Aug 21, 2018

Ke Pantai Air Papan Mersing





Mulakan cuti dengan bercuti sebentar di Air Papan Mersing. Dari Melaka kami ke Pagoh rumah adik ipar...singgah di Segamat sarapan...lepas tu singgah lagi di Rompin makan udang galah..Boleh dikatakan sepanjang jalan ada je nampak orang jual Udang Galah. Saya tak berani nak makan banyak...maklum le orang berpenyakit...hi hi hi...

Apa yang bestnya , Mersing ni tak ramai orang sangat...ada ruang-ruang bersendirian di situ...yang tak bestnya..kalau datang Mersing susah nak cari tempat makan waktu malan..lebih baik kalau ada stok makanan yang di bawa sendiri...disebabkan kami tinggal di Resort sahaja maka terhad betul tempat nak makan...

Keropok Lekor kat Mersing sedap...sedap sangat...banyak isi ikannya...jadi kalau datang sini jangan lepaskan peluang beli keropok lekor...





Udang galah masak sambal...ni di Rompin

Pantai di depan Resort kami

Bergembira dan bermanja di dalam kereta..ahaakss


kakak Zuyyin sedang melayan perasaan sambil main buaian...

Kami duduk sekejap je sini sebab hari nak hujan....terus ke kedai dekat2 situ...

Rasanya kepuasan betul anak-anak mandi laut...


Walaupun sekejap tapi rasa berbaloi..

No comments: