Macam macam perancangan dengan 2015..tahun ini adalah tahun ke 14 saya mengajar di daerah Keningau Sabah..14 tahun berkhidmat sebagai guru..di satu sekolah sahaja. Saya selesa di sekolah ni..pertamanya saya dapat mengajar subjek yang saya suka dan memang bidang saya..keduanya kawan-kawan sekerja yang menyenangkan..ketiganya pentadbiran sekolah yang tidak menekan..keempatnya pelajar-pelajar yang ceria dan mengembirakan..
tapi...hujan emas di negeri orang..kampung halaman dan tanggujawab terhadap ibu bapa dan keluarga juga menjadi keutamaan..saya rasa sudah sampai masanya untuk kembali ke negeri asal..mencurah bakti di negeri sendiri pula.. di samping mengAmbil kesempatan ini menjaga orang tua yang masih ada..Insya Allah mudah-mudahan dengan izin Nya..tahun 2016 dapat mengajar di Melaka..dan harapan semoga saya dan suami ditempatkan di sekolah yang berdekatan dengan rumah yang kami beli..memandangkan masalah besar saya ialah takut memandu walaupun berlesen..huhhh...saya jua berharap tahun ini saya akan berani untuk memandu..mengurangkan beban terbesar suami terhadap saya..sungguh berharap
harapan saya juga agar anak-anak sesuai dengan suasana persekitaran persekolahan yang baru..harap mereka tahan dengan apa saja dugaan..terus dan terus berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah..AMIN.
No comments:
Post a Comment