Jun 29, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN ARIQ yang ke 4

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi...anak lelaki mama genap usianya 4 tahun pada 26hb Jun yang lalu. Kali ni Ariq sambut di sekolah sahaja..ringkas juga..bukan beria sangat pun..sekadar meraikan hari yang sangat membahagiakan seisi keluarga..

Oh..dia sangat teruja..masuk je bulan Jun..kerap betul dia bagitahu bulan ni bulan Jun..bulan harijadi dia..

Jadi mama pun tempahlah kek..kek cawan aje..senang nak agihkan kepada kawan-kawan dia..tempah 64biji dengan cikgu sekolah mama yang memang kepakarannya buat kek coklat..

Oh lupa pulak sambut sekali birthday kakak zuyyin ..sebab kakak lahir bulan November..kalau nak raikan bulan November dah cuti sekolah pulak...sian dia tak dapat sambut dengan kawan-kawan

Jadi petang hari Selasa 25hb tu mama dengan papa belilah apa yang patut untuk kawan-kawan dia..balik dari kedai kami bungkus sama-sama dengan dia...amboi mulut dia paling bising arr...teruja le sangat..

dengan ayat dia yang skema.. "mama..boleh tak ariq nak sambut harijadi ariq dekat rumah ariq ni"
lepas tu dia Nampak dia berfikir.."emmm tak payahlah mama..nanti penuh sangat pulak rumah kita ni..sambut kat sekolah jelah"


yer...ringkas aje...

sebelum makan kena cuci tangan dulu..suka sangat tengok masa ni...kiut je budak-budak ni dengar arahan

tuan punya hari jadi...awww..senyum bukan main

sedang bersiap nak nyanyi ..

sambut 6 bulan awal..haha
 

kat kelak kak yin

adoilah...selekehnya anakku


tengah agihkan barang2 untuk kawan-kawan dia

spiderman- ariq.. tak dapat dipisahkan


malam tu mama peluk ariq erat-erat..mama bagitau..ariq dah besar..ariq dah 4 tahun... lepas tu ariq cakap dengan mama.. "mama..ariq dah besar..ariq nak doakan mama sentiasa sihat..supaya mama boleh jaga ariq lagi"..pergh..memang menusuk kalbu..ariq ni kalau mengambil hati memang berikan dia..kadang-kadang terasa macam cepatnya dia matang...mama rindu baby ariq..huhu

No comments: