Apr 14, 2015

Raintree Beach Resort

Sebenarnya bulan februari haritu kami ke sini..saja mencari angin baru..melepas sikit lelah dari kerja harian yang sama je..

  dulu nama tempat ni Impian Jadi..ramai yang kata tempat ni macam sunyi sangat..jauh..memang reviewnya macam tak berapa ok..tapi selepas ada sorang kawan dari sekolah yang pergi ...dia kata ok..kalau nak tenangkan fikiran..kami pun pergilah

dengan bayaran rm198 saya rasa agak berbaloi dengan suasana yang ditawarkan..berdekatan dengan laut..memang sedap mata yang memandang...kalau anda rasa nakkan ketenangan..tanpa gangguan datanglah sini..

kami pergi hari khamis..memang waktu orang bekerja..kebetulan sekolah saya dan suami ambil cuti ganti (untuk Tahun Baru Cina)  dan sekolah anak-anak pun cuti berganti juga..jadi bila sampai sini memang tak ramai orang..

kalau nak buat hari keluarga pun sesuai kat sini sebab ada kawasan lapang yang bersih dan sesuai untuk buat aktiviti luar..

nak makan kat resort ni ada juga..tapi kami lebih selesa makan di Bandar Tuaran ..kira kira 10km dari sini..nak tengok gambar... jom

saya suka gambar ni...sebab masa ni memang saya sangat enjoy.. langit biru..pasir putih..angin agak kuat..

sangat rugi bila pemandangan cantik macam ni saya tak bawa dslr..ni pun guna kamera telefon je ambil gambar

ni bilik tempat kami menginap..rm 198 saja...kalau nak sewa bilik besar sikit rm 242

kepuasan anak anak mandi kat kolam..
kawasan nilah yang saya kata sesuai kalau nak buat hari keluarga
mereka berdua tersangatlah gembira...

view di depan bilik kami




No comments: