Ariq kata.."mama cikgu ariq tu lembut saja"
Mama kata " mama ariq lembut tak?"
Ariq kata "tak pun"
Papa senyum-senyum pandang mama...haha
Ternyata mama garang macam singa..
Sebenarnya selepas ariq cerita dia ada ibu tu..hati saya macam tak sedap..saya dapat rasa dia nak mama yang lebih baik dari mama yang ada sekarang...yang lebih memahami..yang lebih lembut..
jadi saya tanya kawan2 guru di sekolah saya.."korang garang tak ngan anak? rotan anak tak?" hampir semua kata ya...tapi ada seorang kawan saya ni..anak2 dia terkenal dengan sopannya...dia kata dia belum lagi sampai tahap merotan..suami dia pun tak pernah rotan anak...saya tanyalah dia..."akak guna pendekatan macam mana eh?...dia kata dia tegur saja macam biasa..kasi faham anak tu elok2...hoho...saya sangat terkesan dan tersindir..sebab saya ni jenis cepat juga naik angin..lagi2 kalau dah cakap sekali dua masih buat lagi...saya takut kalau tak tegur dia jadi manja dan mua pulak..
jadi sekarang saya ambil jalan tengah..kurangkan sikit volume suara bila marah anak..dan kurangkan sifat suka marah2 (bantulah hambaMu ini Ya Allah)..nant kita tengok hasilnya...adakah ariq akan cuba create cerita dia ada ibu ...hehe
Ya saya nak jadi macam guru TADIKA
demi mereka |
No comments:
Post a Comment