Nov 28, 2008

PERMATA HATIKU


inilah permata hati saya......semoga bahagia milik kita...MAMA, PAPA..dan Nur Zuyyin..
....

Nov 22, 2008

Selamat Bercuti Untuk Warga Pendidik


cak!!!

Saya akan bercuti pulang ke kampung bermula 23 November -23 Disember...jadi tak dapat nak buat entry baru sepanjang tempoh itu...bye-bye...nanti bulan depan kita sambung lagi yer...

Nov 17, 2008

Album lama


dulu saya suka sangat beli album..nilah antaranya..pastu sekarang gambar simpan kat fotopages dan CD saja...


air terjun mahua..macam kapas tak air nya..tempat ni pun cantik

dalam perjalanan ke Samporna..kami singgah kat Kundasang
di kaki gunung kinabalu

posing kiut-kiut

bersama pak misai dan melur (tengok misai yang gambar sebelah kiri tu)
pak misai ni kucing yang paling kami hormat..sebab semangat ketua dia tu tak boleh nak tanding...sangat menyayangi kucing kecil..dan semua kucing2 saya suka ngan dia

masa ni kat rumah banyak sangat bunga mawar..macam-macam warna dan sangat menjadi sekali hasil tanaman suami yg berjari hijau itu..errr saya tukang siram jer..itu pun kalau ingat...kucing kat sebelah tu tembun dan julie farah atikah


guna filem hitam putih...dan gambar bunga lagi

semalam saya menatap kembali album-album lama saya di rumah...saat suami saya baru mengenali dunia SLR..dulu dia guna Nikon F55 (sejak beli DSLR kami dah jual kamera ni dengan lensa panjangnya sekali..)..kamera nikon lama ni guna filem..masa tu kami baru-baru lagi bekerja..dan semangat nak 'posing' tu memang tinggi betul.(sampai sekarang pun suka berposing he he)..lebih-lebih lagi berada di bumi Sabah yang cantik ni...semua tempat rasa nak ambik gambar

seingat saya tempat kami cuci gambar dulu di kedai gambar MILIMEWA...sekali beli filem 2 ke 3 rol..dan yang lucunya..kalau cuci di kedai tu mereka akan bagi free lagi 2 rol filem..dan kami pergi cuci lagi..dapat free lagi..sampai saya tak daya lagi nak posing..huwaaaa dan masa tu manalah nak edit2 gambar atau nak delete gambar yang tak jadi...tapi sekarang semua pun boleh...dulu nak buat gambar hitam putih kena beli filem hitam putih ....sekarang click je kat shepia ke ..black and white ke masa edit gambar dah boleh tukar kaler....canggih ekk..emmm dan kita terus mengejar teknologi semacam tiada kesudahan ni..apa pun album lama masih tinggi nilai kenangannya

Nov 15, 2008

MEREKA ITU





sepanjang saya mengenali mereka itu saya merasa muda semula..ingin mengimbas zaman remaja..menikmati keriangan gurauan tahap hiper..saya akui saya selesa sekali menjadi guru..kalau sebulan bercuti hujung tahun, akan menjadi sangat tidak sabar untuk hadir semula ke sekolah..dan menatap lagi wajah mereka..walau ada yang menyakitkan..menjengkelkan dan kadang-kadang menaikkan suhu badan..namun itulah keindahan dan keseronokannya.. berjuang bersama-sama.. berkongsi ilmu dan cerita..memberi semangat dan peransang...

semasa memberi taklimat SPM hari tu..tiba-tiba saya merasa sebak..kerana sekali lagi wajah2 kesayangan saya akan meninggalkan saya seperti tahun-tahun lalu...saya pasti..saya akan merindui usikan mereka..


* selamat menjawab add math 18hb dan fizik 25hb..semoga berjaya anak-anakku

Nov 10, 2008

PETANG ITU

skodeng dari belakang

gambau ni aku ambik .. laki aku kutuk dia kata gambau ni tak de "cerita"..

tak kira nak upload jugak...(nampak nau degil himol)

mencari sudut


di atas awan



lom lagi nengok gaya dia golek gelentang ( contoh ambik gambau lalat 18 sx tu)



posing maut gitewww..ahaks



gambau nye tak seberapa pon..posing je lebih

apalah aktiviti yang paling menarik sekali bagi aku dan lakiku itu selain dari ambik gambau..mmmuuahhaa..itu je le kijenya..semacam ketagihan pulak...dah puas ambik gambau sekolah..budak sekolah..cikgu sekolah..serangga..pastu ambik gambau sendiri..dia ambik gambau aku..aku ambik gambau dia...aci tak..kami sangatlah seiring dengan hobi ini..walaupun gambau-gambau masih diperingkat percubaan dan eksperimentasi ..oklahkan untuk guru-guru sekolah macam kami ni..sebab kami bukan jurufoto pro...bukan juga jurufoto perkahwinan..hehe

kawasan ni pun cantik jugak...berada di atas awan..sejuk berkabus..jom datang Keningau..moh

Nov 7, 2008

MATAHARIKU


Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Reff1:
Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Reff2:
Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Back to reff 1

Back to reff 2

tengah suka lagu ni...suara agnes gemersik betul..pastu gambau yang kat atas tu tengah nak mencuba photofunia yang dah lama di cuba oleh orang lain..sungguh ketinggalan keretapi...sebab saya suka meow..saya buat le kengkonon meow tu pun suka saya jugak...mmuuhaahaa..sesuai tak mood dalam gambar tu(muka saya je ye..tak masuk gambau kucing) dengan lagu ni...apa kata anda?

Nov 2, 2008

Majlis Makan Amal SMSFX, Keningau




















cute girl

En en yang suka bergaya

Pn Shahanum dan Pn. Ani gete


Hajar dan Aiza
Pn. Karen dan En en

Puan Rosalinda

Diva-diva SMSFX

Pn. Beatrice..percaya tak ibu muda ni ada anak 8 orang..body menten seh


Pn. Ainati..orang kuat program


1 November lalu sekolah aku mengadakan satu majlis makan amal..di Hotel Juta Keningau untuk menampung kos pembangunan sekolah..kerana sekolah kami ni sekolah yang mendapat separuh bantuan kerajaan..jadi dana pembangunan kami cari sendiri..bersama PIBG sekolah..Alhamdulillah dengan adanya majlis amal begini kutipannya dapatlah digunakan untuk menampung keperluan sekolah dan menaiktaraf bangunan yang sedia ada...daif sebenarnya sekolah yang ada sekarang...tapi aku suka sangat dengan sikap staff dan kengkawan guru yang lain atas semangat yang ditunjukkan...jujurnya saya amat mengakui keseronokan bekerja di sini..


Majlis berlangsung jam 7.00 malam..(kat sini maghrib jam 6.00)..dan tamat kira-kira jam 11malam..terima kasih kepada semua yang menderma..menaja..dan bertungkus lumus menjayakan program ini....