Aug 28, 2016

Zaman Remaja

    Menjadi guru hampir 15 tahun...setiap tahun saya mengajar pelajar tingkatan 4 dan 5, masa remaja yang saya saksikan saban tahun. Setiap satu dari mereka punya karektor yang berbeza. Ada yang melalui masa remaja yang menyenangkan tanpa bebanan...ada juga yang melalui masa remaja bersama tanggungjawab menjaga keluarga..maka terhasillah individu yang pelbagai corak kehidupannya.

     Ada pelajar yang boleh menggalas beban emosi dengan baik...masalah keluarga bukan penghalang mencipta kejayaan..tapi tak kurang juga yang gagal menangani. Sebagai guru saya hanya mampu menasihati dan mendoakan

     Ada juga pelajar yang punya prinsip diri yang jitu. Halangan perasaan, kawan kawan, kewangan bukan menjadi alasan untuk tidak berusaha..saya menjadi guru mereka tetapi saya belajar dari mereka tentang kehidupan.  Tanpa saya sedari mereka juga menjadi guru saya secara tidak rasminya.

     Remaja ketika usia 16 dan 17 tahun bagi saya adalah golongan yang sangat berinspirasi...bersemangat dan cepat kagum dengan kejayaan orang lain..bersama mereka kita akan merasa muda..kerana jiwa mereka sentiasa muda..tetapi bersama mereka juga kita harus terus menasihati kerana langkah mereka begitu mudah menjadi sumbang..saya sayang pelajar saya





Aug 1, 2016

Sambutan Aidilfitri di Sekolah

Setiap tahun memang aidilfitri disambut di sekolah...bagi saya tahun ni sambutannya lebih meriah...tahun.lepas pengurusan sambutan macam tak berapa baik...setelah dimurnikan tahun ni lebih tersusun dan senonoh sikit. Makanan semua di tempah saja...air je guru2  buat sendiri.. jenis makanan ikut tingkatan...Tingkatan 5 kami kena buat soto....tempah saja dengan Wak yang meniaga soto kat pasar Keningau...semua guru malas nak masak sebab hari tersebut adalah hari nak melaram ...hehe
Tayang muka saja kami

Pantang dapat monopod..kuikui


Pengetua yang kiri sekali...hihu


Ini pelajar kelas saya....

Sambutan Aidilfitri di Kampung

Alhamdulillah tahun ni dapat beraya di kampung....tahun lepas beraya di Keningau je...Raya tahun ni semua ada...mak dan ayah pun alhamdulillah sihat puasa kali ni...awal kami sekeluarga pulang ke kampung..termasuklah cerita terpaksa memkntengkan anak sekolah sebab tiket yang ada tarikh nya memang tak boleh nak ubah lagi...Raya kali ni sambutannya sederhana sahaja...tapi meriah..

2 orang hero saya yang gembira berhari raya


Alhamdulillah ayah sihat 

Mama dan kakak Nurzuyyin masa nak tunggu solat sunat aidilfitri

Malam raya  pertama kami sambut birthday Ariq dan Adam..mama beli pizza je...dan untuk adam kek sebiji...Alhamdulillah selesai semua makanan

Nurzuyyin bersama rakan sebaya di kampung

Menjadi kewajipan adik beradik mak datang beraya di hari pertama Aidilfitri 

May 10, 2016

Kem Perdana 2016

Saya bertugas sebagai jurufoto sekaligus menjaga Persatuan Pengakap masa kem berlangsung...3hari 2malam
Kali ni kem sekolah buat di Pamilan...musim kemarau menyebabkan paras air cetek sangat..

Hari pertama saya berkhemah, anak anak tak ikut...tinggal dengan papa di rumah..memandangkan Sabtu tu pun mereka  bersekolah agama...Tapi Ahad tu ..diorang join mama camping sebab papa ada jambori basikal di Papar.

Malam pertama tu ..tak sangka pulak hujan turun dengan lebatnya...sampai saya
terpaksa angkat semua barang ..kamera saya naik ke pondok yang urusetia duduk...nasib baik ada 1  bilik kecil yang kosong..saya tido situ je malam tu

Aktiviti berjalan lancar..walaupun hujan..dan khemah basah...segala halangan nampknya boleh mereka tempuhi dengan baik

Ada pertandingan memasak..kawad kaki..kembara..malam kebudayaan..semua pun lancar. .kalau ada masalah sikit sikit tu kiranya normallah kan

Tapak perkhemahan....luas dan cantik kawasan sini..Pamilaan

Persatuan Pengakap membuat khemah

Kadet polis.selepas pertandingan memasak

Main rampanau semasa acara kembara




Urusetia yang sangat boleh diharap

Petang hari pertama berkhemah...bersemangat sungguh Ustazah Haninah

Budak ni suka betul berkhemah

Salah satu stesen yang harus dilepasi semasa kembara 

Pertandingan memasak tema ala rimba
Kucing bunting tumpang tidur
Pengakap


Semasa sesi membuat gajet
 

Apr 18, 2016

Puding sumi

Hari tu mama buat puding sumi...sebab anak-anak suka makan puding...memandangkan puding sumi ni senang nak buat..maka mama pun buatlah.
Bahan bahannya...agar2 tali...susu cair..gula 3 sudu besar..sumi.. senang je.. kalau makan yang suam tu p
un sedap..macam makan puding berkuah tu pulak
.senang...jadi boleh selalu buat
Sukanbetul dia buat puding sumi...



Apr 11, 2016

Hobi saya

Hobi saya ialah...ambil gambar...main dengan kucing....blogging. ..eh banyak pulakkan.. menggambar memberi kepuasan yang berbeza..saya suka ambil gambar antaranya kerana saya mau melihat perubahan setiap satunya..anak saya yang semakin membesar..kucing2 yang semakin lincah dan saya yang semakin berusia...menggambar adakalanya menjadi mendium merefleksi pencapaian kita dalam hidup..merakam sejarah sendiri kerana kita bukan siapa2 yang orang nak rakam sejarah kita...menggambar juga merakam sekali perasaan saya ketika itu...hanya saya yang tahu cerita di sebalik gambar yang dirakam...hanya saya yang tahu sama ada perasaan saya benar atau palsu ketika itu...gambar juga merupakan diari hidup secara tidak langsung pada saya..
Ini zuhal...saya dah lama nak kucing yang macam ni...akhirnya tercapai juga...walaupun ibunya baka main coon..saya tak tau mana dia dapat suami baka gini..hihi


Ini di Kimanis...langsung tak plan..terus terfikir dan pergi. .tapi seronok sangat masa ni...



Ini masa kat rumah mak di kampung...sehari sebelum balik keningau setelah berada sebulan di kampung




Ini masa di Langkawi..hujung tahun lepas..

Makan pasembor di tepi pantai di Pulau Langkawi

Jadi menggambar memang hobi saya yang saya rasa sangat berbaloi. ..rasa puas..masa kita tak dapat beli atau ulang ...tapi kenangan sentiasa boleh kita simpan.. 

Apr 7, 2016

Laluan Kota Kinabalu -Gunung Emas- Tambunan -Keningau

Balik dari KK 2 minggu lepas...suami saya mengajak untuk melalui jalan lama ..jalan kk Gunung Emas. Tambunan ke keningau...sengaja mengimbas kembali kenangan lalu...masih ingat lagi awal kami di tempatkan di Keningau..inilah laluannya...jalan yang sangat merbahaya..tidak pe4nah sempurna di baiki..tapi pemandangan dan cuaca sejuk dn mendamaikan sangat menyenangkan...

Mendamaikan

Tempat yang cantik untuk mengujia kamera

Ujian Bulan Mac

Ujian bulan Mac 2016 ..mama buat soalan ujian untuk pelajar...anak2 mama pun ada ujian juga di sekolah...walaupun mereka berdua ni belajar juga kat rumah tapi tak taulah bagaimana gayanya bila exam kat sekolah...terutama kakak zuyyin yang memang lemah Bahasa Inggeris..aiihh...
Yang mudahnya ..sekarang, keputusan exam boleh di semak di laman SAPS sahaja...masukkan IC anak..tahun peperiksaan..nah keluarlah semua result anak...huhu..seperti dijangka kakaz zuyyin gagal.Ujian Bahasa Inggeris penulisan...mama yang over sedihnya...
Results ariq alhamdulillah ok...mama tanya kenapa markah PSV sikit sangat...dia kata kawan pinjam warna..dia tunggu..last2 tak cukup masa...cikgu dah pungut kertas....alahai.. kebaru-baruan mendudukiujian...
Result Zuyyin

Result Ariq


Penghujung Cuti Seminggu bulan Mac

 Berkira kira membawa zuyyin dan ariq bercuti di Karambunai. .tapi tak booking hotel lagi..last2 bila nak booking penuh dah..mmm..jadi bawa je diorang mandi mandi di Tanjung Aru...balik2 dah ke sini...mama buat beehoon goreng dan ayamg goreng je...beli roti..bawa air kopi panas dan jus oren Twister je...masa sampai tu ada hari keluarga dari Jabatan Kesihatan...meriah lah sikit hari tu
Tersangat ringkas

Papa ambil kesempatan tidur

Bersungguh main pasir

Sempat main layang layang

Boleh tahan anak mama makan


Feb 27, 2016

Darjah satu dan darjah 2

Kakak Nur Zuyyin masuk tahun 2 dan Ariq bersekolah di sekolah yang sama dengan kakak di tahun 2. Sebenarnya selepas bersekolah 3 tahun di sekolah Tadika SFX dan menyambung di sekolah rendah yang semuanya kawan kawan baru saya risau ariq akan boring..tapi Alhamdulillah. ..dia boleh terima dengan mudah..
     Hari pertama tiada drama air mata atau apa apa yang pelik...semuanya ok saja..ujian dignostik pun ok ...lepas semua ...Alhamdulillah masa di sekolah tadika lagi dia dah boleh membaca BM dan Bi dengan baik...jadi tak delah saya risau sangat..
      Setiap hari dia ke sekolah dengan penuh bersemangat haraplah berkekalan ..
       Kakak zuyyin berpindah ke kelas lain..saya pun tak tau kenapa ada yang dipindahkan...kemahiran membaca dan menulis kakak sangat baik berbanding dulu...menulis pun lancar saja...tapi english masih lagi masalah yg belum selesai...walaupun dia boleh membaca tapi banyak yang dia tak faham apa dia baca..huhh  ...last2 mama lah kena cerita balik maksud setiap perkataan..maklumlah kami bukan berbahasa inggeris di rumah...bacaan jawi alhamdulillah lancar...mengaji pun dah masuk iqra 5...tapi ariq lebih lancar mengaji... mereka saling menyokong antara satu sama lain....harap semuanya akan berjalan denga mudah dan baik baik saja...amin...