Menjadi guru hampir 15 tahun...setiap tahun saya mengajar pelajar tingkatan 4 dan 5, masa remaja yang saya saksikan saban tahun. Setiap satu dari mereka punya karektor yang berbeza. Ada yang melalui masa remaja yang menyenangkan tanpa bebanan...ada juga yang melalui masa remaja bersama tanggungjawab menjaga keluarga..maka terhasillah individu yang pelbagai corak kehidupannya.
Ada pelajar yang boleh menggalas beban emosi dengan baik...masalah keluarga bukan penghalang mencipta kejayaan..tapi tak kurang juga yang gagal menangani. Sebagai guru saya hanya mampu menasihati dan mendoakan
Ada juga pelajar yang punya prinsip diri yang jitu. Halangan perasaan, kawan kawan, kewangan bukan menjadi alasan untuk tidak berusaha..saya menjadi guru mereka tetapi saya belajar dari mereka tentang kehidupan. Tanpa saya sedari mereka juga menjadi guru saya secara tidak rasminya.
Remaja ketika usia 16 dan 17 tahun bagi saya adalah golongan yang sangat berinspirasi...bersemangat dan cepat kagum dengan kejayaan orang lain..bersama mereka kita akan merasa muda..kerana jiwa mereka sentiasa muda..tetapi bersama mereka juga kita harus terus menasihati kerana langkah mereka begitu mudah menjadi sumbang..saya sayang pelajar saya
Aug 28, 2016
Aug 1, 2016
Sambutan Aidilfitri di Sekolah
Setiap tahun memang aidilfitri disambut di sekolah...bagi saya tahun ni sambutannya lebih meriah...tahun.lepas pengurusan sambutan macam tak berapa baik...setelah dimurnikan tahun ni lebih tersusun dan senonoh sikit. Makanan semua di tempah saja...air je guru2 buat sendiri.. jenis makanan ikut tingkatan...Tingkatan 5 kami kena buat soto....tempah saja dengan Wak yang meniaga soto kat pasar Keningau...semua guru malas nak masak sebab hari tersebut adalah hari nak melaram ...hehe
Tayang muka saja kami |
Pantang dapat monopod..kuikui |
Pengetua yang kiri sekali...hihu |
Ini pelajar kelas saya.... |
Sambutan Aidilfitri di Kampung
Alhamdulillah tahun ni dapat beraya di kampung....tahun lepas beraya di Keningau je...Raya tahun ni semua ada...mak dan ayah pun alhamdulillah sihat puasa kali ni...awal kami sekeluarga pulang ke kampung..termasuklah cerita terpaksa memkntengkan anak sekolah sebab tiket yang ada tarikh nya memang tak boleh nak ubah lagi...Raya kali ni sambutannya sederhana sahaja...tapi meriah..
2 orang hero saya yang gembira berhari raya |
Alhamdulillah ayah sihat |
Mama dan kakak Nurzuyyin masa nak tunggu solat sunat aidilfitri |
Malam raya pertama kami sambut birthday Ariq dan Adam..mama beli pizza je...dan untuk adam kek sebiji...Alhamdulillah selesai semua makanan |
Nurzuyyin bersama rakan sebaya di kampung |
Menjadi kewajipan adik beradik mak datang beraya di hari pertama Aidilfitri |
Subscribe to:
Posts (Atom)