Apr 24, 2012

Ikan cencaru masak sambal

Tukang buat Sambal Ikan Cencaru

Bukan ingin bercerita tentang resepi ikan cencaru masak sambal...cuma ingin mengimbas kembali kenangannya sahaja...kenangannya cukup manis..cukup membuat perasaan kasih seorang anak kepada ibu subur kembali..masa kecil mak memang selalu masak ikan ni..maklumlah ikan cencaru kan murah...

Cencaru masak sambal dengan nasi sejuk beserta kicap makan sarapan diwaktu pagi dengan suapan seorang ibu..berebut mulut dengan adikadik..terasa begitu sedap sekali..walhal apalah nak dibanding dengan begitu banyak makanan dan resepi yang enak-enak sekarang ini..mungkin juga nilai sentimental pada makanan itu yang menjadikan ia begitu sedap pada saya...saya masih ingat masa tu masih lagi rumah lama..dapur yang tidak bersimen..lantainya hanyalah papan yang bercantum-cantum..kalau angkat papan tu nampaklah tahah keras dibawahnya...tapi saya tetap merasa bahagia kerana itu adalah rumah kami...walau apa pun yang dimakan di ruang dapur daif itu semuanya terasa sedap sahaja..mungkin mak memasaknya dengan penuh kasih dan sayang ...pucuk ubi atau pucuk manis semuanya sedap-sedap belaka bagi kami..

Sesuap seringgit...itulah yang ayah selalu cakap untuk setiap suapan nasi dengan sambal yang mak buat..saya tidak tahu maksudnya ..cuma mungkin setiap suapan itu bernilai seringgit di mata ayah...wah mahalnya untuk sepinggan kan...


Sebab itulah setiap hari saya akan cuba sediakan masakan untuk anak-anak..sedap tak sedap lain cerita sebab yang penting mereka tahu saya yang masak dan saya yang sediakan untuk mereka...biarlah mereka membesar dengan air tangan saya sendiri...:). Saya tak dapat beri kemewahan...tapi saya dapat sediakan sesuatu yang bermakna untuk mereka ingat mereka punya mama....

Hasil anak-anak ikan cencaru masak sambal

Pak Ucu Amin

Mak Ude

Pak Ngah 

Anak Sulungnya..aku


Encik sesuap seringgit..hihi

No comments: