Nov 13, 2009

zaman rock kapak

masihkah anda ingat dengan lagu sentuhan kecundang ekamatra...atau lagu pusara di lebuhraya...atau lagu Penantian dari kumpulan Blackrose..haha..saya membesar di zaman remaja dengan lagu2 ini...(ternyata saya sudah tidak berapa muda lagi)..masa sekolah dulu memang saya agak giler jugak mendengar lagu...maklum lah..masa tu mana ada internet kan....lagu adalah hiburan paling menangkap sekali..

setiap kali kalau saya dengar lagu-lagu lama saya boleh senaraikan dengan rentetan kenangannya..

dulu masa sekolah menengah saya naik bas ke sekolah...sama ada bas dak tiew..atau bas apek atau bas dak chin..dan dalam bas ni lagu2 rock memang akan dipasangkan dengan kualiti bunyi yang agak mengagumkan..suasana pagi yang nyaman dan dengar lagu mendayu rock zaman tu memang "layan" arr..kekadang ada kawan-kawan yang sanggup round dari umbai...pergi bukit meta..pusing balik umbai ke sekolah kami di Pulai...semata2 nak dengar satu kaset habis lagu dalam bas tu...dasyat tak...haha..

lagu bunga larangan dari UG14 atau Umpama Mimpi dalam Mimpi kumpulan Damasutra...memang sangat saya layan ketika itu


dan saya masih ingat lagi lagu Sampai Hati dari kumpulan Spring berkumandang kuat masa Hari Sukan Sekolah semasa di Tingkatan 4...mendengar lagu Sampai Hati sekarang ini yang terlintas di kepala saya adalah kenangan Sukan Sekolah itu jugaklah..kenangan bermulanya saya minat giler ngan laki saya sekarang ni...pergh...memang kelakau

dan masih saya ingat lagi Lagu Kasih Sufi yang dinyanyikan oleh Azam Mamat kawan sekelas saya yang agak sedap suaranya iteww..dulu masa BM form 5 cikgu kami Cikgu Rahim Ali memang rajin suruh kami nyanyi kat depan kelas..antara aktiviti untuk menghilangkan kebosanan masa belajar...emm..rindunya kenangan itu

dan masih saya ingat lagi bila ada senior yang kononnya minat kat saya menyanyikan bait-bait lagu " andai diberikan emas permata..kupilih senyumanmu" untuk saya beserta kad yang dikirim melalui kawan sekelas...dan akibatnya saya digelakkan oleh kawan2 baik waktu tu...betapa saya merindui semua itu ...dan kenangan itu terungkap semula bila mendengar lagi lagu2 rock...yang saya suka sampai sekarang


lagu ni saya suka sesangat

Hakikat Sebuah Cinta..IKLIM

Aku adalah insan yang tak punya

Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia
Pujangga menyatakan
oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta
di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintamu
terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan
Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainyaT
iada harta dan cinta

4 comments:

naz ilyn said...

salam ziarah... teringat zaman muda-muda dulu.

santalia said...

Ingat masa konsert 'Battle of the band' dapat bergambar dg Ella dan Nash.

Azman Bin Sulaiman said...

Lagu-lagu tu dalam fingertip saya, kalau petik gitar tu sampai berdarah jari beb nak mengabis koleksi rock kapak tu...

apek said...

hahahaha.. kau buat aku rindu semua tu dila... semua ingatan tersebut terjah kembali ke minda aku... best bangat