Oct 29, 2010

HADIRKAN CINTA DI MATANYA (jiwang karat)



setiap kali memandang mereka cinta itu ada di dalamnya..sukar diungkap dengan kata-kata...saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak meluahkannya..bila memeluk dia..hati saya sentiasa ceria..hidup saya begitu bahagia hanya dengan matanya...cintanya sampai ke jiwa..ditambah dengan senyumnya..terus menyentak rasa..dan bila mata itu menitis airnya..hati ini turut sama merasa kesannya.. semoga..gembira dan bahagia milik kita selama-lamanya..

Oct 22, 2010

POSTUR BADAN DAN FOKUS BELAJAR



Dulu masa sekolah (menengah rendah)..aku selalu je jeles dengan seorang budak ni...biasa kat dalam kelas dia jer dapat nombor 1..dan aku pulak mesti dibelakang dia..nombor 2..memang sangat jeles ok..kenapa ntah aku tak boleh tengok dia..sebab dia belajar sangat relaks..tapi sentiasa keluar dengan keputusan cemerlang...hari-hari aku perhatikan dia kat kelas..masa cikgu mengajar aku tengok je dia..usha baik punya nak tahu apa yang istimewa sangat sampai dia boleh dapat result baik...

satu perkara yang aku perasan sangat adalah postur badan dia..tegak..kaki lurus ke bawah..badan ke depan lurus menghadap guru..memang macam tulah cara dia duduk masa guru mengajar..aku lak postur badan memang melengkung ajer...agaknya tu yang lambat sampai dan melekat kat otak..haha


Pastu bila jadi cikgu ni...aku suka jugak tengok budak yang pandai ni duduk...sama tak dengan kawan aku dulu..jeng..jeng..jenng..

haha...sama kan...memang macam nilah gaya kawan aku tu dulu..budak ni pun sama...duduk tegak je dalam kelas..penuh tumpuan..dan dia memang cemerlang...calon 11A + untuk tahun ni...

sebenarnya bukan dia sorang jer...ada banyak lagi budak yang aku dah usha...yang pandai-pandai ni memang tumpuan diorang lain sikit masa kat kelas...

kalau yang tak berapa tu...tang ke lembek je rupa bila guru mengajar..cam tak cukup tulang..selalu jer saya urut belakang budak-budak yang lemah longlai ni (pelajar perempuan je lah kan..yang lelaki saya tibaikan sikit..acah je)

bukan nak kata yang semua orang pandai duduk macam ni...tapi.. kalau tumpuan kurang kat kelas terpaksalah berhempas pulas dengan cara lain untuk berjaya..study sampai lewat malam..buat latih tubi bagai nak giler...cuba meniru sedaya upaya masa exam..(hehe) ..dan banyak lagilah...cuma gaya belajar orang tak sama..sangat tak adil kalau membuat penilaian dari satu sudut saja..sekadar pengalaman dan pandangan seorang AKU

Oct 19, 2010

MELAKA MAJU 2010

imbauan sejarah
kenapa tembam sangat muka aku masa ni..haha


kat jeti Kampung Umbai..beberapa tahun dulu..


20/10/2010

Tarikh Melaka maju ...saya sebagai orang melaka harus mengambil tahu hal ini...sungguh saya begitu bangga menjadi warga melaka...di mana segalanya bermula...banyak betul perubahan Melaka sejak saya kecil sampai sekarang..kadang-kadang..terasa sangat mendadak perubahan tu

bagi saya melaka adalah..tempat yang sangat sesuai untuk

i) melancong..ini termasuklah..melawat..mengambil gambar..terlalu banyak tempat yang menarik boleh diambil gambar ok! ..bermain..mencari ilmu..belajar sejarah

ii) membeli belah..ini termasuklah..membeli cenderamata..membeli makanan tradisi

iii) jalan-jalan cari makan...datanglah ke Umbai terapung untuk makan ikan bakar..atau asam pedas ..atau nak cari ulam-ulaman dan cencaluk


dan macam-macam lagilah.......kalau nak tau datanglah ke Melaka..:D

Oct 12, 2010

aktiviti sepanjang PMR

Disebabkan sekolah kami ni kecikkkk je...maka masa exam PMR pelajar yang tak exam tu bercuti....tapi cikgu-cikgu tak bercuti pun...ada ulasan buku..seminggu tu..jenuh mendengor..tapi oklah....banyak input ..dan kebanyakkannya berguna untuk meningkatkan kemahiran mengajar dan berkomunikasi..:D..harap-harap dapatlah digunakan dengan baik segala ilmu iteww..


sebelum mendengar ulasan buku harus makan dulu ye di kantin..makan nya sikittt je...cerita je yang lebih..macam-macam cerita keluar bila cikgu petang bergabung dengan cikgu pagi

ni masa jamuan raya...lepas dengar ulasan ..kami bergambar dan berjamuan raya ..yang tepi sebelah kiri tu berabis kontrol ayu..haha


dengan cik ani...manalah tahu kalau dia dapat pindah tahun ni...ada le gambor kenangan

gambar mak dara-mak dara yang paling mengancam..