May 12, 2020

Mengajar secara online


Serius saya lebih gembira jika dapat mengajar secara berhadapan dengan pelajar. Suasana sebenar. Letih sebenarnya mengajar online..bukan penat dari segi fizikalnya tapi penat dari segi mentalnya..sebab kita tak nampak muka pelajar..kita tak yakin mereka faham atau tidak. Tidak boleh juga kita respon soalan pelajar dengan baik bila kita tak nampak orangnya. (menjadi kebiasaan pelajar off kan muka bila online)..so kadang-kadang saya rasa macam syok sendiri. Jika kelas yang di ajar tu pelajarnya proaktif adalah "jiwa" sikit sesi pdpc tu..kalau krik krik sahaja..saya jadi tepu nak pikir. Jadi saya amat-amat menghargai masa pembelajaran di adakan secara berhadapan dengan pelajar di kelas atau makmal seperti dulu.

Paling teruk ialah bila mengajar addmath gunakan teknik online ni...tiada kepuasan langsung mengajar...nak kira..nak tunjukkan jalan kerja kat pelajar...macam complicated betul bila kaedah online learning digunakan dalam pdpc.

Keluahan seorang guru....

No comments: