Saya nak ulas mengenai subjek yang saya ajar sahaja...
Add Math..
untuk sekolah harian biasa di daerah pendalaman saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi .. sekolah saya bukanlah sekolah pelajar terpilih. Yang masuk aliran sains pun bukannya dari pelajar yang mendapat keputusan hebat semasa PMR..namun itu semua bukan alasan untuk mendidik mereka menjadi cemerlang..ini tahun ke 14 mengajar add math..pelbagai bentuk manusia pelajar yang saya temui..terlebih rajin, rajin, malas sikit, malas banyak, tersangat malas..semualah ada..
tahun lepas saya tukar strategi mengajar untuk kelas kedua yang mengambil add math..hampir 80% tumpuan saya beri pada kertas 2..saya rasa mereka sampai jemu buat 4 topik yang sama berulang-ulang..Simultaneous Equation, Linear Law, Index Number dan Solution of Triangle.. buat sampai mahir..dan untuk kertas 1 saya ulang juga buat tajuk yang sama Function, Quadratic Equation.. Quadratic function, Vector dan Circular Measure ..
Alhamdulillah..dari hampir 70 calon 6 saja yang gagal.. 12 dapat A..(termasuk A+, A dan A-)
Fizik
Ini adalah tahun ke 13 saya mengajar fizik..tahun ke 13 juga keputusan 100%. Tahun ni agak mengecewakan kerana GP Fizik turun...sedih sangat..huhu.. 4.86 je...sedihlah. 1 orang dapat A+..2 lagi dapat A. kalaulah 14 orang yang dapat B+ dan B tu boleh ditolak ke A..alangkah..
Apa pun saya bersyukur juga..dengan kemudahan makmal yang sangat daif mereka masih mampu mendapat keputusan yang agak baik