Suka dia.... |
Dec 27, 2017
Pertandingan Hafazan
Haritu Ariq ada ikut pertandingan Hafazan di Kampung Sempang...penyampaian hadiah 16 Disember masa cuti sekolah....sebenarnya tak tau pun dia menang ke tidak...bila mama gi sekolah nak bayar yuran sekolah agama..ustazah bagitau dia dapat no 3....yeayy...ada juga no...
Dec 12, 2017
KOPITIAM KITA ROTI TITAB
Pagi esoknya kami bersarapan di Kopitiam Kita yang terkenal dengan Roti Titab...dulu pernah tengok dokumentari mengenai roti titab kat Majalah 3. Bila berpeluang datang sini...teruja lah jugakkan..
Walaupun orang agak ramai kat situ tapi layanan yang diberikan tiptop. Cepat sampai dan memang sedap..kena sangat dengan citarasa kami dan sangat-sangat mengenyang kan. Tuan punya kedai, Encik Wong pun peramah sangat melayan kami..
Walaupun orang agak ramai kat situ tapi layanan yang diberikan tiptop. Cepat sampai dan memang sedap..kena sangat dengan citarasa kami dan sangat-sangat mengenyang kan. Tuan punya kedai, Encik Wong pun peramah sangat melayan kami..
yummeh |
alamak...teringat-ingat rasanya |
ada juga makanan lain..ni apam pisang, kalau nak nasi dagang..kerabu...dan banyak lagilah..pun ada juga |
mak cik ni makan roti telur |
Trip ke pantai Timur Bahagian 3
Tok Aman Bali Resort
Sebelum sampai ke Tok Aman Bali Resort, banyak tempat yang kami singgah...singgah beli serunding daging di Tumpat...melihat sendiri tempat penghasilan serunding daging.
amboi...seronok nampak |
Dec 11, 2017
Trip ke Pantai Timur (Bahagian 2)
Bermalam di Kota Bharu..malamnya kami ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) mencari makan di sana.
Cuaca agak baik malam tu...bulan mengambang penuh..sesuai dengan nama Pantai Cahaya Bulan. Secara peribadi saya suka suasan di sini..nyaman..bunyi laut..makan sedap...kira cukuplah pakej untuk orang yang bercitarasa tak tinggi macam saya ni..hehe....sebenarnya bukan apa yang menjadikan sesuatu itu istimewa..tetapi dengan siapa itu yang mengubah suasana...
Makanan kat situ pun boleh tahan sedap dan harganya sangatlah berpatutan
bulan penuh |
Ariq dengan papa makan maggie ketam |
mama makan nasi goreng kampung |
mama..kakak dan papa |
Trip Ke Pantai Timur
Bahagian 1
Zuyyin, Ariq, Ahmad Shahmi dan mama |
4 Disember 2017
Kami bertolak dari pagoh lebih kurang jam 3.30 pagi...berhenti di Muazzam untuk sembahyang subuh..berhenti di Gambang untuk bersarapan dan terus menuju ke Kelantan. Sampai di Kota Bharu lebih kurang jam 1.00 tengahhari. Makan tengahari di Restoren Cikgu Nasi Ulam. Sedang mengambil lauk-pauk tiba-tiba terdengar orang panggil "Kak Dilaaaa".. rupa-rupanya Ani..rakan satu sekolah masa mengajar di Sabah dulu. dulu Ani duduk sebelah meja saya masa di bilik guru..kawan mencurah segala perasaan dan hati..walaupun kami masih berhubung di whassap..tapi memang tak jangka akan jumpa dia..Ani pindah mengajar ke Kelantan pada 2011. Selepas dia pindah memang tak pernah berjumpa bertentang mata.
Selepas makan di Restoren Cikgu, kami singgah melawat Istana Jahar. Cantik Istana ni..
seronok bersembang ...mudah-mudahan akan ketemu lagi...Ani |
dari dalam Istana |
cantiknya buaian tu kan.. |
contoh hantaran orang melayu untuk pertunangan (atau perkahwinan..lupa pulak) |
Apa ntah Ariq ngan papa buat ni..mama pun tak paham |
Nov 9, 2017
JAMUAN HUJUNG TAHUN SMKDD
Lain padang ...lain belalang...kalau di Sabah..biasanya jamuan kami buat waktu malam...tapi kat sini..buat untuk makan tengahhari...majlisnnya sederhana sahaja...tapi jamuannya meriah..
Tapi waktu paginya saya sangat sibuk sebab menguruskan persediaan SPM yang akan berlangsung 6hb November... macam lipas kudung jugalah sebab terpaksa kesana kemari. Bila kita berpindah ke tempat kerja yang baru..kita perlu belajar menyesuaikan diri...walaupun kerja guru itu tak banyak bezanya walau di sekolah manapun ..tapi budaya kerjanya tetap berlainan....
Apapun saya terima segalanya dengan cuba menjadi manusia yang sentiasa positif...mudah-mudahan..sifat positif itu membawa kebaikan pada orang lain dan kebaikkan itu kembali kepada saya semula.
Ok..ter off topic pulak...Jamuan kami dibuat di Hotel Equotorial Melaka...sama dengan Jamuan Hari Guru yang lalu...Alahmdulillah semuanya lancar sahaja.
Tapi waktu paginya saya sangat sibuk sebab menguruskan persediaan SPM yang akan berlangsung 6hb November... macam lipas kudung jugalah sebab terpaksa kesana kemari. Bila kita berpindah ke tempat kerja yang baru..kita perlu belajar menyesuaikan diri...walaupun kerja guru itu tak banyak bezanya walau di sekolah manapun ..tapi budaya kerjanya tetap berlainan....
Apapun saya terima segalanya dengan cuba menjadi manusia yang sentiasa positif...mudah-mudahan..sifat positif itu membawa kebaikan pada orang lain dan kebaikkan itu kembali kepada saya semula.
Ok..ter off topic pulak...Jamuan kami dibuat di Hotel Equotorial Melaka...sama dengan Jamuan Hari Guru yang lalu...Alahmdulillah semuanya lancar sahaja.
saya..kak zana...ustazah alinah...fazrin |
sebahagian daripada pencuci mulut |
rojak dan rendang daging...rendang ni memang sedap |
Maiza (guru PK)..Farah..cikgu seni dan Safrina..cikgu PJK |
SAMBUTAN HARIJADI MAK KE 60
Sempena ulangtahun mak yang ke 60 uncle Amin belanja kami makan...tapi tak cukup korum ..papa tak de...dia gi Jamboree kat Negeri Sembilan...adik no 2 pun tak de sebab bertugas di Korea... jadi kami-kami jelah....yang ada dalam gambar ni. Harapan dan doa..semoga mak sihat dan gembira meniti usia tuanya...sentiasa berkasih sayang dengan ayah yang kami kasihi...sentiasa lancar urusannya dan sihat tubuh badannya
Terima Uncle Amin...sebab belanja |
Bila ada makan-makan macam ni...yang paling gembira ialah...cucu-cucu ...bayangkan kalau tak de kanak-kanak...mesti sunyi kan.... |
sayang mak...sayang ayah |
Oct 31, 2017
Apa Yang Best di Kampung
Sebelum saya cerita apa yang best kat kampung...saya nak cerita betapa leganya bila tak perlu lagi beli tiket flight setiap kali nak balik raya..atau balik hujung tahun..taak perlu lagi cari teksi dari Keningau untuk ke airport dan minta orang ambil kat KLIA sebelum sampai ke Melaka..Argh..16 tahun saya dah buat benda tu...dah jadi jemu...nak-nak kalau tiket tak de...atau tiket percuma yang kerajaan bagi tiba-tiba tak dapat sebab terlambat mohon..stress tau..Tapi tahun ni semua benda-benda tu dah boleh keluar dari senarai semak perkara yang perlu dibuat setiap tahun
.
Apa yang best kat kampung
MAKAN....
hehe...sebab apa je yang saya suka makan sebelum ni ..yang terpaksa menahan selera sebab kat Sabah tak de benda tu..sekarang boleh dapat dengan mudah...antaranya
-nasi lemak...kenapa nasi lemak? sebab nasi lemak kat kampung ni saya rasa sedap sangat...nasi lemak dari santan kelapa yang masih ada serdak...nasi tu bukan warna putih gebu tapi warna sikit kecoklatan sebab ada serdak santan kelapa...rasa dia..walawehhh...sedap betullah kat tekak...teringat zaman kecik2..kalau nak beli suruh Ariq je pergi beli sebab kedainya kat depan rumah je.
-kuih koci- ya...saya ialah penggemar kuih koci...kuih koci melaka saya rasa sedap betul berbanding dengan tempat lain..lembutnya..lemaknya..manisnya.. pergh
-kuih keria.. kuih keria melaka sedap sebab gulanya adalah gula melaka..rasanya tak terlalu manis..lembut dan tekstur nya..ok...air liur nak meleleh dah...hahaha
-kuih seri muka- kuih seri muka kat melaka dia punya tepung hijau yang kat atas tu memang mewah lah rasa lemak dan pandan nya tu..lepas tu pulak pulut kat bawah tu ada rasa lemak2 masin sikit..memang terbaiklah..ok terlebih puji dah ni.
SUASANA
kat kampung suasananya nyaman je...dulu duduk taman perumahan agak terbatas ..suka ronda-ronda kampung tengok orang bersihkan halaman rumah
MEMBELI BELAH
melaka memang banyak pusat membeli belah dan pasaraya untuk menghabiskan duit..hahaha..
dating kat kampung...hehe |
Pantai Siring.. |
halaman rumah |
Gambar ni masa Ramadhan tahun ni |
KESUKAAN anakku ini |
Oct 3, 2017
Mak dan Ayah ke Mekah
Alhamdulillah..tahun ni mak dan ayah dijemput menunaikan fardhu haji . Menunaikan rukun Islam ke lima. Mulanya hanya ayah yang dapat surat terpilih menunaikan haji..kesian mak ..menangis jer...sedih betul dia tak dapat surat..sebab mendaftar sekali dengan ayah dan bapa saudara dan mak saudara..tiba-tiba nama dia tak de..selepas buat rayuan dan kebetulan mak pun pergi guna pakej Alhamdulillah semunya dipermudahkan. Sebenarnya risau juga di hati sebab ayah ada gout yang agak menyukarkan perjalan nya nanti..dan mak pun bukannya kuat sangat nak menjaga ayah. Bersyukur saya kerana mak pergi dengan bapa saudara yang masih muda dan sihat.
17 Ogos hingga 30 september...Alhamdulillah urusan mereka dimudahkan. Syukur rasanya. Mudah-mudahan saya dan suami juga dapat menunaikanhaji dalam tempoh yang terdekat..dan sihat serta dapat mengerjakan rukun Islam kelima ini dengan sempurna. Amin
17 Ogos hingga 30 september...Alhamdulillah urusan mereka dimudahkan. Syukur rasanya. Mudah-mudahan saya dan suami juga dapat menunaikanhaji dalam tempoh yang terdekat..dan sihat serta dapat mengerjakan rukun Islam kelima ini dengan sempurna. Amin
Jun 30, 2017
HARI RAYA AIDILFITRI
Sambutannya sederhana sahaja...tapi meriah ..Anak-anak dapat berpuasa dengan baik...
Tema tahun ni warna biru...
May 25, 2017
SELAMAT HARI GURU 2017
Selamat Hari Guru untuk warga pendidik. Sehingga ke hari ini saya merasa sangat bahagia menjadi guru. Tidak pernah terlintas langsung rasa menyesal atau kecewa. Walaupun bukan manisnya sahaja yang dirasa setiap hari, namun rasa pahit dan masamnya menjadi penyedap bila kenangan itu diimbas semula
Saya menyambut buat kali pertamanya di sekolah baru. Dengan tema hijau..teringat tahun lepas masa di SMSFX.. tema watak dalam movie..meriah gila..... di sini sambutan sederhana sahaja ..tetapi tetap meriah. Menjadi guru baru berpindah haruslah pandai membawa diri. Kata orang masuk kandang kambing mengembek..janganlah pulak mengaum macam harimau..hihi. Saya terima semuanya seadanya.
Rakan guru di SMKDD |
Hadiah dari pelajar |
Bersama Safrina dan Rahana |
Bersama pelajar addmath 5 Kenanga ..Ain |
Feb 1, 2017
Permulaan yang baru
Selepas hampir 15 tahun berada pada situasi dan rutin yang sama..sampai masa kita rasa kita perlukan titik perubahan dalam kehidupan. Nampaknya permohonan saya untuk berpindah tahun lepas dapat direalisasikan pada tahun ini. Macam-macam perasaan yang ada bila mengetahui permohonan untuk berpindah ke kampung halaman berjaya.
Terlalu banyak perkara dan benda yang perlu diuruskan..serahan tugas..urusan kargo..pertukaran sekolah anak anak..prosedur bawa kucing pulang ke semenanjung. ..clearkan rumah untuk pulankan kunci pada tuan rumah..dan macam-macam lagi hal remeh tetapi tetap juga perlu diuruskan
Subscribe to:
Posts (Atom)