Apr 5, 2012

Berkhemah

Seperti biasa kami sekeluarga sangat suka berjalan...kalau sehari tak berjalan keluar muka masing-masing dah macam ikan puyu..waimah dapat ke supermarket Hiap Lee kat depan rumah tu pun pun akan menyebabkan mood semua jadi lebih baik...jadi bila kaunselor sekolah menyatakan pada saya ada kem kepimpinan pada 30,31 Mac dan 1 April..saya dengan sukarelanya nak turut serta...jadi AJK lah sekali ..lalu cadangan itu saya panjangkan kepada suami untuk bawa sekali anak-anak berkhemah..dan seperti yang saya jangka..suamiku yang sangat suka aktiviti begini telah memberi persetujuan 120 peratus...

maka pada 31 Mac 2012 bangunlah saya subuh-subuh gelap menyediakan bekalan..nasi goreng kampung..nugget dan sosej goreng..itu untuk sarapan sahaja yer..belum lagi bekalan makanan kering untuk kudap-kudapan sepanjang dua hari satu malam di sana

 Inilah tempatnya : TAMAN REKREASI PAMILAAN

  
 air agak deras pagi tu...mungkin jugak sebab malam sebelumnya hujan...kami mandi kat tepi-tepi saja ..cuak jugak..maklumlah semua tak pandai berenang...masa saya sampai peserta sedang buat persiapan diri sebelum ceramah bermula..jadi saya pun klik beberapa keping gambar dan menyertai suami dan anak-anak yang tak mandi pun dari rumah sebab nak mandi kat sana...dasyatt..



kakak zuyyin berbaju tidur...adik ariq dah bukak baju dah...papa sibuk makan..yang pastinya ariq mandi sekejap je...lepas tu dah menggigil ..maklum simpanan lemak dalam badan terhad..hee hee

inilah sebahagian dari bekalan makanan kami....susu tak boleh tinggal yer...sebab dua orang budak tu masih kuat menyusu...walaupun mama sedang berusaha nak ajar minum pakai cawan...tapi kali ni masih berbotol nampaknya
 lepas mandi semua kebulur.....ariq siap ala-ala manja lagi nak berpangku...tulah khemah kami..bila malam kami bawak khemah ni naik atas...tak boleh bermalam tepi sangat dengan air...takut air naik tak sedar pulak


ni pulak khemah abang-abang dari sekolah mama yang ikut kem kepimpinan...masa ni semua tak de kat khemah sebab pergi dengar ceramah..




.masa ni aktiviti kembara..masuk air main lumpur susun batu..


 ada jugak guru yang mengambil kesempatan berduaan suami isteri sambil join kem...syokkan..bukannya selalu..teringat zaman remaja...aaww


petang selepas aktiviti kembara..ajaklah kakak ngan adik ke sini tengok abang dan kakak mandi manda












ni masa malam...kebetulan "earth hour" jadi kami tak ketinggalan memberi sokongan....adik beradik ni lom tukar baju pun...haha...hari pertama je berkali-kali mereka mandi....yang petang tu dari jam 2 sampai dekat jam 5 petang baru selesai...haihhh hantu main air sungguh la







 bersepahnya ...haha..dengan anak-anak patung segala di hangkutnya ke sini..belum lagi bantal berbulu yang tertinggal dalam kereta..agaknya kalau dah besar lagi macam2 nak bawak yer..









 ni sarapan kami pagi esoknya...roti kaya..ayam panggang...kambing muahhss  sedap bangat...














tak caya ...inilah buktinya...haha...terlampau bah ariq...semangat dia makan sayap ayam










gambar-gambar pilihan mama sepanjang perkhemahan kami


sesekali adik ariq tunjuk skill jadi model..ahakss

ini kakak isla yang sedang mencuba bakat memasak yang terpendam di lautan yang paling dalam selama ni..haha

dia ni kalau ada susu memang bahagia ..lebar senyuman




pak lawak kat rumah...ada je idea nak buat orang geram..grrr
dua beranak yang berjaya menghabiskan dua botol syampu..syabbas bete
kami nak pulang dah...byeeeeeeeee

perkhemahan yang best.....sangat suka kalau dapat gi camping lagi walaupun kaki mama macam nak putus kepenatan pergi balik mengambik gambar...




No comments: