Seperti biasa kami sekeluarga sangat suka berjalan...kalau sehari tak berjalan keluar muka masing-masing dah macam ikan puyu..waimah dapat ke supermarket Hiap Lee kat depan rumah tu pun pun akan menyebabkan mood semua jadi lebih baik...jadi bila kaunselor sekolah menyatakan pada saya ada kem kepimpinan pada 30,31 Mac dan 1 April..saya dengan sukarelanya nak turut serta...jadi AJK lah sekali ..lalu cadangan itu saya panjangkan kepada suami untuk bawa sekali anak-anak berkhemah..dan seperti yang saya jangka..suamiku yang sangat suka aktiviti begini telah memberi persetujuan 120 peratus...
maka pada 31 Mac 2012 bangunlah saya subuh-subuh gelap menyediakan bekalan..nasi goreng kampung..nugget dan sosej goreng..itu untuk sarapan sahaja yer..belum lagi bekalan makanan kering untuk kudap-kudapan sepanjang dua hari satu malam di sana
Inilah tempatnya : TAMAN REKREASI PAMILAAN
air agak deras pagi tu...mungkin jugak sebab malam sebelumnya hujan...kami mandi kat tepi-tepi saja ..cuak jugak..maklumlah semua tak pandai berenang...masa saya sampai peserta sedang buat persiapan diri sebelum ceramah
bermula..jadi saya pun klik beberapa keping gambar dan menyertai suami
dan anak-anak yang tak mandi pun dari rumah sebab nak mandi kat
sana...dasyatt..
kakak zuyyin berbaju tidur...adik ariq dah bukak baju dah...papa sibuk makan..yang pastinya ariq mandi sekejap je...lepas tu dah menggigil ..maklum simpanan lemak dalam badan terhad..hee hee
inilah sebahagian dari bekalan makanan kami....susu tak boleh tinggal yer...sebab dua orang budak tu masih kuat menyusu...walaupun mama sedang berusaha nak ajar minum pakai cawan...tapi kali ni masih berbotol nampaknya
lepas mandi semua kebulur.....ariq siap ala-ala manja lagi nak berpangku...tulah khemah kami..bila malam kami bawak khemah ni naik atas...tak boleh bermalam tepi sangat dengan air...takut air naik tak sedar pulak
ni pulak khemah abang-abang dari sekolah mama yang ikut kem
kepimpinan...masa ni semua tak de kat khemah sebab pergi dengar
ceramah..
.masa ni aktiviti kembara..masuk air main lumpur susun batu..
ada jugak guru yang mengambil kesempatan berduaan suami isteri sambil join kem...syokkan..bukannya selalu..teringat zaman remaja...aaww
petang selepas aktiviti kembara..ajaklah kakak ngan adik ke sini tengok abang dan kakak mandi manda
ni masa malam...kebetulan "earth hour" jadi kami tak ketinggalan
memberi sokongan....adik beradik ni lom tukar baju pun...haha...hari
pertama je berkali-kali mereka mandi....yang petang tu dari jam 2 sampai
dekat jam 5 petang baru selesai...haihhh hantu main air sungguh la
bersepahnya ...haha..dengan anak-anak patung segala di hangkutnya ke sini..belum lagi bantal berbulu yang tertinggal dalam kereta..agaknya kalau dah besar lagi macam2 nak bawak yer..
ni sarapan kami pagi esoknya...roti kaya..ayam panggang...kambing muahhss sedap bangat...
tak caya ...inilah buktinya...haha...terlampau bah ariq...semangat dia makan sayap ayam
gambar-gambar pilihan mama sepanjang perkhemahan kami
|
sesekali adik ariq tunjuk skill jadi model..ahakss |
|
ini kakak isla yang sedang mencuba bakat memasak yang terpendam di lautan yang paling dalam selama ni..haha
|
|
dia ni kalau ada susu memang bahagia ..lebar senyuman |
|
|
|
|
|
|
pak lawak kat rumah...ada je idea nak buat orang geram..grrr |
|
dua beranak yang berjaya menghabiskan dua botol syampu..syabbas bete |
| |
|
kami nak pulang dah...byeeeeeeeee |
perkhemahan yang best.....sangat suka kalau dapat gi camping lagi walaupun kaki mama macam nak putus kepenatan pergi balik mengambik gambar...