Dec 7, 2018

Taman Rama Rama

Lepas balik dari kelas tambahan Kimia haritu saya bersama anak anak dan anak buah ke Taman Rama Rama di Ayer Keroh Melaka..Sebenarnya dah janji dengan anak anak ke sini sebab ada tiket percuma. Harga tiket kalau kena bayar agak mahal jugak...RM 22 untuk dewasa dan RM 16 untuk kanak kanak....

Apa yang ada dekat sini...?

Macam macam ada...selain rama 2 sebagai tarikan utama..ada berbgai jenis burung..ular..buaya..arnab..tarantula..katak berbisa..siput..ikan ...macam macam lagilah..

Kiranya kat sini memang seronok untuk dilawati

Yang best landscape kat sini memang cantik dan terjaga dengan baik...memang puas hati...kalau nak cari ketenangan..nak lari dari kesibukan memamg best..

Rama rama terbang merata

Ikan koi...rasanya kat sini paling best dan tenang

Ariq cuba nak tangkap

Cantik kan...

Bawak Adam Mirza ke sini...cuti sekolah Adam tinggal rumah nenek



Berpeluh2 laki i

Menyorok badan sebelah

Aug 21, 2018

Ke Pantai Air Papan Mersing





Mulakan cuti dengan bercuti sebentar di Air Papan Mersing. Dari Melaka kami ke Pagoh rumah adik ipar...singgah di Segamat sarapan...lepas tu singgah lagi di Rompin makan udang galah..Boleh dikatakan sepanjang jalan ada je nampak orang jual Udang Galah. Saya tak berani nak makan banyak...maklum le orang berpenyakit...hi hi hi...

Apa yang bestnya , Mersing ni tak ramai orang sangat...ada ruang-ruang bersendirian di situ...yang tak bestnya..kalau datang Mersing susah nak cari tempat makan waktu malan..lebih baik kalau ada stok makanan yang di bawa sendiri...disebabkan kami tinggal di Resort sahaja maka terhad betul tempat nak makan...

Keropok Lekor kat Mersing sedap...sedap sangat...banyak isi ikannya...jadi kalau datang sini jangan lepaskan peluang beli keropok lekor...





Udang galah masak sambal...ni di Rompin

Pantai di depan Resort kami

Bergembira dan bermanja di dalam kereta..ahaakss


kakak Zuyyin sedang melayan perasaan sambil main buaian...

Kami duduk sekejap je sini sebab hari nak hujan....terus ke kedai dekat2 situ...

Rasanya kepuasan betul anak-anak mandi laut...


Walaupun sekejap tapi rasa berbaloi..

Jul 29, 2018

Masih Setia dengan 7920



Bila GST dihapuskan dan SST belum dilaksanakan...maka keluarlah kereta ni..setelah mencari SUV 7 tempat duduk yang sesuai untuk keluarga kami...sesuai nak bawa mak dan ayah jalan2...survay sana sini...akhirnya Kia SORENTO juga jadi pilihan..KIA SORENTO papa yang lama masih bersama kami..senang papa nak bawa basikal dia dengan SORENTO lama tu...tapi yang ni sesuailah untuk berjalan dengan keluarga..Alhamdulillah...kami masih memilih 7920 sebagai nombor kesayangan..Sebelum ni dah pakai Sorento dekat 12 tahun..memang puas hati...harap-harap Sorento yang ini pun begitulah juga...kami pilih putih selepas keta sebelum ni..warna indium..silver...dan merah...putih nampaknya begitu selesa dengan mata...huhu





Jun 20, 2018

Aidilfitri 2018


1 Syawal

Tahun ni sambutan raya tak masak pun ketupat..masak ketupat untuk berbuka puasa yang terakhir sahaja..memang rancang nak masak nasi Arab kambing je...rasanya kurang lah penat sikit sebab nasi arab tak perlu sediakan lauk yang banyak..buat sos hadrah dan salad je. Bukan apa sebab dah banyak rumah yang masak ketupat dan lemang nanti muak pulak. Tukarlahkan menu yang lain

Tahun ni juga berkesempatan sembahyang sunat Aidilfitri. tahun lepas tak dapat buat. Awal pagi hujan turun. Sangat biasa sebenarnya 1 Syawal hujan turun. Hujan rahmat meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Tahun ni mak tak balik kampung. Adik yang kedua pun tak balik Terengganu. Semua berkumpul dirumah mak 1 Syawal kali ni.

Sambutan sederhana sahaja..tapi kemeriahannya tetap dirasakan.

Tahun ni kami memilih warna Kuning Pinang Masak..papa dan Ariq mencari kelainan dengan bersetanjak...belikat pasar malam je setanjak tu...

Budak ni tahu dia banyak salah dengan mama...bila salam air mata bergenang...alahai besar dah

dengan Atuk dan nenek pun banyak salah jugak ni...maklumlah balik sekolah transit rumah nenek..macam2 hal nenek nak layan kerenah masing-masing

Alhamdulillah tahun ni mak dan ayah dapat menunaikan ibadah puasa dalam keadaan kesihatan yang baik

Noorul...adik ipar...tahun ni beraya di Melaka..giliran beraya sini...tahun depan balik Kuala Terengganu ya nurul

Suka gambar ni....di depan rumah jer ni

Setona warna kami anak beranak dengan nenek dan Atuk

Tahun ni giliran semua raya di Umbai...tahun depan mak akan balik rumah Atuk di Sri Menanti dan yang lain-lain akan balik rumah mertua...begitulah saban tahun.


Begitulah raya kami tahun ni...sederhana dan meriah...

May 17, 2018

Masuk Sangkar

Bila semua dah pandai makan makanan pepejal makanya mesti dimasukkan dalam sangkar...supaya senang nak uruskan najis budak2 ni...


ini Tuan Anas Mikael...saya akan bagi kat kawan di sekolah yang memang sangat bersungguh menjaga kucing




May 14, 2018

Teachers Run


Kami berlari ...papa lari laju...mama lari perlahan..lebih banyak fast walking dari berlari..papa lari dah habis..pusing balik bawakkan mama air dan roti..mama tak habis lagi...tapi akhirnya habis jugak..selepas berpenat lelah...takpelah rasanya lari ni mama tak minatlah...bagus lagi kayuh beskal...tak larat nak bawak badan...hahahaha




punyalah lama senamrobiknya...sampai dah habis tenaga nak lari...padahal memang paksa diri..hahaha




my first medal ..huhu



May 4, 2018

Makan di MELANTAK








Nama restoren memang over kan...melantak maksudnya makan banyak2...


Selepas anak-anak habis bersukan pada siangnya...malam kami ke sini dengan kawan kawan basikal papa..macam-macam pilihan makanan ada...rasa not bad...harga pun ok...cepat pun cepat dapat makanan yang di oder...Tapi anak-anak keletihan jadi makan pun muka mengantuk...

Apr 25, 2018

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka

Minggu lepas ada jemputan kenduri berendoi anak jiran tetangga. Lepas kenduri  ajak papa dan anak-anak jalan-jalan..cuaca pun mendung-mendung sejuk gitu..rasa macam best pulak nak berjalan-jalan.. jadi kami ke Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka. Sebab dah berbaju kurung jadi ke muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ni rasa sesuai sekali kan..hik hik.

Sebenarnya saya dah selalu ke sini...tapi dulu berdua sahaja dengan suami...bila anak-anak dah besar ni teringin nak bawa mereka ..nak tunjuk tempat melancong kat Melaka ni...mengenalkan budaya Melayu pada mereka. Walaupun entah dapat ke tidak inputnya tu..setidak-tidaknya mereka kenal warisan bangsa, sejarah negara..


Memorial Kemerdekaan...berdekatan dengan Muzium Istana

Ariq dan mama

Di hadapan Muzium Istana...Ariq kalau ambil gambar memang over sikit gayanya

Cantikkan tingkapnya....tapi kat dalam memang gelap sikit...gambar ni kakak yang ambil..

Saya suka gambar ni....



Apr 21, 2018

RUMAH MERAH JUARA

   19 April 2018 lalu Sukan Tahunan Kali ke 42 telah diadakan di SMKDD. Tahun ni saya jadi Ketua Rumah Sukan untuk rumah merah, merangkap menjadi jurukamera untuk acara sukan..disebabkan rakan-rakan sepasukan dari rumah merah sangat sangat membantu segala urusan dapat juga dibuat dengan lancar. Alhamdulillah.

 Acara perbarisan adalah yang paling mencabar sekali bila menguruskan rumah sukan...dengan perangai anak remaja yang pelbagai ragam adakalanya buat kita rasa nak putus asa ja...mujurlah rakan saya cikgu Fadlina sangat bersemangat dan kreatif...kalau tidak tak taulah apa jadi dengan rumah merah..hihi..

Alhamdulillah pertama kali rumah merah menjadi Juara Keseluruhan untuk sukan kali terakhir di SMKDD













Selepas diumumkan Juara Keseluruhan...Yeayy