Mar 20, 2018

Jodoh

Saya mengenal sahabat saya ini kerana kami sama-sama masuk ke sekolah saya mengajar ini sebagai guru baru (guru lama yang baru berpindah). Banyak perkara kami ditugaskan bersama-sama..sebab dia seorang yang senang didekati..(walaupun dia kata muka dia garang macam polis...hahaha). makanya kami mudah rapat.

Pada usia dia sekarang ini 37 tahun dia selalu bercerita dengan saya tentang kehidupan..jodoh dan kerjaya..pernah satu ketika dia seperti berputus asa kerana baginya mungkin dia ditakdirkan bujang selamanya..apa yang saya suka dia seorang yang sangat bermotivasi dari segi kerja..komitmen pada kerjaya tidak berbelah bagi...

Ceritanya..tahun ini dia mendaftar untuk sambung belajar sebagai pelajar PhD..dia membeli rumah yang kedua..dan hujung tahun lepas dia menukar ke kereta baru..bersunguh-sungguh dia memenuhi kehidupan dengan pengisian yang sangat positif kerana tidak mahu soal jodoh menyekat dia dari terus ke depan. Tapi sesungguhnya perancangan Allah itu sesuatu yang tidak pernah kita jangka...lewat tahun 2017..seramai lebih kurang 15 guru baru Tingkatan 6 berpindah ke sekolah kami (berikutan sekolah kami dijadikan Kolej Tingkatan 6)... Dan seorang daripadanya merupakan bapa tunggal yang mencari isteri mengisi kekosongan hidupnya setelah kematian isteri kerana penyakit kanser dua tahun lalu

Memandangkan begitu banyak yang memberi pandangan tentang kebaikan guru lelaki tersebut..terbuka hati sahabat saya ini apabila dilamar oleh guru lelaki tersebut..harapan saya agar sahabat saya ini dijagai dengan baik..dikasihi dan disayangi sebaiknya kelak..

18 mac lalu mereka bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan Ogos nanti...semoga Allah merahmati kamu berdua selayaknya..Amin .

No comments: