Sep 7, 2013

RAYA 2013

Alhamdulillah...raya kali ni dapat balik kampung beraya bersama keluarga tersayang...yang paling gembira tentunya anak-anak..first time tahu erti berhari raya...tahun lepas raya kat Keningau..memandangkan cuti raya bersambung dengan cuti sekolah jadi memang berbaloi sangat kalau balik kan..

Kami balik 5 Ogos..tiket jam 11.30... huuu penerbangan terakhir..hot seat kosong je...jadi lega jugalah dalam flight..boleh pindah kat tempat lain bagi selesa sikit..setakat ni tak pernah lagi balik tiket last...selalu jarang ada seat kosong

Balik kampung ni dapat jugalah merasa puasa dua hari kat kampung...sehari bukak puasa dengan famili suami..sehari lagi buka puasa dengan famili saya..


persiapan raya

tahun ni menu raya mak ~ ayam masak rendang, kari daging, lodeh, serunding, sambal kacang keupat nasi dan ketupat lemak (special request dari suamiku)

8 hb raya pertama dapatlah bersembahyang raya...seronok rasa..dah berapa tahun saya tak dapat gi sembahyang raya..saya bawa nurzuyyin..papa dia bawa ariq...

pastu balik rumah bermaafan sesama keluarga..pastu melayan tetamu dekat 200 orang rasanya..yang jadi ramai datang tu sebab atuk ada dengan keluarga kami...jadi kalau ada orang tua ni ramailah yang datang menziarah


oklah ni gambar sekitar raya hari tu....gambar banyak tapi malas nak upload...haha

dua beranak..

muka kakak dah penat..haha

senget...gambar raya main tangkap muat..

balik rumah atuk kat sri menanti..ni kerja dia..layan motor tua atuk

anak buat terkini mak long..Puteri Muslimah

kat rumah ucu sebelah suami...meriah betul masa ni

yang masih bujang

malam raya...

kuih yang tidak dibuat ..ditunjuk-tunjuk sahaja dikatalog ..

gambar ni sengaja mama masukkan sebab ariq sangat terpuji pakai baju melayu dengan samping sampai ke petang tak bukak-bukak...raya habis anak mama

masa kat rumah atuk hari tu...

No comments: