Sep 25, 2012

NOVEL PILIHAN

membaca adalah hobi sejak dulu..masa kecik buku pertama yang berjaya saya habiskan ialah sebuah novel pendek tentang kisah-kisah nabi..ada 25 siri ..semuanya saya baca..pinjam dengan perpustakaan sekolah. Dan kisah pertama yang saya baca ialah kisah Nabi Muhammad S.A.W..masa tu darjah 3..

lepas  tu siri penyiasatan Nancy Drew ..tak ingat dah berapa banyak saya baca
ada banyak siri ...penyiasat tiga sekawan

lepas tu..masuk darjah 4 saya jadi pembantu perpustakaan sekolah..waa..kebanjiran buku ..sangat seronok..pantang proses buku baru..saya cop dulu..hehe..

masuk sekolah menengah mulalah baca novel remaja..Budak Sertan..Bunga Jantan..banyak lagilah cerita2 Ahadiat Akasyah..

ada beberapa novel masa sekolah yang saya suka baca sehingga ke hari ini..antaranya

Badai Semalam karya Khadijah Hashim...ntah berapa kali saya ulang..sampai dah boleh cari bahagian-bahagian yang saya suka di muka surat mana...watak Mazne..Karim..Zaki..sentiasa bermain di kotak fikiran..haha ..lorat
buku yang saya baca dulu terbitan dulu-dulu..yang ni baru..

lepas tu saya gile baca cerita karya Abd Talib Hasan~ (biasa pinjam kat Perpustakaan Bergerak yang datang seminggu sekali..)

Pelarian..juga berapa kali sudah saya ulang..saya suka karya Mutalib Hasan kerana prinsip penulisannya begitu kena dengan jiwa saya..tidak melebih untuk setiap watak..rasional dan misteri ..
secara peribadi saya suka baca buku tulisan penulis lelaki..nampak lebih realistik bila menulis..bukan idealistik..hehe
baca buku ni masa tingkatan 3

Sutera dalam lukisan karya Abd Talib Hasan juga menjadi pilihan...tak sangka pulak novel ni jadi novel subjek sastera 2011. Mungkin kerana ada unsur motivasi dalam novel yang ingin diketengahkan

Korban Kasih...novel yang menuntut pengorbanan air mata yang tak berkesudahan..sedih ..menangis sampai bengkak mata..kisah kasih keluarga dan pilih kasih dalam keluarga memang begitu mudah menyentuh jiwa saya.. Karya Fatimah Saidin

Bila Sena Kembali Berbunga..ini adalah novel pertama yang saya beli..kedekut ek..biasa pinjam di library atau dengan kawan-kawan je.
novel ni pun ok jugak..kegagalan akan membawa kepada inspirasi untuk berjaya..gagal bercinta, gagal dalam pelajaran akhirnya bangkit semula mencari jati diri..saya suka..

Masa kat U dulu suka baca novel Inggeris.. yang masih saya ingat adalah karya Judith Mc Naught..yang ini adalah yang paling saya suka


baca sampai tengah malam sebab tebal giler..kisah remaja yang jatuh cinta terlanjur ..kawin..berpisah dan bertemu semula selepas 10 tahun..best..siap ada tentangan keluarga ala2 hindustan gitu..haha

banyak juga novel melayu yang saya baca..tapi tak berapa melekat di hati..kalau cerita pasal anak datuk..tan sri..hero hensem giler..heroin cun habis..oo sangat ideal bunyinya..jadi saya rasa macam sama je walaupun tajuknya berbeza..
novel ni saya ada beli
cerita ni pun cerita romantik ..cerita lama..tentang cinta selepas kawin..sorang English..sorang Scotland..masing2 membenci tapi akhirnya mencintai bila mengenali...ada banyak insiden yang berlaku yang buat kita rasa syok gitu...haha

selepas bekerja saya makin kurang membaca novel..mengadap buku budak lah pulak kan...
tapi ada satu teks satera tingkatan 5 yang buat air mata saya jatuh bila baca ..


kisah perjuangan anak miskin untuk mencari kejayaan dalam hidup ..kebun nenas..paya dan lurah ..dengki khianat kaum sebangsa..cinta yang tertinggal angkara kemiskinan bangkit semula..menjadi orang yang di segani..mencari semula kenangan yang lupt dan restu ibu untuk memperisterikan anak bekas musuh ibunya..ohh..puas hati...karya Ismail Kasan

dan cerita terbaru yg meninggalkan kesan di hati ialah


santai tapi banyak mesej tersembunyi..sindir dalam diam..memandu dalam sopan..banyak peringatan yg dapat di ambil walaupun ia sebagai rujukan untuk watak sahaja tetapi terasa seperti untuk orang yang membaca pula..novel cinta islamik..

2 comments:

CiK N LiFe said...

Jaja & din mmg best giler dila hihi..dila dh baca ketika cinta bertasbih? Pon best! :)

nordee said...

angah..ketika cinta bertasbih belum lagi dila baca..memang teringin sangat