Dec 11, 2013

KAMPUNG MORTEN

Sebenarnya tak de perancangan pun nak ke sini...hari yang tu sepatutnya kami ke Taman Mini Malaysia...tapi tak ade rezeki nak ke sana..sebab hujan lebat sangat-sangat..memandangkan hari dah nak petang pun..kami terus pergi Api-api steamboat..makan kat sana... balik dari sana baru singgah ke Kampung Morten ni...Kalau naik River Cruse memang lalu kat Kampung Morten...suasana malam kat sini memang cantik

Kampung Morten terletak lebih kurang 15minit perjalanan dari Banda Hilir..bersebelahan dengan Sungai Melaka..dinamakan Kampung Morten bersempena dengan nama J.F Morten..iaitu Pesuruhjaya Tanah pada tahun 1920an

Kalau rasa-rasa nak menambah tempat melawat sekitar Melaka..tempat ni memang sesuai..kampung tengah bandar ni memang nampak unik..lagipun kerajaan negeri memang jaga sangat kampung ni ..

Kalau nak menginap kat homestay kampung ni pun boleh...manalah tahu teringin nak tidur kat rumah kayu dalam bandar kan..
rumah melaka replika ni memang idaman kakak la...macam main pondk-pondok agaknya dia rasa...

mak dan ayah...kat tangga rumah orang....

kami ramai-ramai beriadah petang tu

tuan punya blog nak tumpang sekaki juga bergambar

sebelah kiri kawasan kampung..sebelah kanan sungai melaka..sebelah sungai melaka bandar dah..

No comments: