Dec 11, 2013

KAMPUNG MORTEN

Sebenarnya tak de perancangan pun nak ke sini...hari yang tu sepatutnya kami ke Taman Mini Malaysia...tapi tak ade rezeki nak ke sana..sebab hujan lebat sangat-sangat..memandangkan hari dah nak petang pun..kami terus pergi Api-api steamboat..makan kat sana... balik dari sana baru singgah ke Kampung Morten ni...Kalau naik River Cruse memang lalu kat Kampung Morten...suasana malam kat sini memang cantik

Kampung Morten terletak lebih kurang 15minit perjalanan dari Banda Hilir..bersebelahan dengan Sungai Melaka..dinamakan Kampung Morten bersempena dengan nama J.F Morten..iaitu Pesuruhjaya Tanah pada tahun 1920an

Kalau rasa-rasa nak menambah tempat melawat sekitar Melaka..tempat ni memang sesuai..kampung tengah bandar ni memang nampak unik..lagipun kerajaan negeri memang jaga sangat kampung ni ..

Kalau nak menginap kat homestay kampung ni pun boleh...manalah tahu teringin nak tidur kat rumah kayu dalam bandar kan..
rumah melaka replika ni memang idaman kakak la...macam main pondk-pondok agaknya dia rasa...

mak dan ayah...kat tangga rumah orang....

kami ramai-ramai beriadah petang tu

tuan punya blog nak tumpang sekaki juga bergambar

sebelah kiri kawasan kampung..sebelah kanan sungai melaka..sebelah sungai melaka bandar dah..

Dec 1, 2013

golden straits villas beach resort port dickson

Saya dan adik ipar bersama keluarga masing-masing ke sini... mandi laut bersama anak-anak...seronok sangatlah kan...maklum le dah tua-tua gini mandi laut ...bukan main le seronoknya ..hihihi,,kami menyewa apartment 3 bilik..RM 350 satu malam...oklah setakat nak bermalam...

kalau nak mandi kolam kat bawah apartment pun ada....tapi kalau nak mandi laut kenalah melintas jalan.. tepi pantai agak bersih..walau tak dinafikan ada juga tangan-tangan gatal yang membuang sampah..huhu

kami ke sini dua hari satu malam je...tapi biasalah musim cuti sekolah...orang ramai...anak-anak saya sangatlah teruja mandi laut..last mandi laut kat tanjung aru...kali ni pergi dengan sepupu sepapat....lain macam keterujaan masing-masing..


bila gi PD saya teringat dulu saya PRAKTIKUM kat SMTPD.. 10minggu berulang hampir setiap minggu PD ke Melaka...masa tu baru seminggu kawin..hihi..naik motor baik punya..berhujan panas ..demi sebuah cita-cita..


kakak zuyyin tak habis-habis nak ejas pelampung ...

posing lah jugak... guna kamera hp..


ikan duyung montel

inilah makna teruja terlampau


kat bilik pun dengan pelampung ni jugak


papa nak jugak....kui kui

Nov 29, 2013

KENDURI ARWAH ATUK

Balik kali ni mak buat kenduri untuk arwah atuk...setahun je atuk duduk rumah mak .setahun jugalah sempat mak dan ayah menjaga atuk di hari-hari terakhirnya...meninggal pada usia 95tahun di malam Jumaat yang penuh barakah...semoga Allah menempatkkan atuk di tempat orang2 yang diredhainya...AMIN

kali ni kenduri rumah mak semua kami adik beradik dapat berkumpul...lebih kurang 2 tahun kami tak berkumpul bersama...saya di Sabah..adik nombor 2 di German..adik bungsu di Johor..merata kami adik beradik...bila semua dapat berkumpul indah terasa hubungan kekeluargaan..persaudaraan sedarah sedaging..

Mak masak nasi lemak je malam tu...kenduri lepas isyak.. nasi lemak kukus, sambal udang, sambal ikan bilis, ayam goreng berempah, kuih seri muka, buah oren.. air teh susu.. emmm.. yang lucunya.mak beli santan siap dari kedai..ingat nak mudahkan kerja..sekali santan dah bau lain macam..terpaksalah juga mesin kelapa sepuluh biji..perah santan baru... santan yang beli tu goreng je buat minyak kelapa..dan tahi minyak..huhu




tahlil

dari kiri..ucu amin..along..mak uda..pak ngah

kami 4 beradik..2 lelaki 2perempuan..selang bunga..


kira mak long kanan mak... sepupu ..sahabat selamanya...

mak dan anak2nya..mak paling gembira bila semua anak-anak ada di sisi

tahun depan Insya Allah adik kat German balik semula ke Malaysia selepas habis bertugas kat sana... kalau ada rezeki harap-harap raya nanti dapatlah kami bersama-sama..

Nov 28, 2013

BALIK KAMPUNG CUTI HUJUNG TAHUN

Tahun ni saya balik agak lambat ..menguruskan peperiksaan SPM..walaupun jadual bertugas sepanjang peperiksaan telah pun disediakan..risau juga nak balik awal..manalah tahu ada apa-apa masalah...terpaksa susahkan orang lain pulak..jadi langkah selamat saya tunggulah selagi boleh...

Seperti dijadualkan penerbangan kami lebih kurang jam 1:15 petang.. tapi awal pagi lagi kami dah bertolak dari Keningau.... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..penerbangan ok..sampai rumah mak lebih kurang pukul 7 malam... :) ..gembira anak-anak dapat balik kampong..semoga cuti kali ni semua sihat...dapatlah kami berjalan ..kalau tak jadi penunggu rumah sebab sakit bersambung-sambung...dari papa..mama sampailah anak2...semua nya tak berapa nak tahan kalau beralih angin.... :(


sampai dah terbaring-baring anak dara mama tunggu flight

sempat bersarapan


seronok la tu...

melayan movie...

Oct 5, 2013

Mari mewarna

Kalau beli buku untuk anak-anak tak sahlah kalau tak de gambarkan...dan bila berkaitan kanak-kanak tak sahlah kalau tak mewarna......kat rumah ni kakak Nur Zuyyin memang suka sangat mewarna...sampai saya tak tahu berapa banyak dah warna saya belikan dia...dari warna pensel, crayon , warna air. magic color . Kalau warna pensel tu entah berapa kotak tak taulah.. yang 12..24.. 16 batang.. yang pendek yang panjang..Akhirnya kotak pun hilang ..bila dah bersepah-sepah sana sini..mama ambik bekas besar masuk semua dalam tu...bila nak pakai angkut je bekas besar tu...semua ada..hihi

Masa mula-mula dulu ariq memang ada masalah nak pegang pensel..jari dia macam tak berapa kuat je mama tengok masa pegang pensel...tulisan jangan haraplah...asal boleh je dia tulis...tapi bila dah selalu buat akhirnya ok dah dia pegang pensel tu...bila dah selalu seronk pulak dia...suka bila hasil kerja dia cantik .....(cantiklah untuk umur budak 4 tahun ..hihi)  


ni hasil ariq mewarna..oklah kan budak tecit 4 tahun ni mewarna

yang ni kakak montel warna..oo yer yang bintang2 tu mama kasi..ala2 cikgu tadika..hihi

seronok bila anak-anak dah besar...suka tengok perkembangan budak-budak ni

Oct 1, 2013

Perkembangan anak-anak

Kakak Nur Zuyyin 4 tahun 11 bulan



Yeayyy bulan depan kakak dah masuk 5 tahun...yer 5 tahun dah anak daraku...yang tembam ..yang manis..yang montok...

Kakak sekarang dah pandai buat banyak perkara sendiri..mandi..pakai baju..makan...semua dia urus sendiri..cuma kadang-kadang datang manja dia.."mama nak dukung".. aiiyoo.. kalau ada kerja sekolah pun lekas2 dia bagitahu..dan dia sangat seronok bersekolah..

dia pun dah tahu ikut peraturan kat rumah..bila main mesti kemas..bila makan atau minum mesti letak pinggan atau cawan kotor dalam sinki..sampah mesti buang dalam tong sampah..lepas keluar bilik air pintu mesti tutup..masa belajar dan mengaji tv mesti tutup.. lepas belajar buku2 mesti kemas..

kakak tak banyak mulut..tapi kalau start bercakap boleh tahan jugak nak melayannya..kalau tidur kaki masih lagi singgah kat pinggang mama..tak pun mesti pegang mama sikit..sebab tu mama panggil dia kembar siam mama..

cerita kegemaran kakak sekarang Sofea The First.. dah request nak birthday cake sofea..mana mak kau nak cekau ni..

paling suka mewarna...bab mewarna memang kemas..math pun boleh tahan..mengaji dan sampai 2 huruf bersambung...

berat badan 23kg... mmm booolat..bab makan memang susah nak kawal budak ni..terpaksa cerita panjang kat dia..kenapa tak boleh makan banyk..kenapa mesti makan sayur..Alhamdulillah sekarang suka dah makan sayur...tapi yang tertentu jelah..paling suka sawi bunga manis tu.. makanan kegemaran masih lagi kentang..apa sajalah kalau dimasak kentang tu semua dia suka..(bahana mama dia asik kasi kentang lecek masa baby..hihi)




Adik Ariq 4 tahun 3bulan



Ada satu hari tu dia balik sekolah mama tanya dia...

Mama : ariq belajar apa hari ni?
Ariq : belajar warna2 ikut nombor..
Mama : Ariq buat ok tak?
Ariq : Ariq tak siap pun...kawan2 lain semua siap..ariq je tak siap
mama : kenapa ariq tak siapkan
Ariq : ala...tak siap pun tak pe...pun boleh jugekkk
Mama : (mula naik hantu ..dalam hati bintat jerk) 

dia balik sekolah je..kena marah dengan papa..kena denda tak boleh tengok tv..pastu kena siapkan buku2 yang mama beli kat rumah..bukan kiasu sangat tapi saya tak suka sikap sambil lewa dia..saya tak mahu dia ambik ringan bab tanggungjawab..lepas 2 minggu kena train ok dah ..semua kerja lancar.. tulisan pun makin baik..

perkataan mudah dua suku kata dia dah boleh baca dah..dia ni memang ada peel kalau dia nak sesuatu balik2 dia tanya..tapi bab menulis dan mewarna dia memang tak minat...tapi lepas kena marah hari tu sekarang dah suka menulis dan mewarna..paling suka math la...tekun kalau buat kira2...rasanya rata-rata kanak-kanak suka math kot..sebab bila saya tanya anak kawan2 pun macam tu jugak

mengaji dah baca sampai 5 ke 6 huruf bersambung...yang ni memang boleh dipuji..surah pun dan hafal 6 surah pendek..tahun depan ajar solat boleh lah dia baca  surah2 pendek..

mengurus diri..bolehlahh ...mandi ..pakai baju..tapi nak cepat je...kalau mandi kena check balik..kadang-kadang buih kat badan ada betompok tak kena bilas..mana taknya kepala ingat tv je..pakai bedak pun becapuk-capuk..

yang selalu buat saya ketawa dengan adik ariq..

Ariq : mama kalau mama dah tua ariq jaga mamakan...kalau ariq dah tua siapa nak jaga ariq?
Mama : anak ariqlah..
Ariq: siapa tu??? (buat muka paling heran)

Kakak ambik buku serangga ..

Kakak : Ariq ni apa? (tunjuk gambar serangga)
Ariq : ni kala jengking ( betul dah kala jengking)
Kakak : ni apa
Ariq : kala jengka (dah tak tau dia auta kakak dia
Kakak : yang ni?
Ariq : kala jengkung (paling auta)

Kalau kakak tanya adik ariq tak pernah gagal memberi jawapan...betul salah belakang kira...yang kakak pun lurus bendul percaya adik dia punya auta


mamasayangkamu

Sep 25, 2013

TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3 SPM 2013

Memandangkan Sejarah merupakan subjek WAJIB lulus tahun ni..saya serta kan link untuk mendapatkan tema umumnya.. good luck SEMUA


TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3 SPM 2013


Sep 11, 2013

Api-Api Steamboat and Grill Melaka

Sebelum ni pernah tengok dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan gi kat sini...jadi masa cuti raya baru ni adik ipar cadangkan kami ke sini..jadi pada suatu malam hari raya yang indah kami pun ke sini 3 keluarga.. semua sekali 6 orang dewasa.. + 5kanak-kanak..

Alamat
 
Barbecue Restaurant ni dibuka setiap hari..terletak di Taman Lagenda ..bertentangan dengan Jusco baru..yg dekat Tesco tu.. orang memang penuhlah...


Konsepnya

Sama macam restoren barbecue yang lain...steam dan grill sendiri..

Apa yang menarik

Makanan yang disediakan memang banyak pilihan.. satu kepala RM25 sahaja (kadang2 ada promosi tertentu..) makan lah seberapa banyak boleh makan...tapi kalau ambik tak makan dalam erti kata lain membazir akan dikenakan RM30 setiap pinggan yang dibazirkan...jadi kita ambiklah ikut bajet perut kita kan...memanangkan kalau makan yang berprotein tinggi ni menyebabkan kemuakan...jadi tak delah makan banyak sangat...

 Tapi kat sini bukan ada tu saja...ada jugak makanan lain..nasi..bubur..mee segala jenis..dan aiskrim dan pencuci mulut lain...tapi saya makan tak banyak pun..mengah giler ..

Berbaloi ke tak..?

 Bagi saya berbaloi sangatlah...seronok kalau datang dengan famili ramai-ramai.. sambil masak..sambil makan ..sambil bebual..sampai kenyang..

masa baru sampai...semangat lebih memanggang

separuh jalan...mama dah kenyang

tengok dah kenyang ...apalagi senyum meleret ler

macam perlu ke minuman berkarbonat...kalau tak memang agak muak makan protein banyak

udang dan ayam sedap...sotong pun ok jugak

          
ikut suka lah nak buat macam mana pun...ikut tekak anda jelah



Sep 7, 2013

RAYA 2013

Alhamdulillah...raya kali ni dapat balik kampung beraya bersama keluarga tersayang...yang paling gembira tentunya anak-anak..first time tahu erti berhari raya...tahun lepas raya kat Keningau..memandangkan cuti raya bersambung dengan cuti sekolah jadi memang berbaloi sangat kalau balik kan..

Kami balik 5 Ogos..tiket jam 11.30... huuu penerbangan terakhir..hot seat kosong je...jadi lega jugalah dalam flight..boleh pindah kat tempat lain bagi selesa sikit..setakat ni tak pernah lagi balik tiket last...selalu jarang ada seat kosong

Balik kampung ni dapat jugalah merasa puasa dua hari kat kampung...sehari bukak puasa dengan famili suami..sehari lagi buka puasa dengan famili saya..


persiapan raya

tahun ni menu raya mak ~ ayam masak rendang, kari daging, lodeh, serunding, sambal kacang keupat nasi dan ketupat lemak (special request dari suamiku)

8 hb raya pertama dapatlah bersembahyang raya...seronok rasa..dah berapa tahun saya tak dapat gi sembahyang raya..saya bawa nurzuyyin..papa dia bawa ariq...

pastu balik rumah bermaafan sesama keluarga..pastu melayan tetamu dekat 200 orang rasanya..yang jadi ramai datang tu sebab atuk ada dengan keluarga kami...jadi kalau ada orang tua ni ramailah yang datang menziarah


oklah ni gambar sekitar raya hari tu....gambar banyak tapi malas nak upload...haha

dua beranak..

muka kakak dah penat..haha

senget...gambar raya main tangkap muat..

balik rumah atuk kat sri menanti..ni kerja dia..layan motor tua atuk

anak buat terkini mak long..Puteri Muslimah

kat rumah ucu sebelah suami...meriah betul masa ni

yang masih bujang

malam raya...

kuih yang tidak dibuat ..ditunjuk-tunjuk sahaja dikatalog ..

gambar ni sengaja mama masukkan sebab ariq sangat terpuji pakai baju melayu dengan samping sampai ke petang tak bukak-bukak...raya habis anak mama

masa kat rumah atuk hari tu...

Aug 23, 2013

ARIQ dulu dan sekarang

Dulu...

Kalau dia buat nakal mama marah dia...dia akan cakap

"Mama terlalu besar...nak marah ariq yang terlalu kecil"



masa 3 tahun



Sekarang...

Kalau dia buat nakal mama marah dia...dia akan cakap

"Mama dah 36 tahun...nak marah ariq yang baru 4 tahun"...

masa 4 tahun

adoilahhhh



Jul 13, 2013

Perkhemahan Pengakap

Minggu lepas budak-budak pengakap ada perkhemahan dengan geng sekolah lain dan juga budak kelana..mama jadi guru pemantau..jaga mereka ikut giliran.. Itulah jadi cikgu ni...dari merentas desa .bersukan berkhemah berdebat berkoral berhari terbuka semua cikgu kena handle.. tapi kalau tak de semua aktiviti tu sunyinya kerjaya guru..

Maka pada hari kejadian bawalah sekali anak-anak untuk beriadah ...budak-budak ni puas ikut program sekolah menengah..padahal baru tadika...kalau tak dibawa siapalah pulak nak menjaga mereka kan...tapi bila dah selalu join program sekolah mama mereka pun suka juga...sebab sekolah tadika sekolah rendah dan menengah semuanya dalam satu kawasan jadi mereka dah selalu jumpa budak sekolah menengah ni..kenal abang itu dan kenal jugak kakak yang ini...riuh..

Perkhemahan kali ni kat Kampung Banjar...tahun lepas berkhemah ada yang histeria kat sini..mungkin ada keras sikitlah agaknya tempat ni...tapi kawasan kampung yang cantik...suka saya tengok..maklum le berumah di taman jarang masuk kampung..

Masa pergi tu ariq siap bawak kanta pembesar lagi...dia ingat nak gi manalah agaknya ye..

yang ini bawak teropong papa dia...nampak ke tu..

lepas bebas...sukanya masing-masing

ni abang-abang dan kakak-kakak pengakap baru balik dari aktiviti mengembara

main kemuncup je pun...suka nau ~ suka gambar ni
ariq cakap dengan papa...papa mari kita main kacang uncuk...puas mama dengan papa fikir apa lah agaknya kacang uncuk tu...rupanya kemuncup...orang sabah panggil kemuncup ni "rumput sundal"  daring giler nama hihi

sukanya anak beranak ni dengan teropong dengan kanta pembesar...adoilah

barisan khemah
wajahwajah kesayangan hamba