Jan 14, 2013

SAMSUNG 370R4E-SO3

lama dah mencari laptop baru menggantikan laptop yang sedia ada ni..sebenarnya COMPAQ saya yang lama tu bukannya rosak..tapi bateri dah kong habis..dah 3 kali bertukar charger...ada sekali tu charger rosak masa kat sekolah sampai blackout satu bangunan..haha..memang sedih la...tapi laptop tu yang lain-lain tak de masalah..cuma biasalah laptop 5 tahun yang lalu ..jadi agak lembab sikit..nak on off pun lambatttt betul...

kadar penggunaan saya adalah biasa sahaja...saya bukan programmer ..atau designer ..saya guru biasa yang memerlukan laptop untuk kegunaan pengkeranian sahaja..buat soalan..analisis SPM..online pendaftaran SPM..surat menyurat dan lain-lain yang biasa sahaja..melayari internet , fb dan blogging..jadi saya tidaklah mencari yang hebat sangat pun..

masa cuti hujung tahun hari tu ada jugak survay kat PC Fair di MITC Melaka...ada jugak yang berkenan ..tapi memikirkan malas nak bawak balik Sabah dengan barang-barang lain lagi jadi hasrat tertangguh..sehinggalah semalam ke Kota Kinabalu..singgah Karamunsing dan beli ..mula-mula tu dah berkenan kat Acer Aspire S3..tapi ternampak pulak Samsung yang ni..terus berkenan..wink wink

SAMSUNG 370R4E

ada 4 warna.

saya pilih yang ini..


No comments: