Oct 31, 2017

Apa Yang Best di Kampung

Sebelum saya cerita apa yang best kat kampung...saya nak cerita betapa leganya bila tak perlu lagi beli tiket flight setiap kali nak balik raya..atau balik hujung tahun..taak perlu lagi cari teksi dari Keningau untuk ke airport dan minta orang ambil kat KLIA sebelum sampai ke Melaka..Argh..16 tahun saya dah buat benda tu...dah jadi jemu...nak-nak kalau tiket tak de...atau tiket percuma yang kerajaan bagi tiba-tiba tak dapat sebab terlambat mohon..stress tau..Tapi tahun ni semua benda-benda tu dah boleh keluar dari senarai semak perkara yang perlu dibuat setiap tahun
.

Apa yang best kat kampung

MAKAN....

hehe...sebab apa je yang saya suka makan sebelum ni ..yang terpaksa menahan selera sebab kat Sabah tak de benda tu..sekarang boleh dapat dengan mudah...antaranya

-nasi lemak...kenapa nasi lemak? sebab nasi lemak kat kampung ni saya rasa sedap sangat...nasi lemak dari santan kelapa yang masih ada serdak...nasi tu bukan warna putih gebu tapi warna sikit kecoklatan sebab ada serdak santan kelapa...rasa dia..walawehhh...sedap betullah kat tekak...teringat zaman kecik2..kalau nak beli suruh Ariq je pergi beli sebab kedainya kat depan rumah je.

-kuih koci- ya...saya ialah penggemar kuih koci...kuih koci melaka saya rasa sedap betul berbanding dengan tempat lain..lembutnya..lemaknya..manisnya.. pergh

-kuih keria.. kuih keria melaka sedap sebab gulanya adalah gula melaka..rasanya tak terlalu manis..lembut dan tekstur nya..ok...air liur nak meleleh dah...hahaha

-kuih seri muka- kuih seri muka kat melaka dia punya tepung hijau yang kat atas tu memang mewah lah  rasa lemak dan pandan nya tu..lepas tu pulak pulut kat bawah tu ada rasa lemak2 masin sikit..memang terbaiklah..ok terlebih puji dah ni.

SUASANA

kat kampung suasananya nyaman je...dulu duduk taman perumahan agak terbatas ..suka ronda-ronda kampung tengok orang bersihkan halaman rumah

MEMBELI BELAH

melaka memang banyak pusat membeli belah dan pasaraya untuk menghabiskan duit..hahaha..
dating kat kampung...hehe

Pantai Siring..

halaman rumah

Gambar ni masa Ramadhan tahun ni

KESUKAAN anakku ini






Oct 3, 2017

Mak dan Ayah ke Mekah

Alhamdulillah..tahun ni mak dan ayah dijemput menunaikan fardhu haji . Menunaikan rukun Islam ke lima. Mulanya hanya ayah  yang dapat surat terpilih menunaikan haji..kesian mak ..menangis jer...sedih betul dia tak dapat surat..sebab mendaftar sekali dengan ayah dan bapa saudara dan mak saudara..tiba-tiba nama dia tak de..selepas buat rayuan dan kebetulan mak pun pergi guna pakej Alhamdulillah semunya dipermudahkan. Sebenarnya risau juga di hati sebab ayah ada gout yang agak menyukarkan perjalan nya nanti..dan mak pun bukannya kuat sangat nak menjaga ayah. Bersyukur saya kerana mak pergi dengan bapa saudara yang masih muda dan sihat.

17 Ogos hingga 30 september...Alhamdulillah urusan mereka dimudahkan. Syukur rasanya. Mudah-mudahan saya dan suami juga dapat menunaikanhaji dalam tempoh yang terdekat..dan sihat serta dapat mengerjakan rukun Islam kelima ini dengan sempurna. Amin


Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar...sesungguhnya rasa bahagi dan sykur yang tak dapat aku gambarkan bila mereka berjaya menunaikan fardhu haji dengan sempurna...mudah-mudahan mendapat haji yang mabrur ya Allah