Apr 15, 2012

Suku Pertama 2012

Apa yang ada pada awal tahun 2012...aktiviti sekolah silih berganti...tak menang tangan mengunjungi bilik mesyuarat dan tak menang tangan memetik gambar sebab asik jadi AJK Foto dan Dokumentasi saja tahun ni...
Baju batik sekolah tahun 2012 yang sama dengan baju batik cikgu sekolah Tadika Kemas juga menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai

Pelajar cemerlang tahun ini...sedang menunggu panggilan ke Pusat Pengajian Tinggi

meja mama tahun ni ...masih seperti dulu
dengan sukantara..mesyuarat PIBG..pesta pantun..sukan bola tampar..Hari Anugerah ..minggu depan bermula teknik menjawab soalan ..mesyurat Jogaton pun dah bermula menandakan kerja-kerja belakang tabir perlu dilakukan ...dan sebenarnya baru saja menarik nafas selesai membuat Analisis SPM untuk setiap kelas dan untuk setiap subjek...Khamis ini menyusul pula mesyuarat PBS kali kedua...huhu..padat sungguh suku pertama tahun 2012..dan tak lupa juga bermula kerja-kerja membuat soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk Add Math dan Fizik perlu dibuat dalam masa terdekat...huwaaa..

1 comment:

Cikgooden said...

Kemas gilaaa meja mama...haaha..meja aku, huk aloh..tongkang pecah beb.