melepak kat tempat larian je...


taklimat oleh ketua sebelum acara bermula...serius seh ketua ni..sebab masing2 kali pertama..hehe

olahragawati tengah warming up

2 hari tu cuaca memang panas giler..rasa macam duduk dalam oven...terbakar muka...kena tunggu lagi 2 minggu baru ok..

sibuk AJK peralatan

Maridan Masukol... nama tak menahan

ni lebih gaya je...haha

tak ingat acara apa..

AJK pendaftaran tahun ni

saya dan kawan2....

Jun 6, 2013

Pantai Tanjung Aru

Kalau ke Kota Kinabalu selalu jugak pergi sini...biasa pergi untuk ambik-ambik angin je..menikmati suasana tepi pantai. Selepas penat menanda kertas soalan peperiksaan semester 1 lebih kurang 9 set..maka pertengahan minggu kedua ni...sempatlah bawa anak-anak berkelah kat sini.

Anak-anak saya memang tak pernah mandi laut...biasanya kami bawa dia pergi mandi kat air terjun atau kat jeram je...kiranya nilah kali pertama mereka mandi laut..seronok menengokkan reaksi masing-masing....nampak sangat muka teruja..sekejap-sekejap tanya..."mama kita dah nak balik ke..."..takut sangat nak balik awal..

Masa kami sampai tu masih awal pagi...ada satu keluarga je lagi yang sama-sama berkelah...jadi memang best la..saya tak suka sangat kalau ramai..



Menu mama hari tu sungguh lah ringkasnya...rancang nak buat nasi lemak...tapi macam berat sangat..lagipun lepas gi Tanjung Aru rancang nak gi One B..mesti makan berat lagi..jadi buat dinner roll ngan tuna..marble cake~ beli..roti ngan jem kacang dan strawberi

berlarian...baru nak mandi tiba-tiba terasa nak kencing...lari gi tandas dulu...haiyoo


main lukis-lukis...


sempat jugak main bola~ ni kira budak yang paling seronok le hari tu...


kakak tengah menikmati bekalan ...berselera makan lepas mandi

cheh...suka le tu

aksi manja...

eh...mama nak jugak

bila dah mandi seluar pun basah dan berat...nak berlari dah susah...sampai tertanggal..  "aahhh bukak je lah" dia jerit..ini budak bikin malu...haha