Aug 28, 2016

Zaman Remaja

    Menjadi guru hampir 15 tahun...setiap tahun saya mengajar pelajar tingkatan 4 dan 5, masa remaja yang saya saksikan saban tahun. Setiap satu dari mereka punya karektor yang berbeza. Ada yang melalui masa remaja yang menyenangkan tanpa bebanan...ada juga yang melalui masa remaja bersama tanggungjawab menjaga keluarga..maka terhasillah individu yang pelbagai corak kehidupannya.

     Ada pelajar yang boleh menggalas beban emosi dengan baik...masalah keluarga bukan penghalang mencipta kejayaan..tapi tak kurang juga yang gagal menangani. Sebagai guru saya hanya mampu menasihati dan mendoakan

     Ada juga pelajar yang punya prinsip diri yang jitu. Halangan perasaan, kawan kawan, kewangan bukan menjadi alasan untuk tidak berusaha..saya menjadi guru mereka tetapi saya belajar dari mereka tentang kehidupan.  Tanpa saya sedari mereka juga menjadi guru saya secara tidak rasminya.

     Remaja ketika usia 16 dan 17 tahun bagi saya adalah golongan yang sangat berinspirasi...bersemangat dan cepat kagum dengan kejayaan orang lain..bersama mereka kita akan merasa muda..kerana jiwa mereka sentiasa muda..tetapi bersama mereka juga kita harus terus menasihati kerana langkah mereka begitu mudah menjadi sumbang..saya sayang pelajar saya





No comments: