Alhamdulillah..tahun ni mak dan ayah dijemput menunaikan fardhu haji . Menunaikan rukun Islam ke lima. Mulanya hanya ayah yang dapat surat terpilih menunaikan haji..kesian mak ..menangis jer...sedih betul dia tak dapat surat..sebab mendaftar sekali dengan ayah dan bapa saudara dan mak saudara..tiba-tiba nama dia tak de..selepas buat rayuan dan kebetulan mak pun pergi guna pakej Alhamdulillah semunya dipermudahkan. Sebenarnya risau juga di hati sebab ayah ada gout yang agak menyukarkan perjalan nya nanti..dan mak pun bukannya kuat sangat nak menjaga ayah. Bersyukur saya kerana mak pergi dengan bapa saudara yang masih muda dan sihat.
17 Ogos hingga 30 september...Alhamdulillah urusan mereka dimudahkan. Syukur rasanya. Mudah-mudahan saya dan suami juga dapat menunaikanhaji dalam tempoh yang terdekat..dan sihat serta dapat mengerjakan rukun Islam kelima ini dengan sempurna. Amin
No comments:
Post a Comment