Dec 27, 2017

Pertandingan Hafazan

Haritu Ariq ada ikut pertandingan Hafazan di Kampung Sempang...penyampaian hadiah 16 Disember masa cuti sekolah....sebenarnya tak tau pun dia menang ke tidak...bila mama gi sekolah nak bayar yuran sekolah agama..ustazah bagitau dia dapat no 3....yeayy...ada juga no...
Suka dia....


Dec 12, 2017

KOPITIAM KITA ROTI TITAB

Pagi esoknya kami bersarapan di Kopitiam Kita yang terkenal dengan Roti Titab...dulu pernah tengok dokumentari mengenai roti titab kat Majalah 3. Bila berpeluang datang sini...teruja lah jugakkan..
Walaupun orang agak ramai kat situ tapi layanan yang diberikan tiptop. Cepat sampai dan memang sedap..kena sangat dengan citarasa kami dan sangat-sangat mengenyang kan. Tuan punya kedai, Encik Wong pun peramah sangat melayan kami..


yummeh

alamak...teringat-ingat rasanya


ada juga makanan lain..ni apam pisang, kalau nak nasi dagang..kerabu...dan banyak lagilah..pun ada juga

mak cik ni makan roti telur

Trip ke pantai Timur Bahagian 3

Tok Aman Bali Resort

Sebelum sampai ke Tok Aman Bali Resort, banyak tempat yang kami singgah...singgah beli serunding daging di Tumpat...melihat sendiri tempat penghasilan serunding daging.


Add caption
Tumpat, Kelantan


Kemudian kami singgah di Penarek ..makan udang goreng tepung, keropok lekor dan sotong goreng tepung..sepanjang perjalanan ke Terengganu memang di mana-mana ada je iklan udang celup tepung ni..RM 10 45 ekor..Rm 10 3o ekor...semua ikut saiz kot. Keropok lekor pun sedap juga kat sini






amboi...seronok nampak
keropok lekor

Dec 11, 2017

Trip ke Pantai Timur (Bahagian 2)


Bermalam di Kota Bharu..malamnya kami ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) mencari makan di sana.
Cuaca agak baik malam tu...bulan mengambang penuh..sesuai dengan nama Pantai Cahaya Bulan. Secara peribadi saya suka suasan di sini..nyaman..bunyi laut..makan sedap...kira cukuplah pakej untuk orang yang bercitarasa tak tinggi macam saya ni..hehe....sebenarnya bukan apa yang menjadikan sesuatu itu istimewa..tetapi dengan siapa itu yang mengubah suasana...

Makanan kat situ pun boleh tahan sedap dan harganya sangatlah berpatutan

bulan penuh


Ariq dengan papa makan maggie ketam

mama makan nasi goreng kampung

mama..kakak dan papa


Trip Ke Pantai Timur

Bahagian 1 

Cuti hujung tahun ni kami bercadang ke Kelantan dan Terengganu. Saya hanya pernah ke Kelantan sekali dan ke Terengganu dua kali. Jadi cuti kali ni merancang bawa anak-anak ke sana. Sebenarnya ramai kawan-kawan yang ada di Kelantan dan Terengganu. Tapi disebabkan perancangan bercuti bersama adik ipar , segan pulak nak singgah sana sini jumpa kawan-kawan. Ikut sajalah perancangan yang telah dibuat.
Zuyyin, Ariq, Ahmad Shahmi dan mama

4 Disember 2017

Kami bertolak dari pagoh lebih kurang jam 3.30 pagi...berhenti di Muazzam untuk sembahyang subuh..berhenti di Gambang untuk bersarapan dan terus menuju ke Kelantan. Sampai di Kota Bharu lebih kurang jam 1.00 tengahhari. Makan tengahari di Restoren Cikgu Nasi Ulam. Sedang mengambil lauk-pauk tiba-tiba terdengar orang panggil "Kak Dilaaaa".. rupa-rupanya Ani..rakan satu sekolah masa mengajar di Sabah dulu. dulu Ani duduk sebelah meja saya masa di bilik guru..kawan mencurah segala perasaan dan hati..walaupun kami masih berhubung di whassap..tapi memang tak jangka akan jumpa dia..Ani pindah mengajar ke Kelantan pada 2011. Selepas dia pindah memang tak pernah berjumpa bertentang mata. 

Selepas makan di Restoren Cikgu, kami singgah melawat Istana Jahar. Cantik Istana ni..
seronok bersembang ...mudah-mudahan akan ketemu lagi...Ani
dari dalam Istana
                                       

cantiknya buaian tu kan.. 
                                                

contoh hantaran orang melayu untuk pertunangan (atau perkahwinan..lupa pulak)

Apa ntah Ariq ngan papa buat ni..mama pun tak paham