Dec 11, 2017

Trip Ke Pantai Timur

Bahagian 1 

Cuti hujung tahun ni kami bercadang ke Kelantan dan Terengganu. Saya hanya pernah ke Kelantan sekali dan ke Terengganu dua kali. Jadi cuti kali ni merancang bawa anak-anak ke sana. Sebenarnya ramai kawan-kawan yang ada di Kelantan dan Terengganu. Tapi disebabkan perancangan bercuti bersama adik ipar , segan pulak nak singgah sana sini jumpa kawan-kawan. Ikut sajalah perancangan yang telah dibuat.
Zuyyin, Ariq, Ahmad Shahmi dan mama

4 Disember 2017

Kami bertolak dari pagoh lebih kurang jam 3.30 pagi...berhenti di Muazzam untuk sembahyang subuh..berhenti di Gambang untuk bersarapan dan terus menuju ke Kelantan. Sampai di Kota Bharu lebih kurang jam 1.00 tengahhari. Makan tengahari di Restoren Cikgu Nasi Ulam. Sedang mengambil lauk-pauk tiba-tiba terdengar orang panggil "Kak Dilaaaa".. rupa-rupanya Ani..rakan satu sekolah masa mengajar di Sabah dulu. dulu Ani duduk sebelah meja saya masa di bilik guru..kawan mencurah segala perasaan dan hati..walaupun kami masih berhubung di whassap..tapi memang tak jangka akan jumpa dia..Ani pindah mengajar ke Kelantan pada 2011. Selepas dia pindah memang tak pernah berjumpa bertentang mata. 

Selepas makan di Restoren Cikgu, kami singgah melawat Istana Jahar. Cantik Istana ni..
seronok bersembang ...mudah-mudahan akan ketemu lagi...Ani
dari dalam Istana
                                       

cantiknya buaian tu kan.. 
                                                

contoh hantaran orang melayu untuk pertunangan (atau perkahwinan..lupa pulak)

Apa ntah Ariq ngan papa buat ni..mama pun tak paham



No comments: