Jan 6, 2013

Hari Kedua

Hari kedua ke sekolah rupanya lebih mencabar untuk kakak Nur Zuyyin.. dia tak nak lepaskan tangan mama...sepuluh kali dah dia mintak cium mintak salam tapi tangan mama dia pegang tak kasi mama tinggalkan...aduhlah... akhirnya mama ambil pendekatan bertegas jer...tinggalkan...dengar dia menangis..walaupun dalam hati rasa kesian sangat tapi saya kena ajar dia berdikari.. dan seperti jangkaan saya dia nak pergi ke kelas adik dia..huuu

Jam 9 saya telefon suami..datang masa mereka rehat jam 10..tengokkan ..mana tahu kalau ada papa ..kakak yin lebih kuat semangatnya..

Jam 10 kami ke sekolah..saya tanya cikgu kak yin..yang kebetulan bekas anak murid saya.."macam mana dia"... cikgu dia kata menangis lama jugak..haihh..lepas tu saya dan suami ke kelas Ariq..dia ok je...siap suruh ambil gambar lagi dia dan kawan-kawannya..hoho..romeo..kawan ngan pompuan je ke nak...aiih

tengok le muka ceria dia..

Tapi bila mama ambil mereka jam 12 tghhari.. ariq dah tukar seluar lain...mama ingat dia terkencing kat dalam seluar..rupanya dia batuk sampai termuntah sampai terkena seluar...nasib baik mama ada bekalkan seluar dalam beg dia...kebetulan nak naik sekolah ni memang dia batuk dan selsema..sian anak mama..

Kakak Yin ok pulak masa balik tu...jadi sepanjang dua hari hujung minggu ni memang terpaksa mama rasionalkan kak yin tentang sekolah..harap-harap esok kak yin dah ok..dan jangan ariq pulak buat perangai...AMIN


1 comment:

myfreeminded said...

Nak meninggalkan Haziq kat kelas pra dia pun saya yang menahan diri mendengar tangisan dia yang tak nak saya tinggalkan dia, tapi yelah, kena bertegas jugak dalam hal macam ni.