Jun 23, 2013

SUKAN SEKOLH 2013

Sukan sekolah telah pun berlangsung pada 18 dan 19 Jun lalu..tahun ni tugas saya ialah penangkap pemenang untuk acara larian...berpanas selama 2 hari dari pagi sampai petang...

Oooh dan ini adalah kali pertama bertugas kat sini...cabarannya ialah bila acara budak lelaki...sebab budak lelaki ni lari kuat..selalu terkeliru pemenang pertama kedua dan ketiga...semuanya hampir-hampir sangat...kalau ada guru yang bias tu mulalah menangkan rumah sukan sendiri..haha

Tahun ni sukan diungguli oleh Rumah Kuning..selepas 11 tahun Rumah Kuning tidak menjadi juara..akhirnya kemarau berakhir...seronok tengok guru rumah kuning...ceria sakan..

Rumah Hijau dapat no 3 sahaja...tak pe tahun depan kita usaha kuat lagi..huhu

Disebabkan saya tak jadi AJK Foto tahun ni...maka gambar yang saya ambil sekitar-sekitar saya jelah..tak delah nak meraun pergi ke acara lompat tinggi..lompat kijang..lempar cakra..lembing peluru..semua terlepas..sebab memang melepak kat tempat larian je...


taklimat oleh ketua sebelum acara bermula...serius seh ketua ni..sebab masing2 kali pertama..hehe

olahragawati tengah warming up

2 hari tu cuaca memang panas giler..rasa macam duduk dalam oven...terbakar muka...kena tunggu lagi 2 minggu baru ok..

sibuk AJK peralatan

Maridan Masukol... nama tak menahan

ni lebih gaya je...haha

tak ingat acara apa..

AJK pendaftaran tahun ni

saya dan kawan2....

No comments: