Jun 19, 2009

Dalam Kenangan


bersama teman rapatnya..

hari guru tahun lepas...ceria sekali

karen..asrul..dan diva kami

dan gambar ini membuat air mata saya gugur lagi




Ahad lalu 14 June 2009 saya mendapat berita ini dengan perasaan yang tidak percaya...tertanya-tanya...habis semua kawan2 saya telefon meminta kepastian...dan akhirnya saya harus menerimanya sebagai lumrah kehidupan...yang hidup sudah ditentukan masa matinya...dan saya redha akhirnya..

Mengenali beliau merupakan saat yang sangat manis di sekolah...mula2 saya posting di SMSFX antara yang begitu peramah menyambut kehadiran saya adalah dia...dan sejak itu kami agak rapat...selalu mengatur masa ke kantin bersama..bercerita..bergossip..bergurau..menimba pengalaman bersama-sama..

Dia adalah guru yang paling popular di sekolah...saya tak ingat berapa kali dia mendapat guru paling popular + garang di sekolah...tahun lepas pun dia masih menjulang anugerah yang sama..sangat disenangi pelajar..menghasilkan pelajar A untuk subjek ERT dengan ramai sekali setiap tahun..dan hampir setiap tahun juga membawa keputusan 100%

Sebagai sahabat saya mengaguminya kerana dia begitu periang sekali..jarang menunjukkan kesedihan dan kesakitan..sentiasa memberi sokongan..memberi teguran membina dan menjadi orang tengah yang sangat cemerlang untuk menyampaikan hasrat guru2 kepada pentadbir sekolah....

Satu perkara yang sukar untuk saya lupakan..setiap kali pulang sekolah saya dan dia akan menunggu suami bersama2 dalam bilik guru...dan ayat yang akan keluar

"dila hari ni apa kau mau masak?"
"apa ada dalam peti sejuk kau"
"kau masak ini..ini..ini..lepastu kau tambah ini...kasi hidang didalam pinggan begini-begini..baru ngam"...detail betul guru ert nan sorang ni...dan dia adalah guru masakan saya yang sangat saya rindui

Saya tidak pernah melihat sekolah begitu murung sekali ..tapi pagi isnin 15 june itu tiada wajah gembira sesiapa pun di sekolah..hampir semua guru bengkak mata menangisi pemergian yang tidak diduga...melihat mejanya di sekolah yang tersusun kemas membuat fikiran saya jadi beku seketika...kelihatan juga pelajar yang murung dan mengalirkan air mata pada perhimpunan pagi itu ... sekolah kami menghabiskan sesi persekolahan seawal 11.50 pagi memberi ruang guru2 dan pelajar menziarahi keluarga beliau...kepada suami dan keluarganya...semoga tabah..cat..kau tetap dalam kenangan...kami merinduimu...