Jun 21, 2009
buah hati KAMI
ni ler buah hati kami...Olympus hubby punya..Nikon tu aku saja gatal nak jugak...walaupun tak le lengkap aksesorinya..tapi bolehlah memuaskan mata aku dengan hasilnya...tapi sekarang ni dah lama tak memetik..sesekali sempat le...tunggulah bila dah selamat melahirkan nanti....InsyaAllah..cuba mengeksperimen lagi..
Jun 19, 2009
Dalam Kenangan
Ahad lalu 14 June 2009 saya mendapat berita ini dengan perasaan yang tidak percaya...tertanya-tanya...habis semua kawan2 saya telefon meminta kepastian...dan akhirnya saya harus menerimanya sebagai lumrah kehidupan...yang hidup sudah ditentukan masa matinya...dan saya redha akhirnya..
Mengenali beliau merupakan saat yang sangat manis di sekolah...mula2 saya posting di SMSFX antara yang begitu peramah menyambut kehadiran saya adalah dia...dan sejak itu kami agak rapat...selalu mengatur masa ke kantin bersama..bercerita..bergossip..bergurau..menimba pengalaman bersama-sama..
Dia adalah guru yang paling popular di sekolah...saya tak ingat berapa kali dia mendapat guru paling popular + garang di sekolah...tahun lepas pun dia masih menjulang anugerah yang sama..sangat disenangi pelajar..menghasilkan pelajar A untuk subjek ERT dengan ramai sekali setiap tahun..dan hampir setiap tahun juga membawa keputusan 100%
Sebagai sahabat saya mengaguminya kerana dia begitu periang sekali..jarang menunjukkan kesedihan dan kesakitan..sentiasa memberi sokongan..memberi teguran membina dan menjadi orang tengah yang sangat cemerlang untuk menyampaikan hasrat guru2 kepada pentadbir sekolah....
Satu perkara yang sukar untuk saya lupakan..setiap kali pulang sekolah saya dan dia akan menunggu suami bersama2 dalam bilik guru...dan ayat yang akan keluar
"dila hari ni apa kau mau masak?"
"apa ada dalam peti sejuk kau"
"kau masak ini..ini..ini..lepastu kau tambah ini...kasi hidang didalam pinggan begini-begini..baru ngam"...detail betul guru ert nan sorang ni...dan dia adalah guru masakan saya yang sangat saya rindui
Saya tidak pernah melihat sekolah begitu murung sekali ..tapi pagi isnin 15 june itu tiada wajah gembira sesiapa pun di sekolah..hampir semua guru bengkak mata menangisi pemergian yang tidak diduga...melihat mejanya di sekolah yang tersusun kemas membuat fikiran saya jadi beku seketika...kelihatan juga pelajar yang murung dan mengalirkan air mata pada perhimpunan pagi itu ... sekolah kami menghabiskan sesi persekolahan seawal 11.50 pagi memberi ruang guru2 dan pelajar menziarahi keluarga beliau...kepada suami dan keluarganya...semoga tabah..cat..kau tetap dalam kenangan...kami merinduimu...
Jun 14, 2009
CIK YIN..BIBAH..dan MAK LILI
Disebabkan aku ni ada berbelas ekor kucing..maka anakanda tercinta pun suka jugak dengan minatang nih..hehe..dan yang peliknya kucing2 ni pun suka ngan cik yin...tidur pun nak join...tapi bila cik yin mula melalak semua lari..haha..bingit agaknya telinga..kat sini ada gambar mak lili(kucing paling tua kat rumah ni) bersama cik yin...sibuk nak join sama adalah bibah yang telah hitam telinganya akibat air liur cik yin dan sangatlah masham baunya..huhu
Jun 7, 2009
Mengapa Saya Perlu Bersyukur
masih boleh menikmati keindahan ciptaan Tuhan..
Setiap pagi ..setiap hari saya akan bangun dan mengingatkan diri sendiri mengapa saya perlu bersyukur..
* saya masih lagi hidup sebagai hamba Allah..muslim dan beriman
* saya masih waras untuk meneruskan kehidupan
* saya ada suami yang sayangkan saya
* saya ada keluarga yang memberi saya sokongan
* saya ada anak-anak yang memberi saya kekuatan
* saya mempunyai pekerjaan
* saya seorang guru yang berpeluang mendidik anak bangsa
* Allah memberi saya peluang menjadi ibu setelah 7 tahun menunggu
* saya ada berbelas ekor kucing yang sentiasa meminta perhatian saya
* saya mempunyai masa untuk menguruskan kehidupan
Setiap pagi ..setiap hari saya akan bangun dan mengingatkan diri sendiri mengapa saya perlu bersyukur..
* saya masih lagi hidup sebagai hamba Allah..muslim dan beriman
* saya masih waras untuk meneruskan kehidupan
* saya ada suami yang sayangkan saya
* saya ada keluarga yang memberi saya sokongan
* saya ada anak-anak yang memberi saya kekuatan
* saya mempunyai pekerjaan
* saya seorang guru yang berpeluang mendidik anak bangsa
* Allah memberi saya peluang menjadi ibu setelah 7 tahun menunggu
* saya ada berbelas ekor kucing yang sentiasa meminta perhatian saya
* saya mempunyai masa untuk menguruskan kehidupan
* saya bersyukur kerana masih mampu bersyukur...Alhamdulillah
Subscribe to:
Posts (Atom)